Adsense

Memaparkan catatan dengan label Toman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Toman. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2015

Air Ganda 2015 - Revisited

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera

Satu trip episod "repeat"  diatur pada 30 Ogos 2015 setelah episod dibuli pada trip 2 minggu sebelum ini.  Kali ini aku dan Asrin bertandang semula ke Air Ganda lebih awal.

Kami bertolak seawal jam 3 petang (29 Ogos 2015) dan tiba di Pekan Gerik pada jam 8.00 malam.  Kami menginap di salah sebuah hotel baget (Avana Hotel).


Perjalanan kami pada jam 3 petang bermula dengan baik sehinggalah masuk  area Slim River, kenderaan mula bergerak perlahan dan semakin perlahan apabila masuk area Tapah.  Jalan sesak disebabkan cuti Hari Merdeka dan sikap "Prihatin" rakyat Malaysia yang suka "membantu" melihat kemalangan kecil yang berlaku. haisssss....


Kemuncak kesesakan apabila kami hampir tiba di area Ipoh ditambah pula dengan cuaca hujan menyebabkan perjalanan kami sering tersangkut.


Mengimbau kenangan... dahulu masa kecil.. lalu sahaja terowong menora ni.. mesti aku akan dikejutkan oleh Mak aku.. tak pun arwah Ayah ku.


Laluan keluar dari PLUS ke Kuala Kangsar sekarang sudah lain. Bukan lagi seperti dulu. Masa mula-mula laluan ni siap, aku pernah terlajak simpang. 


Hujan masih mencurah-curah di ketika kami sampai di sini.  Perjalanan diteruskan ke Gerik.  Asrin masih setia memandu pada ketika ini.


Tepat jam 8 malam, kami sampai di Avana Hotel.

 Ini la rupa bilik kami di hotel ni.  Okla untuk 2 orang dengan harga RM60

Selepas selesai memunggah barang ke bilik hotel, kami keluar makan di kedai mamak berhampiran.  Gambar di atas dirakam ketika sedang makan. Memang Indah ciptaan Tuhan.  Jadi tak indah sebab kamera henpon tak berapa nak canggih.


Sebelum tidur, aktiviti memasang perambut dan sesi merakam gambar reel, rod, dan lure. Gambar diatas antara "set up" aku yang paling kasar. Rod berkekuatan 12-25 beserta tali utama 30LB, dan perambut 40LB.  Lure "Keli ada kaki" juga antara yg mahu dicuba bagi trip kali ini.  Rod yang kami gunakan bagi trip kali ini dari 8-17 sehingga 12-25.  Tali utama pula dari 20-30LB manakala perambut pula antara 30-60LB


Salah satu suak berhampiran dengan Kenering.

 Cukup tenang dan mendamaikan

Banyak "rising" di sini tetapi tiada satu pun yang disahut penghuni dasar.


Setelah separuh hari pencarian, hanya ini sahaja hasil kali ini.  Setelah beberapa kali rabut dan lucut di pertengahan jalan.  Keadaan angin yang kuat menyukarkan kami mengesan kehadiran si toman dipermukaan.  Hasilnya hanya seekor sahaja yang bersaiz 1kg ++ berjaya didaratkan.


 Hujan turun lebat-selebatnya selepas kami berhenti rehat di sebelah tengahari.  


Asrin berlatar belakang hujan yang lebat posing terakhir beliau bagi trip kali ini

Trip pada kali ini sememangnya kurang menyengat dan kami akan kembali.. In Syaa Allah.....

XPDC REPEAT 20 SEPTEMBER 2015

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Isnin, 17 Ogos 2015

Air Ganda 2015 - 1st Trip

AIR GANDA, PERAK


Air Ganda, Perak terletak di Hilir Perak.  Air Ganda merupakan salah satu dari empat empangan yang terdapat di Daerah Grik. Empangan yang berada paling atas (hulu) adalah Empangan Temenggor diikuti dengan Empangan Bersia, dan seterusnya Air Ganda dan Kenering. Air Ganda kurang dikenali berikutan kurang mendapat pendedahan dari Media Massa. Kedudukan Air Ganda sekitar 5 ke 6 kilometer sebelum Bandar Gerik.  Jarak dari Jalan Besar ke Jeti Air Ganda sekitar lebih kurang 15 kilometer sahaja.

15 Ogos 2015
Satu trip telah diatur oleh Tok Adie pada 15 Ogos 2015 telah menyaksikan satu episod buli oleh penghuni dasar Air Ganda.  Air Ganda sangat terkenal dengan Toman "Steroid". Antara sebab kenapa toman di sini mempunyai daya juang yang tinggi adalah pemancing terpaksa membuat henjutan terus apabila si toman mengambil gewang atau umpan yang dihulurkan berikutan struktur dasar yang dipenuhi dengan tunggul-tunggul pokok selain dari faktor ikan toman itu sendiri yang sememangnya diakui kuat daya juangnya.

Kami bertolak pada jam 9 malam (14 Ogos 2015) dan tiba di Pekan Gerik pada jam 2.00 pagi.  Kami menginap di salah sebuah hotel baget (tak ingat nama).  Bangun sebelum subuh dan terus menuju ke Stesen Petronas Gerik untuk membeli bekalan air dan roti.


Shawal menjadi Menteri Kewangan lagi bekalan nasi tengahari

Aku dan Nedd membahagikan bekalan kepada 2 bahagian (Bot 1 & Bot 2)

BOT 1
Tekong: Abg Usop

BOT 2
Nedd (Bukan nama sebenar)
Tekong: Abg Harun

Terapi minda kami sebelum naik bot

Tok Adie

Shawal

Nedd

Kami bertolak masuk ke kawasan tasik lewat 
sedikit berikutan hujan pada awal pagi

Shawal berpesta toman di awal pagi

Tidak kurang juga dengan Tok Adie

Tok Adie Juara sebelah pagi. Dia saja yang strike

Tok Adie lagi

Aku dan Toman "rise" tepi bot

Selepas belasan kali rabut. Akhirnya berjaya 
juga naikkan toman bersaiz 5lb.  
Bot aku hanya berjaya naikkan toman pada waktu tengahari.


BERHENTI BEREHAT DI RUMAH BOT

Pada jam 1.00 tengahari, kami berhenti berehat di tengah-tengah tasik yang mana sudah terdapat satu rumah bot milik seorang pemancing berbangsa Cina (owner tidak diketahui). Menurut tekong, rumah rakit ini diberi kebenaran untuk pemancing tumpang berehat.

Disekitar rumah bot ini terdapat beberapa "rise" dari penghuni dasar.  Sebab tak boleh tahan tengok "rise" yang seakan-akan "menganjing" membuat aku mencuba nasib.  setelah belasan kali menghantar gewang dasar akhirnya disambut oleh bujang sekilo lebih.

Aku dan sebarau hendap

Tangkapan yang tidak disangka sebenarnya. 
 Lure pengorek dasar dihantar ke arah "rise" toman tetapi disambut oleh sebarau ini.

Hantaran tepat ke arah "rise" oleh Nedd tetapi rabut di pertengahan jalan

Toman lewat petang aku.

Toman berskala 1 kilo ini berkekuatan luar biasa.  larian padu menjunam ke dasar membuatkan aku masih teringat sampai ke hari ini.  Cukup bertenaga kerana rod berkekuatan 10-17 lb hampir-hampir ditewaskan. 

FLR OPSD 10cm juga berbisa di Air Ganda. 
 Toman terakhir trip kami bagi kali ini


Pemandangan ketika perjalanan pulang ke Jeti
Kami pasti kembali walaupun tiada toman berskala membanggakan pada trip kali ini tetapi trip ini tetap meriah dengan sambutan dari penghuni dasarnya.

Kredit buat Tok Adie, Shawal, dan Nedd untuk gambar foto
Kredit juga kerana berjaya mengharungi Trip ini.

XPDC REPEAT 30 0GOS 2015

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Khamis, 1 Januari 2015

Bangau Team De' Royal Belum 2014 (3/3)

ANTARA HASIL YANG BERJAYA DIDARATKAN
6 & 7 Disember 2014

2 hari kami di sini, antara spesis yang berjaya dijerat dihujung trebble hook dan single hook kami adalah seperti sebarau, kerandang, dan juga toman. Trip kali ini dapat disimpulkan kurang sambutan dari penghuni dasar walaubagaimana syukur alhamdulillah kami masih diberi sentapan dari penghuni dasar.




Toman pembuka tirai trip kali ini dari En. Asrin Ahmad. Larian seperti Megatron.




Sebarau pembuka tirai Trip dari aku (wanx).
Tak sempat berbuat apa-apa.  1st run dah masuk rumput.


Sebarau dari En Pachai 
(Chip Admin Team Bangau)


Sebarau dari EN. Faizal (Bangaurian PD)



Aksi En. Pachai dan Ganko beliau.

"tu dia... tu dia... dan nampak... dah nampak..." kata faizal kepada pachai.

Pachai dan hasil jigging sebarau.  
"janji makan jig... ambik gambaq aku lagi sekali bang....." kata pachai lagi

Admin yang berkaliber dan berjaya. Dapat kerandang la pulak...

En. Zainal dan sebarau sambar tepi bot... mencicit-cicit drag keluar.

Asrin dan toman yang keberapa dah tak ingat.  Saiz begini banyak diperolehi pada trip kali ini.

Sebarau hujan gerimis di petang hari.

Hasil buat makan malam dan makan tengahari kami ketika di Kem Sungai Papan

Sebagai Chip Admin Team Bangau, beliau sanggup buat apa sahaja demi anak buah.  Kepimpinan melalui teladan katanya.. hehe

Sebarau awal pagi

Zainal dan toman remajanya.



Zainal dan Mama Toman pertama beliau dan juga pertama dan terakhir bagi trip ini.


Catch & Release
Demi Kelangsungan Spesis

Sebarau tengahari buta.

Toman rempit terakhir bagi trip ini.

En. Zainal antara ahli trip yang paling hanyir bagi trip kali ini.  Tahniah der...

Sebarau terakhir bagi trip kali ini.


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 


BACK                                            HOME

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©