Adsense

Memaparkan catatan dengan label Patin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Patin. Papar semua catatan

Khamis, 10 September 2015

Melayang Patin Kelantan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera

Raya puasa kedua tahun 2015, komplot last minit dibuat dengan Zul Ezani.  Sebenarnya komplot ini tak dirancang pun. Set Pancing Payang tak bawa balik pun kali ini.  Saudara Zul meminjamkan set beliau kepada aku untuk komplot kali ni.


Antara bahan yang digunakan untuk membuat lelayang bagi komplot ini.  Komplot ini dibuat di SMK Sains Machang, Kelantan. Untuk makluman, di sekolah ini terdapat kolam pancing berbayar yang diusahakan oleh pengurusan sekolah ini.
Bahan yang digunakan adalah Barred Rabbit Zonkers berwarna jingga dan putih
Zul ezani membuat lelayang di tepi kolam

Langkah pertama.  Zonkers berwarna putih dililit pada matakail seperti gambar di atas dan dimatikan.. lilit 1/3 dari batang mata kail sudah memadai.

Seterusnya zonkers bewarna jingga kekuningan dililit selepas lilitan berwarna putih lebih kurang 1/3 dari baki batang mata kail.  Bahagian hadapan dibiarkan memandangkan di kolam ini juga terdapa ikan pacu yang mana ikan ini berpotensi mengambil umpan (telan) sekiranya seluruh mata kail dibalut dengan zonkers ini.  Setelah siap lilitan zonkers berwarna jingga kekuningan ini makan siapla lelayang bagi penghuni kolam di sini. Senangkan?

Strike pertama dari Zul Ezani

Antara aksi yang sempat dirakamkan.

Antara aksi yang sempat dirakamkan.

Antara aksi yang sempat dirakamkan.

Antara aksi yang sempat dirakamkan. Pengawal keselamatan sekolah membantu menaikkan ikan sementara pengawal yang kedua setia menanti dipondok pengawal.  Pengawal ini beredar setelah menolong kami mendaratkan ikan ini.



Patin seberat 12.6 Kg dinaikkan dengan set up WT 5 dengan reel berkuatan clicker sahaja.  Memang inzal habis.

Rakaman pertarungan Zul Ezani dan Patin di kolam ini.  Selamat Menonton.


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Isnin, 3 Jun 2013

Tasik Kenyir 2011

 TASIK KENYIR 2011

 Nak tercabut lutut jugak la turun ke jeti tasik ni..




Casting Time


BOTTOM FISHING 
Bergaya dengan hasil kawan-kawan

 Patin


 SIAKAP


 BELIDA


 KELAH


 KENANGAN SISIK KELAH KENYIR 2011
 Ada rezeki berjumpa lagi la kita yer ikan...

Sekian, Terima Kasih..
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©