Adsense

Memaparkan catatan dengan label Royal Belum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Royal Belum. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2015

Bangau Team De' Royal Belum 2014 (3/3)

ANTARA HASIL YANG BERJAYA DIDARATKAN
6 & 7 Disember 2014

2 hari kami di sini, antara spesis yang berjaya dijerat dihujung trebble hook dan single hook kami adalah seperti sebarau, kerandang, dan juga toman. Trip kali ini dapat disimpulkan kurang sambutan dari penghuni dasar walaubagaimana syukur alhamdulillah kami masih diberi sentapan dari penghuni dasar.




Toman pembuka tirai trip kali ini dari En. Asrin Ahmad. Larian seperti Megatron.




Sebarau pembuka tirai Trip dari aku (wanx).
Tak sempat berbuat apa-apa.  1st run dah masuk rumput.


Sebarau dari En Pachai 
(Chip Admin Team Bangau)


Sebarau dari EN. Faizal (Bangaurian PD)



Aksi En. Pachai dan Ganko beliau.

"tu dia... tu dia... dan nampak... dah nampak..." kata faizal kepada pachai.

Pachai dan hasil jigging sebarau.  
"janji makan jig... ambik gambaq aku lagi sekali bang....." kata pachai lagi

Admin yang berkaliber dan berjaya. Dapat kerandang la pulak...

En. Zainal dan sebarau sambar tepi bot... mencicit-cicit drag keluar.

Asrin dan toman yang keberapa dah tak ingat.  Saiz begini banyak diperolehi pada trip kali ini.

Sebarau hujan gerimis di petang hari.

Hasil buat makan malam dan makan tengahari kami ketika di Kem Sungai Papan

Sebagai Chip Admin Team Bangau, beliau sanggup buat apa sahaja demi anak buah.  Kepimpinan melalui teladan katanya.. hehe

Sebarau awal pagi

Zainal dan toman remajanya.



Zainal dan Mama Toman pertama beliau dan juga pertama dan terakhir bagi trip ini.


Catch & Release
Demi Kelangsungan Spesis

Sebarau tengahari buta.

Toman rempit terakhir bagi trip ini.

En. Zainal antara ahli trip yang paling hanyir bagi trip kali ini.  Tahniah der...

Sebarau terakhir bagi trip kali ini.


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 


BACK                                            HOME

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Bangau Team De' Royal Belum 2014 (2/3)

6 Disember 2014
Jam 6.00 a.m

Sesudah siap semuanya, aku turun mencari kedai mamak berdekatan mencari bekalan makanan untuk sarapan dan juga tengahari. Ketika ini juga aku menghubungi ahli-ahli bot Bangau C.  Abe Yik, Hj Sam, dan Irfan dapat dihubungi dan difahamkan sedang berada di Masjid Gerik.  Group ke 3 ini bertolak tengah malam (awal pagi) pada hari ini dan mereka akan terus ke Jeti.  Perjalanan dari Pekan Gerik ke Jeti Awam, Tasik Banding mengambil masa antara 30 ke 40 minit bergantung kepada cara pemanduan.


6 Disember 2014
Jam 7.40 a.m
Kami sampai je Jeti Awam sekitar jam 7.40 am.  Sedikit lambat dari kebiasaannya. Sebelum ini, kami selalunya bertolak tengah malam dan akan terus ke Jeti dan biasanya sebelum Subuh kami dah terpacak di sini dan kali ini kali pertama kami bermalam dahulu di Pekan Gerik dan bertolak ke Jeti sesudah Subuh.


Keadaan di tapak pakir kereta Jeti Awam, Tasik Banding.  Hanya kereta aku sempat masuk pakir dan kereta Faizal terpaksa diletakkan disebelah atas berikutan di bahagian bawah sudah penuh dan atas beberapa sebab lain seperti kereta lain yang pakir seperti pakir itu dia yang punya juga salah satu sebab kereta Faizal terpaksa dialihkan ke sebelah atas iaitu disebelah tebing jalan menuruni Jeti.  Nasihat saya kepada pengunjung yang datang ke sini. Letakkan lah kenderaan anda dengan menggunakan otak dan bukan menggunakan kepala lutut. Fikirkan keadaan pengunjung lain yang terpaksa mengangkat dan memunggah barang dalam jarak yang jauh hanya disebabkan oleh tuan-tuan yang datang untuk minum-minum dan kemudian balik pada hari yang sama dan hal ini memberi kesan kepada pengunjung yang datang dari jauh dan datangnya bukan untuk minum-minum dan kemudiannya balik selepas 2 ke 3 jam!!!!


En. Pachai dan En. Zainal yang baru turun dari sebelah atas setelah meletakkan kenderaan di bahu jalan.  Bersama-sama mereka Admin Caster Zone, En. Faizal Nizam yang juga antara pengunjung yang terpaksa parking jauh.

6 Disember 2014
Jam 8.20 a.m
Setelah semua barang selesai dipunggah masuk ke dalam bot, kami terus bergerak masuk ke Royal Belum.





Bangau C, Abe Yik (berbaju putin, depan tekong).  Beliaulah antara individu yang mula-mula-mula membawa kami boating di sini sekitar tahun 2010 kalau tak silap.  Sebelum ini aku hanya aktif dengan aktiviti jungle tracking di sekitar Royal Belum dan Temenggur (2006-2009) dan acara memancing hanya sampingan sebagai punca makanan sahaja.


6 Disember 2014
Jam 8.35 a.m
Check point pertama, Post Renjer Hutan


6 Disember 2014
Jam 8.45 a.m

Check point kedua, Post Pejabat Taman Negeri

Setelah selesai kedua-dua check point, masing bergerak ke lokasi memancing.  Kami hanya berjumpa ketika makan tengahari dan juga sebelah malamnya sahaja.  Setiap tekong ada lubuk mereka tersendiri. 



Dalam perjalanan ke lokasi, aku mempersiapkan set pancing yang akan digunakan.
Set pertama (sebelah atas)
Reel : Aldebaran (Pinjam)
Line : 14lb
Leader : 30lb
Rod : X-Camo 6-10

Set kedua (sebelah bawah)
Reel : Abu Garcia Revo Salty Stage
Line : 15b
Leader : 30lb
Rod : Lemax IT Sport 8-16


Antara sebahagian kecil lure yang digunakan dari kiri jig (tak ingat brand, sesudu mepps, altima 7 gram, altima 7 gram lagi, Rapala Flat Rap 8cm (OPSD), Rapala Flat Rap 10cm (OPSD),  Zerek Giant Ruby (peacock), Zerek Giant Ruby (PRT) Duel Crank, dan Ristro Rap 8cm (PRT)

BACK                                                    NEXT

Selasa, 30 Disember 2014

Bangau Team De' Royal Belum 2014

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْمـَÙ†ِ الرَّØ­ِيم
 Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
Salam Sejahtera

Pada 6 hingga 7 Disember 2014, satu trip casting Bangau team @ Team bangau telah diadakan dan trip diberi nama Bangau Team De' Royal Belum 2014. "Bukan Ikan Agenda Misi, Ukhwah dan Persahabatan Agenda Kami". Antara-antara ahli-ahli Bangau Team yang terlibat adalah seperti berikut:

Bangau A (Bot 1)
  • Faizal
  • Pachai
  • Yeop (tak hadir)
  • Tekong (Pejo)
Bangau B (Bot 2)
  • Asrin
  • Wanx
  • Zainal
  • Tekong (Abg Nain)
Bangau C (Bot 3)
  • Abe Yik 
  • Hj. Sam
  • Irfan
  • Tekong (Kerol)

Kami semua bergerak dari Lokasi masing-masing jam 11.30 pagi 5hb Disember 2014. 3 kenderaan, 3 lokasi, dan masa yang berlainan. Group aku yang terdiri dari Asrin dan Zainal bergerak dari Shah Alam dan berhenti di Hentian Rawang bagi menunggu Faizal yang datang dari Port Dickson.  Bersama-sama dengan beliau adalah Pachai.  Perjalan mengambil masa sekitar 5 jam lebih untuk sampai ke Pekan Gerik. Mana tidaknya, kejap-kejap berhenti.... kejap kejap berhenti... sakit perut la... nak hisap rokok la... nak makan buah la... nak tengok Sungai Perak la... macam-macam lagi la... haha...  




Sampai di Gerik, kami singgah di sebuah kedai mamak... apa nama kedai dah tak ingat... yang aku ingat sebelah Stesen Bas Gerik. 

Zainal tak habis-habis bertanya ikan Belum makan apa... lure apa mencakup.. "rilek la bro.. ikan dalam air.. lalu lure depan mulut mesti dia ngap punya" kata En. Asrin... Aku pun mencelah.. " Jenal... aku pernah kumpau kat Belum... jangan main-main... tak caya tanya En. Pachai"... Pachai diam membisu sambil mengWhatapps Isteri beliau.



Sampai ke hari ini, aku belum dapat info berkaitan gambar ini.  Mungkin Pachai dan Faizal tengah kutuk aku ni... kalau tak kutuk aku... mesti kutuk Zainal... tak pun kutuk Asrin.. haha

TIBA DI HOTEL

Sambil-sambil makan roti canai, Pachai dan Faizal mengGoogle mana-mana hotel yang masih kosong untuk kami berehat malam ni. Banyak hotel-hotel sudah ditempah dan kami bernasib baik kerana masih ada satu bilik dengan dua katil King masih ada (nama hotel tak ingat... sori... nanti kalau dah ingat aku update semula ok)

Beginilah hotel kami bermalam. Cukup selesa, dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Harga cuma RM100 sehari.


Layan HBO dulu sebelum sesi membuat perambut dan menukar split ring


Zainal tekun menukar hook dan split ring.


Demonstrasi En. Asrin membuat FG knot dengan menggunakan Assist Knot.  Memang awesome tool ni. Aku pun teracun untuk membelinya nanti.  Mudah dan diyakini kukuh dan diyakini 100% tidak akan terlucut.

Ketika kami sedang bersiap-siap untuk aktiviti memancing esok, kami dikecutkan dengan berita kehilangan lure box En Faizal.  Didalam box itu mengandungi sebuah LPBC HLC dan gewang-gewang yang akan digunakan esok. Sama ada tersalah letak atau angkara master key penyamun.  Anggaran kerugian sekitar RM6000 ke RM7000.  Suasana ketika itu sedikit "jem" dan aku sebagai organiser pening memikirkan macamna hal macamni boleh terjadi. Trip menjadi sedikit hambar berikutan hal ini sehinggalah tuan punya diri En. Faizal boleh tersenyum semula dan mula bergurau-gurau.  "dah takde rezeki aku lagi" kata En. Faizal. "ni semua salah pachai" kata En. Faizal sambil tersengih-sengih tanda bergurau.  "hah ni semua Tuan Organiser yang klepet" sambil pachai memuncungkan mulut ke arah aku. Dalam hati aku terdetik "siut ja Pachai ni"... hehehe

Sungai Papan, Royal Belum Rainforest, Gerik, Perak



Kemudahan chalet yang baharu.  Dilengkapi dengan kemudahan seperti katil dan juga tilam.  Cukup selesa dan selamat.  Boleh menampung sehingga 12 orang dalam satu-satu masa. 


Ini bukan gambar bilik air hotel yer.  Ini adalah kemudahan bilik air yang terdapat dalam chalet (gambar di atas) yang terdapat di Sungai Papan ini.  Macam hotel kan? 


Wakaf tempat bersantai-santai dan membuat aktiviti riadah.  Sesuai dijadikan tempat makan beramai-ramai.  Dahulunya di sini hanya terdapat wakaf seperti ini sahaja dan juga beberapa bilik air.  Kini, Sungai Papan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.



Tapak khemah juga turut disediakan. Lebih selamat bagi yang ingin menikmati suasana berkhemah di dalam hutan.


Kemudahan tempat memasak. Dilengkapi dengan paip dan sinki.  Sungguh memudahkan kerja dan amat-amat membantu.


Jambatan gantung dibina bagi menghubungi wakaf yang diseberang.  Jarak antara 200 ke 300 meter dari tapak ini terdapat lagi binaan kemudahan seperti yang ditunjukkan di atas, Baguskan? Tidak rugi untuk kita bermalam di sini memandangkan ini antara chalet paling dekat dengan Jeti Awam Tasik Banding.  Anggaran masa yang diperlukan adalah antara 45 minit ke satu jam untuk sampai ke sini.  Banyak lagi kemudahan yang terdapat di sini antaranya adalah seperti kemudahan generator, tandas awam, tapak BBQ, dan Jeti. Kunjungan kami pada kali ini tidak sempat merakamkan gambar-gambar kemudahan lain di sini.  


Jeti yang terdapat di Sungai Papan ini

Sumber Gambar Foto: Abg Nain