Adsense

Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Selasa, 13 September 2016

Seastone 2016 - Jigging & Inshore Fishing di Batu Laut Sepang

Trip 14 Ogos 2016
Lokasi : Batu Laut, Sepang
Tekong : Tekong Jerin
Organiser : Fishing XPDC
Jeti : Jeti Nelayan Kuala Sungai Mersok

Gambarajah di sebelah menunjukkan pandangan mata helang lokasi pancingan kami pada kali ini. Laut Selat Melaka, dari Batu Laut, Sepang, Selangor. Tanda merah menunjukkan lokasi Jeti Nelayan, Tanjong Sepat yang mana jeti ini digunakan orang para nelayan tempatan dan juga tekong-tekong bagi aktiviti memancing di Batu Laut, Sepang atau lebih dikenali dengan panggilan Manja iaitu "SEASTONE". Seastone atau batu laut dikenali dengan aktiviti memancing dalam kalangan kaki-kaki pancing dengan teknik "bottom', Jigging", Casting, dan Candat (juga boleh disini tetapi tengok pada musim). Untuk trip kali ni, kami mencuba nasib untuk aktiviti pancingan "jigging" dan "casting" (Inshore).


Kami sampai ke Kuala Tanjong Sepat lewat kali ini dan hadiahnya.... tengahari baru dapat turun ke laut berikutan paras air surut dan mula pasang kembali jam 10.30 pagi dan penuh sedikit untuk bot bergerak keluar pada jam 11.30 pagi. Moral off the story, periksa jadual pasang surut dan bergerak awal dari rumah anda.

Talang pertama aku di seastone. Sebelum ni trip asyik bangau jer. Strike with sinking lure (40 gram) Dengan berbekalkan Set Popping Ringan (PE2-4), hantaran gewang 40 gram tidak meberi sebarang masalah. Karauan laju dibuat dan hasilnya.... Talang Raya.  Karauan bersahaja tiada sambaran diterima hanya diikut sahaja sehingga ke tepi bot. Next time akan kembali lagi dengan kekili yang kadar ratio pusingan lebih tinggi dan laju.

Saiz talang sebegini sememangnya banyak di perairan selat melaka. Belasan rabut di kawasan ini. Sekiranya berminat dengan talang masin.. datangla ke sini. huhu...

Beginilah keadaan gewang khurafat yang digunakan. Jackson Pintail sudah tidak asing lagi bagi para penggemar Heavy Sinking Minnow". Aksi karauan lajunya cukup untuk membuat penghuni dasar berminat untuk menyiasat dan menggigit. Di pasaran sekarang, banyak lagi pilihan-pilihan lain bagi gewang berat ini yang lebih ekonomi dan juga efisyen digunakan. Ada yang klon, dan ada yang berdiri di atas kaki sendiri. Tepuk dada, tanya selera. 

Gambar disebelah, Jackson Pintail 40 gram yang saya gunakan selepas berjaya naikkan 2 ekor talang dan belasan kali rabut. Next time kena datang lagi. Mungkin mata kail tidak cukup tajam, atau perlu guna mata satu, atau mungkin juga perlu guna mata 1 yang disambung dengan tali "assist". Akan dicuba nanti.. In syaa Allah..

Salah seekor talang yang berjaya di tawan dengan kaedah jigging. Sebenarnya ni kira "disqualified". Karau laju sebab jig dah jauh... tahu tahu strike.. berdesup talang ni lari ke bawah bot. hampir menghabiskan tali yang dah sedia pendek berikutan putus beberapa kali sebelum tu sebab sangkut di dasar

Ketika ni kami menggunakan tiang lampu sempadan sebagai "sauh" berikutan ingin menduga penghuni dasar berdekatan dengan struktur tiang ini. Secara teori, tiang yang dipenuhi karang sudah semestinya mempunyai hidupan-hidupan kecil yang menjadi makanan kepada penghuni dasar yang bersifat pemangsa. 

Target awal kami ke sini adalah untuk mencari tenggiri berikutan sebelum - sebelum ini beberapa rakan menceritakan di kawasan ini jig sering di cukai oleh spesis tenggiri dan barakuda. Disebabkan info inilah, trip kali ini di bawa bersama set casting (inshore) dan beberapa ketul gewang khurafat (Jackson Pintail) untuk mencuba nasib dan hasilnya hanya talang-talang sahaja yang sudi. Disebabkan info kawan - kawan sebelum ini jugalah kami meminta tekong bergerak ke arah rumah api ini sambil berhenti di beberapa spot jigging. 

Walaupun tiada tenggiri. Layanan dari sang talang juga cukup menghiburkan. 1st run talang cukup menginzalkan. Lompatan di permukaan air boleh membuatkan yang mabuk segar kembali.

 
Sedikit video jigging talang seastone yang sempat dirakam

Soro Jig, untuk memilikinya, hubungi Encik Tekong.

Setelah puas bergasak dengan Si talang, kami bergerak ke spot jigging kembali. Hanya seekor jenahak berjaya dijinakkan oleh Encik Tekong. Aku dan beberapa rakan lain hanya sempat merasa ketukan kasar di dasar dan layanan sekejap berikutan kecundang di separuh air. Tak ada rezeki kami untuk merasa tarikan Cik Jenak Seastone. Cuma ada rezeki bergambar sahaja.

Keseluruhan hasil trip kali ini. Ada rezeki In syaa Allah sampai lagi kami ke sini.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Jumaat, 6 September 2013

Anak Peacock & Red Monk Tasik Prima

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Blog Fishing XPDC.  Lagi cerita berkaitan spesis ikan yang mendominasi Tasik Prima, Puchong.  Ini antara koleksi gambar lama ketika saya mula-mula mengenali lokasi mengilat ini.  
Dulu, Tasik Prima mudah diakses dari mana-mana jer.. Tapi sekarang banyak spot-spot tertentu sudah tidak boleh diakses sesuka hati berikutan banyak tempat telah menjadi 'private property' dan tidak mustahil satu hari nanti Tasik Prima akan menjadi seperti Tasik Mines yang mana ikan cuma boleh ditengok  jer.. dah tak boleh memancing.
Berikut antara hasil-hasil yang sempat didaratkan dengan teknik 'casting' di beberapa spot yang sudah tidak boleh diakses lagi sekarang.  Kalau masih nak ke sini perlu menggunakan bot dan tidak lagi boleh memancing dari atas darat. Masa ini kami baru berjinak-jinak dengan peacock base dan juga Red Monk @ Red Devil (yang masih juvana).
13 November 2011

Lokasi: Tasik Prima (Belakang Banglo)

 Anak PB pelahap. PB Tasik Prima pertama aku


Syurun dan anak PB hentam apollo


 Fadhli & PB pertama Tasik Prima beliau


PB makan Clouser yang dilacurkan


Fadhli & Red Monk Prima pertama beliau



 
Red Monk baham Halco Sorcerer 4 cm


19 November 2011

 Seterusnya hari casting dan lintah. Nasib sedar awal.


Roslan


Fadhli


Aku


Aku

Roslan lagi


Red Monk kokak X-Rap 4cm


Lagi Red Monk kokak X-Rap 4cm


 Red Monk ni memang banyak masa ni. Tak terlayan.


 Tak padan dengan kecil.  Naluri predator yang tinggi


Peacock baham top water (ofmer Catwalk)


Popper pun di baham


20 November 2011 

Boden dan Peacock Tasik Prima pertama beliau


Awal pagi masa ni top water paling menjadi.
Peacock paling kasar yang didaratkan masa tu.


21 November 2011
Cikgu Anamis


X-rap 4cm ni memang hanyir.



Peacock X-rap 4cm yang terakhir.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Selasa, 23 Julai 2013

Empangan Air Kuning Edisi Ramadhan



Empangan Air Kuning atau lebih dikenali dengan EAK oleh kaki-kaki pancing terletak di Taman Botani Negara, Shah Alam.  Bayaran masuk dikenakan RM20 sekarang dan bukan lagi RM18 untuk sekali masuk. Perkhidmatan bot juga disediakan dengan kadar bayaran RM40 sehari. Beroperasi 6 hari seminggu dan tutup pada hari Selasa dan dibuka sekiranya cuti umum dan cuti
sekolah.Foto: http://timothy.writebriefly.com/fishing-at-empangan-air-kuning-shah-alam/




 Hassan dan hasil casting beliau.  Set 4 8 lb vs Pacu EAK. Memang nyaman.


 Pachai dan Pacu EAK dengan perjudikan set 2 6 (Nemesis)



Lelayang yang paling praktikal di sini untuk si pacu. Zonker putih.  Bagi kaki layang yang boleh bersabar, nymph berwarna gelap juga boleh digunakan


  Aksi Pancingan Layang WT1




 Dapat bakar ni pergh.



Tilapia EAK dan Pancing Layang WT1.  Memang layan habis. Untuk pengetahuan semua, tilapia di sini sukar juga untuk ditipu.  Boleh dikatakan sedikit cerdik.  Berbekalkan pellet Flies kami mudah menipu spesis ini.  Lelayang palet yang digunakan adalah dari jenis "deer hair" yang berwarna "Natural" yang mana ia nampak seakan-akan pellet yang telah kembang di atas permukaan air.  Sekiranya lelayang palet yang digunakan sedikit cacat (rosak sebab dah berkali2 digunakan) menjadi sedikit sukar untuk menjerat si "MJ EAK" ini.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Selasa, 25 Jun 2013

Natural Exotic Fishing Pond Rawang - Part V

Natural Exotic Fishing Pond Rawang


7 Oktober 2012

Lokasi : Rawang, Selangor
Bayaran : 3 jam RM100

Ahli komplot : 
  1. Wanx
  2. Syurun
  3. Hasan
Ikan di sini dah mau habis diploma Kalau dah ambil degree nanti tak tau la mcmna... hari ahad bukan hari terbaik utk menipu ikan kat kolam ni...Malam hari sabtu selalunya kolam ni dikunjungi ramai dan peluang untuk menaikkan ikan dengan umpan tiruan sedikit sukar.

Gambar sebelah, Syurun sedang melayan asakan Asian Red Tail.



























Syurun 
dan hasil pertama beliau.



Aku dapat kecil jer :-) 


Syurun dan hasil pancingan dasar

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©