Adsense

Selasa, 13 September 2016

Seastone 2016 - Jigging & Inshore Fishing di Batu Laut Sepang

Trip 14 Ogos 2016
Lokasi : Batu Laut, Sepang
Tekong : Tekong Jerin
Organiser : Fishing XPDC
Jeti : Jeti Nelayan Kuala Sungai Mersok

Gambarajah di sebelah menunjukkan pandangan mata helang lokasi pancingan kami pada kali ini. Laut Selat Melaka, dari Batu Laut, Sepang, Selangor. Tanda merah menunjukkan lokasi Jeti Nelayan, Tanjong Sepat yang mana jeti ini digunakan orang para nelayan tempatan dan juga tekong-tekong bagi aktiviti memancing di Batu Laut, Sepang atau lebih dikenali dengan panggilan Manja iaitu "SEASTONE". Seastone atau batu laut dikenali dengan aktiviti memancing dalam kalangan kaki-kaki pancing dengan teknik "bottom', Jigging", Casting, dan Candat (juga boleh disini tetapi tengok pada musim). Untuk trip kali ni, kami mencuba nasib untuk aktiviti pancingan "jigging" dan "casting" (Inshore).


Kami sampai ke Kuala Tanjong Sepat lewat kali ini dan hadiahnya.... tengahari baru dapat turun ke laut berikutan paras air surut dan mula pasang kembali jam 10.30 pagi dan penuh sedikit untuk bot bergerak keluar pada jam 11.30 pagi. Moral off the story, periksa jadual pasang surut dan bergerak awal dari rumah anda.

Talang pertama aku di seastone. Sebelum ni trip asyik bangau jer. Strike with sinking lure (40 gram) Dengan berbekalkan Set Popping Ringan (PE2-4), hantaran gewang 40 gram tidak meberi sebarang masalah. Karauan laju dibuat dan hasilnya.... Talang Raya.  Karauan bersahaja tiada sambaran diterima hanya diikut sahaja sehingga ke tepi bot. Next time akan kembali lagi dengan kekili yang kadar ratio pusingan lebih tinggi dan laju.

Saiz talang sebegini sememangnya banyak di perairan selat melaka. Belasan rabut di kawasan ini. Sekiranya berminat dengan talang masin.. datangla ke sini. huhu...

Beginilah keadaan gewang khurafat yang digunakan. Jackson Pintail sudah tidak asing lagi bagi para penggemar Heavy Sinking Minnow". Aksi karauan lajunya cukup untuk membuat penghuni dasar berminat untuk menyiasat dan menggigit. Di pasaran sekarang, banyak lagi pilihan-pilihan lain bagi gewang berat ini yang lebih ekonomi dan juga efisyen digunakan. Ada yang klon, dan ada yang berdiri di atas kaki sendiri. Tepuk dada, tanya selera. 

Gambar disebelah, Jackson Pintail 40 gram yang saya gunakan selepas berjaya naikkan 2 ekor talang dan belasan kali rabut. Next time kena datang lagi. Mungkin mata kail tidak cukup tajam, atau perlu guna mata satu, atau mungkin juga perlu guna mata 1 yang disambung dengan tali "assist". Akan dicuba nanti.. In syaa Allah..

Salah seekor talang yang berjaya di tawan dengan kaedah jigging. Sebenarnya ni kira "disqualified". Karau laju sebab jig dah jauh... tahu tahu strike.. berdesup talang ni lari ke bawah bot. hampir menghabiskan tali yang dah sedia pendek berikutan putus beberapa kali sebelum tu sebab sangkut di dasar

Ketika ni kami menggunakan tiang lampu sempadan sebagai "sauh" berikutan ingin menduga penghuni dasar berdekatan dengan struktur tiang ini. Secara teori, tiang yang dipenuhi karang sudah semestinya mempunyai hidupan-hidupan kecil yang menjadi makanan kepada penghuni dasar yang bersifat pemangsa. 

Target awal kami ke sini adalah untuk mencari tenggiri berikutan sebelum - sebelum ini beberapa rakan menceritakan di kawasan ini jig sering di cukai oleh spesis tenggiri dan barakuda. Disebabkan info inilah, trip kali ini di bawa bersama set casting (inshore) dan beberapa ketul gewang khurafat (Jackson Pintail) untuk mencuba nasib dan hasilnya hanya talang-talang sahaja yang sudi. Disebabkan info kawan - kawan sebelum ini jugalah kami meminta tekong bergerak ke arah rumah api ini sambil berhenti di beberapa spot jigging. 

Walaupun tiada tenggiri. Layanan dari sang talang juga cukup menghiburkan. 1st run talang cukup menginzalkan. Lompatan di permukaan air boleh membuatkan yang mabuk segar kembali.

 
Sedikit video jigging talang seastone yang sempat dirakam

Soro Jig, untuk memilikinya, hubungi Encik Tekong.

Setelah puas bergasak dengan Si talang, kami bergerak ke spot jigging kembali. Hanya seekor jenahak berjaya dijinakkan oleh Encik Tekong. Aku dan beberapa rakan lain hanya sempat merasa ketukan kasar di dasar dan layanan sekejap berikutan kecundang di separuh air. Tak ada rezeki kami untuk merasa tarikan Cik Jenak Seastone. Cuma ada rezeki bergambar sahaja.

Keseluruhan hasil trip kali ini. Ada rezeki In syaa Allah sampai lagi kami ke sini.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Tiada ulasan:

Catat Ulasan