Adsense

Memaparkan catatan dengan label Clouser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Clouser. Papar semua catatan

Ahad, 21 Julai 2013

Tangkap dan Makan - Hampala On Fly Fishing

Hampala On Fly Fishing

Tarikh             : 29 April 2012
Ahli komplot   : Wanx, Sawak & Hasan



 
Atas : Reel : Redington Clicker Drag with Floating Line (5wt) + Rod: Ross Worlwide (5wt)

Tengah : Reel : Sage 1650 with Intermidiate Line (5wt) + Rod: Ross Worlwide (5wt)

Bawah : Reel : Mudsucker with Floating line + Rod : Redington Crosswater (5/6 wt) 








Hasan mendapat strike pertama. Lelayang yang digunakan Clouser "Sengek" (kata hasan tu lelayang yang diikat tanpa kelulusan "QC" yang menggunakan 100% Flashabou dari warna yang pelbagai.  Suasana ketika ini sedikit panas dan mungkin kilatan dari flashabou yang menyerupai anak ikan menarik perhatian si hampala untuk mengambil lelayang beliau. Tahniah der..











Tumpang glamer ikan hasan




Selamat dibakar dan menanti untuk dimakan sorang sikit.



Bergambar kenangan sebelum merasa keenakan isi hampala yang masih "fresh" dan seterusnya balik ke rumah

 Sekian, terima kasih.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Jumaat, 21 Jun 2013

Tarpon Kuala Trong, Perak

Bulan Ku Terbang @ Kuala Trong

INFO KUALA TRONG
Kuala Trong terletak di Perak Utara yang mana ia mengambil masa sekitar 20-30 minit dari susur keluar lebuhraya utara selatan (exit changkat jering).  Kuala Trong sememangnya telah dikenali di seluruh Malaysia sebagai satu lapangan memancing terutamanya bagi kaki casting yang meminati tarikan atau asakan Siakap Merah atau lebih dikenali sebagai MJ.  Selain dari MJ, siakap putih juga mendiami kawasan ini dan tidak kurang juga dengan spesis alu-alu dan dan beberapa lagi spesis ikan yang lain termasuklah buaya air masin.

Ikan bulan atau lebih dikenali sebagai tarpon juga mudah dijumpai di sekitar sungai ini dan banyak mendominasi di beberapa batang pecahan sungai di kuala trong. Sekiranya kena dengan masa, tak memang tangan melayan aksi akrobatiknya. Berikut antara foto-foto yang berjaya dirakam sepanjang trip menjejak tarpon di sini.


Keluar seawal jam 7 pagi untuk mengejar masa 
"frenzy" tarpon pada awal pagi




Ketika ini, bot terpaksa memasuki alur-alur kecil dengan 
berhati-hati kerana alur ini terlalu rendah pada waktu ini



Inilah tekong saya, boden namanya



Lokasi pertama


Lokasi ke 2

Mendidih air!!!


Patern fly yang digunakan
Clouser Putih (buck tail)
dan

 "Shrimph Flies"


ANTARA AKSI BERTARUNG


Aksi rod layang wt3.
Kredit untuk boden untuk gambar foto ini


ANTARA AKSI AKROBATIK TARPON MALAYSIA








ANTARA HASIL-HASIL YANG BERJAYA DIDARATKAN








SEKIAN, TERIMA KASIH.


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Sabtu, 1 Jun 2013

Peacock Bass Air Kuning, Perak

Air Kuning yang terletak di Perak sudah tidak asing lagi dengan kaki pancing di Malaysia.  Ramai kaki pancing sanggup datang dari jauh untuk merasa tarikan spesis predator pendatang yang mudah diperolehi di sini.  Kebanyakan ikan peacock bass di Air Kuning ini berskala besar dan mudah diperolehi kerana populasinya di sini terlalu tinggi dipercayai sumber makanan yang banyak telah membuatkan spesis ini membiak dengan cepat.

Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk mencuba sentapan spesis ini di AK.  Memang tidtak dinafikan spesis peacock bass di Air Kuning jauh lebih kuat melawan berbanding di tempat lain yang pernah saya kunjungi. 

26 November 2012 
Satu trip bersama Razlan dibuat dan hasil peacock bass antara 32-45cm banyak ditewaskan.
TEKNIK: Fly Fishing
Flies : Clouser & Split Tail

30 April 2013
Trip bersama Syurun, hasan, & Syawal.  4 ekor Peacock Bass berskala 50-54 cm berjaya ditewaskan






Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©