بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera
KELANTAN, Machang.
Pot Sekangkang Kera, ni la nama yang aku bagi selain nama "Pot Budak Mandi". Lokasi untuk memancing sikang yang patut datang awal pagi sekiranya hari cuti sekolah. Kalau lambat budak-budak kampung mandi kat sini. Waktu paling afdhal untuk mancing di sini adalah hari sekolah. Selamat.. tak kan ada gangguan.
Aku jumpa pot ni masa turun casting sebarau & berjumpa seorang caster di kelantan. Caster kedua selepas Zul Ezani. Cikgu Shamsul Izham (Cikgu Jeep). Beliau la yang tunjuk tempat ni al maklumlah bumi Kelantan masih 'muda' bagi aku. Perkataan mudah faham aku belum pandai jalan area sana.
Sikang pertama yang didaratkan di sini oleh Cikgu Shamsul. Sikang hentam RA Pop. Mula dari hari tu aku baru tau tempat ni ada spesis ni. Mula dari hari tu, aku mula turun ke sini setiap kali balik Kelantan.
Kali pertama turun ke sini dengan harapan untuk cuba melayang spesis malayan trout di sini. Air masa sangat cantik dan jernih tapi malangnya aku kumpau. Belum tahu teknik yang sebenarnya. Hanya dapat satu sambaran kasar dan si sikang sempat menunjukkan diri di udara dengan saiz yang boleh dibanggkan tetapi apakan daya. Gurgler bersaiz 6 tidak berjaya menembuskan mulut sikang yang sememangnya luas. Pening fikir kenapa mulut ikan yang besar susah untuk "hooked up".
Sikang yang tertewas dengan lenggokkan sesudu Altima 5 gram
Aku hanya berjaya menawan sebarau cilik sahaja
"Shrimph Flies" dan Sebarau Cilik
Ini sahaja hasil untuk kali ini.
Seterusnya lawatan semula dibuat lagi. Kali ini aku turun dengan berbekalkan sedikit ilmu baru yang diperolehi dari seorang sahabat merangkap Tok Guru la senang cakap. Razlan, member Fly aku. Kali ni lelayang yang digunakan adalah dari jenis "dry" iaitu "caddis". Memang tidak menghampakan kerana banyak sambaran yang diperolehi yang terdiri daripada sikang-sikang 'under age". Bukan saiz jadi ukuran, yang penting hati puas.
Ni saja yang sempat dibawa balik. Biasala balik naik bas, bawa cukup-cukup nak pakai je.
Antara hasil yang didaratkan
Semua saiz baru menetas telur
Dan yang paling terbaru lawatan semula ke pot ni pada Cuti Hari Malaysia. Balik jumpa anak diselitkan dengan lawatan semula ke Pot Budak Mandi ni dan hasilnya tetap sama sikang kecil saiz "geli-geli" sahaja berjaya didaratkan.
Sikang pertama hasil dari lelayang "caddis"
Sikang pertama hasil dari lelayang "caddis"
Sikang ke dua juga menggunakan lelayang "caddis"
Seterusnya sikang yang sedikit kasar dari kebiasaannya berjaya didaratkan. Terpedaya dengan "udang terapung". atau nama yang aku bagi bagi lelayang ini "Tango Shrimph Flies"
Juga hooked up dengan "udang terapung"
Close Up "Udang Terapung"
Seterusnya lelayang jenis "streamer" digunakan.
Lagi "streamer" memberi jasa. Sikang terakhir yang didaratkan untuk lawatan semula kali ke empat. Lawatan akan datang pasti akan ada. Tunggu....
Bukan saiz yang menjadi ukuran,
Kepuasan melayang/memancing menjadi taruhan
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©
mantap wan,,, nanti pi kg ramli plak
BalasPadam