Adsense

Memaparkan catatan dengan label hampala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hampala. Papar semua catatan

Rabu, 13 Ogos 2014

Hampala Hari Minggu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera

Somewhere @ Pahang

Komplot ni kira-kira 4 bulan yang lepas.  1st time sampai sini, aku tengok air warna teh ais, dalam kepala memikir ada peluang ke nak "strike".  Ini kira kali pertama mencuba casting sebarau di air yang berwarna "teh ais".

Strike pertama

Atan dan badong pertama beliau.
1.7 Kg
Lure : Megabass Sliding

Lepas jer badong ni naik, semua tak berhenti casting dengan harapan ada la lagi badong yang sudi.


Strike ke 2

Sebarau jer
400 gram kot
lure: MJ Pop

Seterusnya

Aku la pulak
Ikan pinjam.. :-)



Lure dan hook jahat

Ofmer MJ Pop


REPEAT MINGGU SETERUSNYA

Tragedi... sampai kat lokasi top guide jahanam.  Dengan berbekalkan "Apa Yang ada" maka lahirlah:
MATAGI TOP GUIDE 2013
VERSION : Matagi Emergency Guide
Material: Masking Tape, Floro Leader 30lb + Braided Line 10lb



Strike pertama & terakhir



Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Ahad, 21 Julai 2013

Tangkap dan Makan - Hampala On Fly Fishing

Hampala On Fly Fishing

Tarikh             : 29 April 2012
Ahli komplot   : Wanx, Sawak & Hasan



 
Atas : Reel : Redington Clicker Drag with Floating Line (5wt) + Rod: Ross Worlwide (5wt)

Tengah : Reel : Sage 1650 with Intermidiate Line (5wt) + Rod: Ross Worlwide (5wt)

Bawah : Reel : Mudsucker with Floating line + Rod : Redington Crosswater (5/6 wt) 








Hasan mendapat strike pertama. Lelayang yang digunakan Clouser "Sengek" (kata hasan tu lelayang yang diikat tanpa kelulusan "QC" yang menggunakan 100% Flashabou dari warna yang pelbagai.  Suasana ketika ini sedikit panas dan mungkin kilatan dari flashabou yang menyerupai anak ikan menarik perhatian si hampala untuk mengambil lelayang beliau. Tahniah der..











Tumpang glamer ikan hasan




Selamat dibakar dan menanti untuk dimakan sorang sikit.



Bergambar kenangan sebelum merasa keenakan isi hampala yang masih "fresh" dan seterusnya balik ke rumah

 Sekian, terima kasih.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Sabtu, 13 Julai 2013

Hampala & Kenerak

11 Ogos 2011
 
Strike yang pertama. Anak-anak sebarau.



Sebarau ke dua


 "Makan Bihun"


 Kenerak hentam spoon
Lesen pertama kenerak casting



Tersangkut mata kail di misai depan


Kecil je dalam 250 gram.


Pose terakhir sebelum dilepaskan

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Khamis, 11 Julai 2013

Hampala Pahang Part II

19 July 2011

Ni semua cerita lama. Pertengahan 2011 kami selalu juga la ke sini berikutan populasi sebarau yang masih mudah dipujuk untuk menghentam "besi" yang selalu kami gunakan
Masa jumpa tempat ini aku khususnya masih mempercayai "spoon" dari gewang. Pertama kali sampai di sini, sesudu jenis "altima" digunakan yang mana sesudu altima antara sesudu killer aku untuk sebarau.  Masa ni dalam kepala hanya di set sesudu altima jer.. tapi hakikatnya kami tidak pernah mendapat "strike" dengan menggunakan sesudu altima.  Moralnya di sini, jangan terlalu mempercayai satu-satu jenis lure atau sesudu kerana lain padang lain belalangnya. Sebarau di atas terpedaya dengan sesudu FZ yang harga lebih murah dan mampu dimiliki.

Sesudu : FZ

Sesudu FZ lagi.  Dari pengamatan aku yang masih baru dalam dunia mengilat ni.  Sesudu yang paling efisyen di sini adalah sesudu yang cepat tenggelam dan mudah "potong" air (cepat tenggelam).  

Catch n Release? Terpulang pada individu. 
Untuk kali ini kami pilih 2 ekor untuk dijadikan
hidangan tengahari kami.

Yeop layan solo

2 sahabat baik. Pachai (Baju Biru) & Ejai (Editor Majalah Umpan)


 Posing sebelum disiangkan.

 Sementara menanji Ejai mengasah pisau






 
Sawak membuat "finishing"


 Unggun api dibuat

 Aku kerja sapu kunyit jer.

 


Gayakan apa yang ada.  Daun tepi sungai - Pokok Kunyit Hutan aku guna untuk tambah aroma ikan.
NOTA: Bukan semua daun boleh digunakan untuk balut ikan yang hendak dibakar.  Daun yang permukaan berbulu jangan sesekali digunakan untuk apa-apa sahaja tujuan berkaitan masakan kerana dikuatiri beracun.  Kebanyakan daun yang bepermukaan licin sahaja boleh digukan.






Slurpppp.


Antara sahabat-sahabat yang terlibat dalam 
komplot hampala pahang edisi tangkap n makan

SEKIAN
TERIMA KASIH

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Jumaat, 28 Jun 2013

Sebarau Kelantan

Memancing Mengeratkan Silaturrahim. 
24 August 2012

  
Sebarau pertama yang dinaikkan oleh Cikgu Zul.  Aku sampai jam 7 pagi sebarau ni siap tertambat kat tepi sungai.  Ingatkan aku dah awal sampai, rupanya ada yang lagi awal. Sebarau salam perkenalan aku dengan Cikgu Zul ni. 


Sebarau pertama aku selepas sebarau Cikgu Zul.  

Sebarau ke-2 dengan gewang yang sama. 
Rapala X-Rap Hot Steel (8cm)

Cikgu Zul bersama Sebaraunya.  
Paling besar yang dinaikkan pada hari tu.

Sajian lauk tengahari kami

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Sabtu, 15 Jun 2013

Hampala Pahang

20 Jun 2011

Komplot Mengilat Sebarau.

Lokasi : Salah satu dari yang dinyatakan pada "signboard" :-)

Yeop Paku dan Yeop Gigi



 Jalan masuk yg mengambil masa antara 15-20 minit.

 Rezeki ahli baru.

 Tok Batin Hadi memang hanyir.


 Aku dapat seekor je masa ni

 Akibat tersangkut lure di ranting belakang


Tok Batin lagi. Kali ni juga dengan Spoon GT Bio (10 gram)


 Terjumpa peninggalan si lahanat pengebom ikan ketika dalam 
perjalanan naik ke pot-pot lain disebelah atas.





 Lubuk yang berpotensi

 Menyiang ikan untuk santapan tengahari kami semua

 Nasib baik la Tok Batin ni rajin..

 :-p

 Hasil pachai ketika kami semua tengah sibuk menyiang ikan. Kelah ke Kejor? 
Aku tak berapa pasti.

 GT Bio 10 gram lagi (Crome Plated)






Ikan Fresh... memang menjilat jari :-)

Sekian, terima kasih

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©