19 July 2011
Gayakan apa yang ada. Daun tepi sungai - Pokok Kunyit Hutan aku guna untuk tambah aroma ikan.
Ni semua cerita lama. Pertengahan 2011 kami selalu juga la ke sini berikutan populasi sebarau yang masih mudah dipujuk untuk menghentam "besi" yang selalu kami gunakan.
Masa jumpa tempat ini aku khususnya masih mempercayai "spoon" dari gewang. Pertama kali sampai di sini, sesudu jenis "altima" digunakan yang mana sesudu altima antara sesudu killer aku untuk sebarau. Masa ni dalam kepala hanya di set sesudu altima jer.. tapi hakikatnya kami tidak pernah mendapat "strike" dengan menggunakan sesudu altima. Moralnya di sini, jangan terlalu mempercayai satu-satu jenis lure atau sesudu kerana lain padang lain belalangnya. Sebarau di atas terpedaya dengan sesudu FZ yang harga lebih murah dan mampu dimiliki.
Sesudu : FZ
Sesudu FZ lagi. Dari pengamatan aku yang masih baru dalam dunia mengilat ni. Sesudu yang paling efisyen di sini adalah sesudu yang cepat tenggelam dan mudah "potong" air (cepat tenggelam).
Catch n Release? Terpulang pada individu.
Untuk kali ini kami pilih 2 ekor untuk dijadikan
hidangan tengahari kami.
Yeop layan solo
2 sahabat baik. Pachai (Baju Biru) & Ejai (Editor Majalah Umpan)
Sementara menanji Ejai mengasah pisau
Sawak membuat "finishing"
NOTA: Bukan semua daun boleh digunakan untuk balut ikan yang hendak dibakar. Daun yang permukaan berbulu jangan sesekali digunakan untuk apa-apa sahaja tujuan berkaitan masakan kerana dikuatiri beracun. Kebanyakan daun yang bepermukaan licin sahaja boleh digukan.
Slurpppp.
Antara sahabat-sahabat yang terlibat dalam
komplot hampala pahang edisi tangkap n makan
SEKIAN
TERIMA KASIH
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©