Adsense

Memaparkan catatan dengan label Snake Head. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Snake Head. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2016

Tasik Temenggor 2015 - Heron's De' Banding

Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di Utara Negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1974. Air dari Empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk Negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

Jarak dari Ipoh ke Tasik Temenggor ialah 200 km ke arah Gerik menuju ke Jeli, Kelantan. Laluan tersebut ialah Lebuh Raya Timur Barat. Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak penuh di Gerik terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran Lebuh Raya Timur Barat sehingga ke Jeli. Dibahagian tengah tasik terdapat sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding dan disebabkan pulau inilah nama tasik lebih dikenali sebagai Tasik Banding.

Trip ini pada 29 Disember 2015 yang lalu yang mana dikenali sebagai "Heron's de' Banding". Perancangan awal dibuat oleh sahabat kami En. Pachai pada bulan Ogos 2015 lagi. Perancangan awal dibuat agar perancangan rapi dapat dibuat oleh semua peserta disamping mengharapkan penyertaan yang ramai dari sahabat-sahabat "Team Bangau"

Macam kebiasaan apabila merancang trip, group Whatapps di buat bagi memudahkan perjalanan trip dari awal sehingga tamat trip. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Aseng, pemilik Fisher Tackles, Shah Alam kerana menjadi sebahagian dari penaja bagi menaja sebahagian besar bagi kos cetakan baju trip kali ini.

Trip kali ini melibatkan 5 buah bot yang mana 4 buah bot sepenuhnya diuruskan oleh Pachai dan bot yang kami gunakan diuruskan sendiri oleh saya yang mana saya selesa berurusan dengan Abg Nain sekiranya ingin ke Royal Belum.... cuma kali ini sedikit berbeza kerana kami tidak masuk ke Taman Negeri Royal Belum.


Suasana pada hari kejadian. Kami (1 bot) naik di Jeti Awam Tasik Banding manakala 4 bot lagi naik di Jeti Ahmad Shah. Jeti Awam Tasik Banding pada pagi itu cukup sesak dengan pengunjung kerana pada masa yang sama ada event lain berlangsung di sini. Kami dipahamkan ada acara menangkap ikan trapia di buat di sini pada sebelah paginya. Memang bersesak juga kami pada pagi itu.


Seperti kebiasaan sebelum bergerak masuk menuju ke spot pertama... pose dengan tekong dulu.. hehe.. Inilah Tekong Power Royal Belum.. En Pejo.. Abg Nain tak dapat nak bawa kami sebab nama last minit naik sebagai Urusetia Event Trapia.





Pemandangan semasa dalam perjalanan ke spot pertama. Hijau air sehijau hutannya. Sampai bila hutan ni akan hijau? Terlalu abstrak untuk menjawabnya.



Tangkapan pertama di spot pertama oleh Abg Long Kuetiaw Kerang Seksyen 13, Shah Alam. Menyirap darah.. Ni la Sipo saya... En. Chidan Rosli. Beliau tokei kedai Chidan Kueytiaw Kerang, Seksyen 13, Shah Alam. Nak rasa kuetiaw power... datangla kedai beliau. Dijamin puas hati.. ayat power sikit silap-silap dapat makan free..

Nota Kaki: Jangan mai Sabtu atau ahad... kedai tutup.. tokei pi mengai...

Mainline: 8lb 
Leader: 12lb
Reel: Spinning saiz 1000
Spesis: Sebarau Buta.. haha
Berat Ikan: 2.7 Kg.

Sebarau kat spot pertama yang tidak jauh dari jeti awam ni tak rising sangat macam kebiasaan. Yang rising semua jauh-jauh. Yang ni naik buih sahaja. 2 3 biji buih timbul. 1 cast terus strike.  (time strike ni semua duk doa bagi putuih... kikikiki)

Inilah antara fenomena sebarau buih yang saya kira mudah untuk cari di kawasan tasik pada awal pagi sebelum kawasan mula berangin. Selalunya buih ni akan naik di spot-spot berhampiran dengan tunggul-tunggul kayu atau reba-reba tinggalan pokok tumbang. Nak cuba cari sebarau buih ni.. boleh cuba dengan menanti dengan penuh sabar. Jangan cempera (kalut) atas bot. kena duduk diam-diam. Kena tahan daulat rising sebby-sebby. Baru boleh dapat tune mengesan buih sebarau. Buih sebarau ni kalau kawan-kawan yang tak pernah jumpa lagi.. dia sama ja dengan buih lampam. 2 3 buih akan timbul. Saya pun yang bagitau tekong.. kalau tak... tak tahu pun..


Seterusnya giliran saya la pulak.. ikan sama dengan yang Chidan dapat... bezanya cuma sebarau chidan dapat tu besaq tapi buta. sebarau saya dapat kecik tapi tak buta..celik elok!..haha..


Mainline: 20lb 
Leader: 30lb
Reel: Spinning saiz 2500
Spesis: Sebarau ada mata..haha
Berat Ikan: Tak sampai sekilo.


Sebarau seterusnya di suatu lorong masuk ke lubuk... kira macam anak sungai la.. sedang bot bergerak masuk chidan menjerit.. " berenti!!! berenti!!!.. ada badong rilek punya berenang bawah bot...". Tak pakai polarized.. tapi mata kalah polorized... power... 

Tekong pun berhentilah... kami pun castinglah... cast cast punya cast sambil kena layoq dengan sebby-sebby yang boilling menganjing tapi tak mau ambik gewang. Tup tup... strike... kawanan sebarau mengendam mengambil spoon yang dihulurkan. Sebarau ni diberi nama sebarau "lit-lit".. panas gila time ni.

Seterusnya misi memanjangkan tangan diteruskan di suak-suak yang dihuni sang toman bujang, mak toman, bapak toman, dan juga duda-duda dan janda-janda toman.

Rising dari toman-toman memang banyak kami jumpa. Tidak ada seekor pun mengambil gewang dihulurkan. Dari gewang cap ayam sampaila ke gewang-gewang bangsawan... dari sekecil-kecil gewang sampai sebesar-besar gewang tak disentuh si toman. Pendek kata dah naik meluat la..


Akhir sekali Chidan sekali lagi bersuara... " wei wanx.. hang pakai skimmer ni.. dah banyak dah toman tumpas ni... rekod memba aku bujang 10 kelo bak hang... kalau dia tak mau ambik jugak kita ajak tekong balik teruih" Kata beliau sambil buat memek muka. Aku pun ambil la... bertahun-tahun casting tak pernah beli pun ima skimmer ni.. duk dengar juga kisah-kisah khurafat pasal gewang ni.. tapi tak pernah beli pun... setelah selesai menukar gewang yang digunakan, aku standby menanti rising si toman bujang di suatu suak itu. "ha tudia toman dah naik.... cast wanx!!!!!" menjerit si Chidan dengan loghat kedah utara pekat melekat beliau. 1 cast.... keboooom!!!!.. memang khurafat + tahyul gewang ni.. seharian duk pujuk dengan bermacam-macam gewang.. last-last Ima Skimmer (US Colour) yang dimahunya. Lepas dari strike pertama ini. Semua strike toman adalah dengan gewang khurafat ini. Sebab apa skimmer ni killer? mungkin sebab action yang tak konsisten berenang menunjukkan  gewang ini benar-benar seperti seluang yang bermain di permukaan air.


Rod : 10-20
Mainline : 30 LB
Leader : 40 LB
Reel : Abu Revo Black 9
Lure : Ima Skimmer
Spesis : Toman Bujang





Penantian mama..... akhirnya berjaya juga mendapatkannya. Tompokan anak di dipermukaan tidak dilepaskan. Kalau japanese pro angler yang datang ke Malaysia, tompokan anak tidak pernah diusik. Hanya Malaysia Angler je yang usik.. hihi.. Kalau dah nama mama toman.. kalau timing memang dia nak makan, tak perlu buang masa lama, 2 ke 3 kali balingan tepat akan membuahkan hasil. 


Rod : 12-25
Mainline : 30 LB
Leader : 40 LB
Reel : Abu Revo Beast
Lure : Rapala Glass Fat Rap (7cm)
Spesis : Mama Toman

Akhirnya, penantian sahabat kami, Awie dengan mama toman kedua bagi trip kami. macam biasa sebelum strike.. Chidan akan menjadi pengulas terbaik. Babak 1: "laju lagi awie!!!.. laju lagi... tu diaa.. mama polo.. mama polo.. laju lagi awie... laju lagi!!!!.." jerit chidan sambil gelak jahat... haha.




Macam biasa... gewang khurafat juga yang menjadi taruhan. "puas!!!!" jerit awie ketika hari kejadian... 

Rod : 8-20
Mainline : 30LB
Leader : 40 LB
Reel : Abu Black Max
Lure : Ima Skimmer
Spesis : Mama Toman


Video aksi awie menjinakkan mama toman yang berjaya dirakam. Hantaran pertama hanya disambut dengan cucuk angin manja dari mama... hantaran kedua disambut kemas oleh mama. layanan dari si mama diselangi dengan ucapan khas buat En Jalax dari En Chidan. hehe
Seterusnya giliran En Chidan melayan mama. Pada awalnya tak nak toman katanya.. tak tahan daulat.. banyak sangat toman menganjing.. "lepas ampa.. ampa... lepas ampa.. ampa lagi.. mana bleh tahan.. anak-anak lepas ni bagi aku pulak no... jangan makan sorang!!!!".. kata beliau sebelum kejadian...

Inilah mama yang berjaya dijinakkan oleh beliau. Permukaan atas air yang tenang jangan disangka tiada reba di bawah!

Rod : 8-14
Mainline : 20LB
Leader : 30 LB
Reel : Shimano Conquest 2014
Lure : Ima Skimmer
Spesis : Mama Toman
Video mama yang berjaya dipujuk oleh Chidan yang berjaya dirakam. Hantaran pertama di sepaknya mama.. marah benar mama ketiga ni.. Hantaran kedua gewang khurafat milik beliau berjaya memperdaya mama untuk membuat satu letupan padu. Mama berjaya membelit reba tetapi dengan pengalaman yang ada, chidan berjaya membawa mama ke permukaan air dan seterusnya dibantu oleh Masta Awie untuk didaratkan ke atas bot sebelum sessi Fotografi.

Antara hasil-hasil yang berjaya kami perolehi sepanjang sehari trip rempit kali ini. Ada masa kita pergi lagi. Ikan nombor 2, yang penting, persahabatan dan silaturrahim sesama kita dikekalkan sehingga bila-bila... In Syaa Allah....

Dapatkan Majalah Umpan Volume 40 April 2016 bagi laporan penuh keseluruhan yang mana masih terdapat 4 bot sahabat-sahabat lain yang menyertai trip kali ini..


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Selasa, 16 Julai 2013

Channa Micropeltes on Lure Casting

Toman pembuka trip oleh tekong Abg Wan


Catch & Release

Toman pertama dan terakhir.  Banyak tompokan
anak-anak tetapi semuanya sombong.



Tekong kami yang banyak membantu.


Pasangan toman pertama.




Di satu pot lain yang berair rendah.  Akibat dihentam bertubi-tubi.  
Cedera parah lure ni. Akan datang akan dicari semula toman yang bertangguhjawab mencacatkan fizikal lure kesayangan ni.
LURE: Megabass Dog X (S)
Rapala Ristro Rap (8cm) PRT


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Isnin, 15 Julai 2013

Santai-Santai "Casting"

Ahli komplot:
Aku & Shaiful (bomba)

Antara set casting yang dipertaruhkan.


Turun seawal 7 pagi dengan harapan sempat mengejar "boilling" sebarau.



Sebarau pertama yang berjaya dipujuk. 
Gewang yang digunakan: Rapala X Rap Deep Hot Steel (8cm) 



Sebarau kedua yang berjaya didaratkan dengan menggunakan 
sesudu Altima 14 gram "silver plated blue"  


Setelah cuaca sedikit panas, kami beralih arah kepada si toman. 
 Pengajaran pertama dari si toman.  Rapala Ristro Rap (8cm)
dibahamnya tetapi tidak "hook up". dapat cap gigi aje.. huhu


Strike kali kedua.  Masih tidak "hooked up" 



 Selepas 2 strike, kini giliran Saiful pula dibuli.  
Masih tidak "hooked up".  Hanya kesan gigi toman sahaja yang 
ditinggal pada Rapala Ristro Rap (7cm) beliau.



Untuk kali ke-3, sekali lagi dibuli. Terus berlubang Rapala Ristro Rap
(8cm) aku. Banyak lagi kami kena belajar. Mungkin 
disebabkan rod yang terlalu ringan dan lembut menyukarkan 
mata gewang menembusi bibir toman.


Dan akhirnya, Saiful aka Bomba berjaya mendaratkan 
sebarau dengan sesudu altima "gold plated"

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Rabu, 5 Jun 2013

Channa Micropeltes Kolah Larangan

INFO: Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes.Tergolong dalam ikan air tawar dan populasi banyak di negara-negara Asia Termasuk Malaysia.

10 JUN 2012

Pemancing : Pachai
Teknik : Casting
Lure : Sure Catch (minnow)








Pemancing :Wanx ISmail
Teknik : Casting
Lure : Top Water (Katak Popper Surecatch)






Pemancing : Bang Cik
Teknik : Casting
Lure : Rapala Ratlin 5cm






Pemancing : Pachai
Teknik : Casting
Lure : Sure Catch (minnow)



3 FEBRUARI 2013





Pemancing : Wanx Ismail
Teknik : Casting
Lure : Rapala Fat Rap (5cm)

Pemancing : Wan
Teknik : Casting
Lure : Minnow (sure catch)



Double Strike
Pemancing : Wanx Ismail & Hasan Udin
Teknik : Casting
Lure : Minnow (Sure Catch)

Pemancing : Hasan Udin
Teknik : Casting
Lure : Minnow (Sure Catch)


 "Catch and Release"
Demi Kelangsungan Spesis

Sekian, Terima Kasih.
Selamat Beramal 

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©