Adsense

Memaparkan catatan dengan label Altima Spoon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Altima Spoon. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2015

Tasik Temenggor 2015 - Siri Ketuk Sarang

TASIK TEMENGGOR, PERAK


Tasik Temenggor merupakan empangan janakuasa hidroelektrik di Utara Negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap pada 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air kepada penduduk sekitar Negeri Perak dan juga Pulau Pinang.

Empangan ini seluas 152 km persegi dan mampu menampung sehingga 6,050 juta meter padu air yang meliputi Hutan Simpan Belum (Royal Belum) seluas 117,500 hektar.

Jarak dari Shah Alam ke Tasik Temenggor sekitar 370km yang mengambil masa sekitar 4 ke 5 jam bergantung kepada cara pemanduan. 


5 Disember 2015
Trip rempit ini sebenarnya adalah rentetan dari minggu sebelum ini yang mana satu trip melibatkan 15 orang peserta (5 buah bot) yang diberi nama "heron's de' banding" mendapat hasil yang baik.  Trip pada 28 November 2015 yang lalu mendapat sedikit tajaan dari Fisher Tackle dan Fishing XPDC sendiri berupa kemeja T trip tersebut.

Trip repeat ini pada awalnya dijangka akan lebih meriah berikutan jangkaan hujan sepanjang minggu tersebut tetapi sedikit meleset berikutan bumi Temenggor tidak menerima hujan sepanjang minggu tersebut. Walaubagaimanapun, berkat kesabaran dan tunjuk ajar tekong Syafiq, kami berjaya juga mendapat asakan dari penghuni dasar walaupun secara teorinya suhu pada ketika ini menunjukkan ikan kurang aktif. 


Sesi memujuk sebarau berakhir apabila strike pertama dari En. Botaque hasil dari rendaman sesudu. Hati kami sedikit lega berikutan terlalu lama untuk kami mendapat strike bagi trip ini. Ini bermakna walaupun suhu menunjukkan ikan tidak aktif tetapi masih ada yang sudi membuka mulut




Strike kedua juga oleh En. Botaque yang mana masih dengan teknik yang sama dan gewang yang sama. Disini nampaknya kod cara ikan makan ketika ini telah dipecahkan. Saya yang setia menggunakan gewang pelbagai variasi kedalaman pada mulanya mula menukar kepada sesudu.


Akhirnya, berjaya juga saya mendapat strike dari sebarau untuk trip kali ini setelah seketul sesudu altima berjaya dibawa lari oleh sebarau ketika menunggu sesudu tenggelam sepenuhnya berhampiran reba yang menjadi sarang sebarau.

Bagi trip kali ini, sesudu hanya diambil oleh sebarau sekiranya karauan terus yang laju tanpa "jerk" sahaja. Karauan laju beserta henjutan "jerk" tidak dipedulikan langsung oleh penghuni dasar. Semua sebarau yang didaratkan bagi trip ini semuanya dicelahan reba dan juga batu. Tiada sebarau di kawasan terbuka. Sesudu mesti dihantar berhampiran reba atau batu dan dibiarkan tenggelam sehingga ke permukaan dasar dan karauan laju diperlukan untuk memujuk sebarau mengambil sesudu yang dilontar.


Strike seterusnya dari penghuni dasar yang paling kasar bagi trip ini.  Seekor sebarau seberat 1.4kg (3lb +-).  Masih dengan teknik yang sama iaitu sesudu tenggelam sehingga ke lantai dasar dan karauan laju tanpa "jerk". Dilokasi ini terdapat seakan-akan sarang yang mana di kawasan yang sering mendapat strike adalah kawasan yang paling dalam disekitar batu. Sesudu hanya berhenti tenggelam selepas belasan saat berbanding disekitarnya yang hanya sekitar 6 ke 7 saat sahaja. 
Sesudu klon altima menjadi pilihan kali ini.


En. Botaque mendapat strike di kawasan yang sama setelah berjaya memecah kod cara pemanggsa disini mengambil makanan pada kali ini. Kekili bersaiz 1000 yang digunakan dikarau lebih laju dari kekili yang saya gunakan berikutan saiz kekili yang saya gunakan adalah 2500.

Di satu suak yang lain, masih dengan teknik yang sama dan kawasan berstruktur yang sama, sebarau masih mahukan karauan laju dan sesudu yang berwarna keemasan.











Akhirnya, Chidan berjaya juga mendapat strike setelah berkali-kali lucut. Kali ini sebarau makan jig. Saiz sebegini terlalu banyak di satu suak terakhir yang kami masuk.

Antara hasil tangkapan kami semua bagi trip kali ini.  Tiada toman yang berjaya didaratkan. Hanya 2 kali sambaran yang bersahaja dan tidak bersungguh  diterima dari Mama Toman dan Toman Bujang Tasik Temnggor. 

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©


Isnin, 15 Julai 2013

Santai-Santai "Casting"

Ahli komplot:
Aku & Shaiful (bomba)

Antara set casting yang dipertaruhkan.


Turun seawal 7 pagi dengan harapan sempat mengejar "boilling" sebarau.



Sebarau pertama yang berjaya dipujuk. 
Gewang yang digunakan: Rapala X Rap Deep Hot Steel (8cm) 



Sebarau kedua yang berjaya didaratkan dengan menggunakan 
sesudu Altima 14 gram "silver plated blue"  


Setelah cuaca sedikit panas, kami beralih arah kepada si toman. 
 Pengajaran pertama dari si toman.  Rapala Ristro Rap (8cm)
dibahamnya tetapi tidak "hook up". dapat cap gigi aje.. huhu


Strike kali kedua.  Masih tidak "hooked up" 



 Selepas 2 strike, kini giliran Saiful pula dibuli.  
Masih tidak "hooked up".  Hanya kesan gigi toman sahaja yang 
ditinggal pada Rapala Ristro Rap (7cm) beliau.



Untuk kali ke-3, sekali lagi dibuli. Terus berlubang Rapala Ristro Rap
(8cm) aku. Banyak lagi kami kena belajar. Mungkin 
disebabkan rod yang terlalu ringan dan lembut menyukarkan 
mata gewang menembusi bibir toman.


Dan akhirnya, Saiful aka Bomba berjaya mendaratkan 
sebarau dengan sesudu altima "gold plated"

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Jumaat, 5 Julai 2013

Santai Casting



Antara gewang yang turun padang



Rapala CDSR 8cm aku yang "paling jahat". 
Owner Trebble Hook 4X aku guna sebab kena buli time 1st turun.  
Tak sangka kali ni pun kena buli lagi.


Tekong : Abg Wan

Azizi dengan toman pertama beliau. Gewang: Storm Thunder Crank



Catch N Release. Demi kelangsungan Spesis.  
Isu yang dibincangkan sampai bila-bila pun tak habis. 
Tepuk dada tanya selera. PEACE.


Sebarau penutup komplot.  Hook up via Altima silver plated (Green)

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Rabu, 19 Jun 2013

Royal Belum 2013

Tekong : Abg Nain
Tarikh Keramat 2013

Sebarau pembuka tirai. John "strike" sebarau dengan 
menggunakan gewang Rapala X-Rap Shad (clown)

Sebarau kedua kami tertipu dengan renangan 
gewang Rapala Shad Rap 8cm (CDSR)

Seterusnya Hasan dengan sebarau 
yang membaham Rapala TDD 7cm

Pembuka tirai Toman. John Panadol. 
Gewang : Rapala X-Rap Shad

Toman Rempit
Gewang : Rapala TDD 9cm



Tumpang glamour ikan orang



Hasan dan Sebarau
Gewang : Rapala X-Rap Shad

Catch & Release... nak buat lauk pun xsampai hati. 
Tunggu besar sikit baru sedap dimakan :-)

John dan sebarau
Gewang : Rapala X-Rap Shad

Wanx Ismail dan Toman Bujang + Rempit
Gewang : Rapala Shad Rap (CDSR)



John dan sebarau rempit
Gewang : Rapala X-rap Shad & FLR 6cm




Akhirnya. Naik juga yang sedikit "gadang". 
Sebarau senja hentam "top water"
Gewang : Dog-X (s)

Wakaf Sungai Kenarong yang baru siap dibina.


"Sebarau Makan Malam"



Hari kedua keluar seawal jam 6.30 am. 
Menduga Sungai Kenarong



John membuka tirai hari ke dua


Toman pelahap. Popper 4cm dibahannya



Toman yang pada awalnya disangka badong... 
first shoot takde buih.. dah dekat naik buih.. kompom toman



Tekong dan sebarau baham sesudu Abu Island. 
Tekong mencuba nasib bila kami dah letih casting.

Sebarau terkecik aku dalam trip ni
Gewang : Rapala CDSR 8cm

Tripple Strike di satu teluk


Di teluk ni, double strike banyak kali. 
memang rezeki kami untuk trip ni.

Hasan dan sebarau
Gewang : Sure Catch Sure Bite


Toman
Gewang : Rapala X-Rap Shad


Hasan dan Sebarau Penutup Trip
Gewang : Sure Catch Sure Bite

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©