TASIK TEMENGGOR, PERAK
Di satu suak yang lain, masih dengan teknik yang sama dan kawasan berstruktur yang sama, sebarau masih mahukan karauan laju dan sesudu yang berwarna keemasan.
Tasik Temenggor merupakan empangan janakuasa hidroelektrik di Utara Negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap pada 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air kepada penduduk sekitar Negeri Perak dan juga Pulau Pinang.
Empangan ini seluas 152 km persegi dan mampu menampung sehingga 6,050 juta meter padu air yang meliputi Hutan Simpan Belum (Royal Belum) seluas 117,500 hektar.
Jarak dari Shah Alam ke Tasik Temenggor sekitar 370km yang mengambil masa sekitar 4 ke 5 jam bergantung kepada cara pemanduan.
5 Disember 2015
Trip rempit ini sebenarnya adalah rentetan dari minggu sebelum ini yang mana satu trip melibatkan 15 orang peserta (5 buah bot) yang diberi nama "heron's de' banding" mendapat hasil yang baik. Trip pada 28 November 2015 yang lalu mendapat sedikit tajaan dari Fisher Tackle dan Fishing XPDC sendiri berupa kemeja T trip tersebut.
Trip repeat ini pada awalnya dijangka akan lebih meriah berikutan jangkaan hujan sepanjang minggu tersebut tetapi sedikit meleset berikutan bumi Temenggor tidak menerima hujan sepanjang minggu tersebut. Walaubagaimanapun, berkat kesabaran dan tunjuk ajar tekong Syafiq, kami berjaya juga mendapat asakan dari penghuni dasar walaupun secara teorinya suhu pada ketika ini menunjukkan ikan kurang aktif.
Sesi memujuk sebarau berakhir apabila strike pertama dari En. Botaque hasil dari rendaman sesudu. Hati kami sedikit lega berikutan terlalu lama untuk kami mendapat strike bagi trip ini. Ini bermakna walaupun suhu menunjukkan ikan tidak aktif tetapi masih ada yang sudi membuka mulut
Strike kedua juga oleh En. Botaque yang mana masih dengan teknik yang sama dan gewang yang sama. Disini nampaknya kod cara ikan makan ketika ini telah dipecahkan. Saya yang setia menggunakan gewang pelbagai variasi kedalaman pada mulanya mula menukar kepada sesudu.
Akhirnya, berjaya juga saya mendapat strike dari sebarau untuk trip kali ini setelah seketul sesudu altima berjaya dibawa lari oleh sebarau ketika menunggu sesudu tenggelam sepenuhnya berhampiran reba yang menjadi sarang sebarau.
Bagi trip kali ini, sesudu hanya diambil oleh sebarau sekiranya karauan terus yang laju tanpa "jerk" sahaja. Karauan laju beserta henjutan "jerk" tidak dipedulikan langsung oleh penghuni dasar. Semua sebarau yang didaratkan bagi trip ini semuanya dicelahan reba dan juga batu. Tiada sebarau di kawasan terbuka. Sesudu mesti dihantar berhampiran reba atau batu dan dibiarkan tenggelam sehingga ke permukaan dasar dan karauan laju diperlukan untuk memujuk sebarau mengambil sesudu yang dilontar.
Strike seterusnya dari penghuni dasar yang paling kasar bagi trip ini. Seekor sebarau seberat 1.4kg (3lb +-). Masih dengan teknik yang sama iaitu sesudu tenggelam sehingga ke lantai dasar dan karauan laju tanpa "jerk". Dilokasi ini terdapat seakan-akan sarang yang mana di kawasan yang sering mendapat strike adalah kawasan yang paling dalam disekitar batu. Sesudu hanya berhenti tenggelam selepas belasan saat berbanding disekitarnya yang hanya sekitar 6 ke 7 saat sahaja.
Sesudu klon altima menjadi pilihan kali ini.
En. Botaque mendapat strike di kawasan yang sama setelah berjaya memecah kod cara pemanggsa disini mengambil makanan pada kali ini. Kekili bersaiz 1000 yang digunakan dikarau lebih laju dari kekili yang saya gunakan berikutan saiz kekili yang saya gunakan adalah 2500.
Di satu suak yang lain, masih dengan teknik yang sama dan kawasan berstruktur yang sama, sebarau masih mahukan karauan laju dan sesudu yang berwarna keemasan.
Akhirnya, Chidan berjaya juga mendapat strike setelah berkali-kali lucut. Kali ini sebarau makan jig. Saiz sebegini terlalu banyak di satu suak terakhir yang kami masuk.
Antara hasil tangkapan kami semua bagi trip kali ini. Tiada toman yang berjaya didaratkan. Hanya 2 kali sambaran yang bersahaja dan tidak bersungguh diterima dari Mama Toman dan Toman Bujang Tasik Temnggor.
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan