Adsense

Memaparkan catatan dengan label Babagon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Babagon. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Mei 2013

Babagon Sabah - Pelian On Fly FIshing


Babagon tidak asing lagi bagi sebilangan besar kaki pancing seluruh negara.  Cerita berkaitan sistem tagal di sini mula diceritakan secara komersil beberapa tahun yang lalu lagi.  Disebabkan cerita-cerita inilah yang membuat kami terpanggil untuk mencuba spesis Kelah @ Pelian yang mendiami sungai di Kampung Babagon.

Racun terakhir yang menyebabkan kami mahu ke sini adalah dari Nick Oii.  Gambar-gambar dari album yang ditunjukkan menguatkan lagi keinginan kami untuk datang mencuba nasib disamping kawan-kawan di sabah yang sentiasa menabur “racun” di alam maya (Facebook) sehingga trip ini di awalkan setahun.  Segala info awal berkaitan banyak kami dapatkan dari Nick Oii, Riki Raman, Jay Lubasi, dan Khairul. Terima kasih semua.

Bercakap tentang persediaan awal, kami sendiri sebenarnya tidak merancang untuk datang pada tahun ini. Semuanya bermula secara bersahaja antara aku dengan member seangkatan, Hassan.  Ayat yang aku masih ingat “San, jom p Babagon nak?”.  Selamba Hassan menjawab… “aku ok ja… Janji Sabtu dan Ahad, Isnin aku dah kerja”. Mula dari tu lah kami terus booking tiket tanpa fikir panjang padahal masa tu kami tak ada kenalan rapat kat sana.. di mana babagon pun kami tak tahu sebenarnya, sehinggalah kami kenal seorang demi seorang bermula dengan Jay Lubasi di Tacklebox yang banyak membantu kami berurusan dengan pihak Kampung Babagon.  Seterusnya Khairul dan Figo yang bersedia membantu membawa kami dari KK ke Babagon. Terima kasih banyak-banyak geng!! Tanpa kawan-kawan semua ni mungkin kami belum sampai ke sini.

HARI PERTAMA 

Pagi hari pertama macam biasa bangun jam 6.30 pagi.  Ingatkan masih gelap rupanya dah cerah. Lupa yang sini bukan semenanjung. 6.30 kat sini bagi aku dah cukup lewat, dah cerah benderang. Kami pun menyiapkan semua peralatan sementara guide kami Mr Paulus memanggil ikan dengan cara yang cukup tradisional.  Seketul batu sebesar genggaman tangan diambil dan diketuk dengan batu yang lebih besar di dalam air.  Tak semena-mena segerombolan pelian datang dari segenap penjuru.  Teruja betul kami dengan cara yang ditunjukkan.  Kalau kat semenanjung buat macam ni pakai kumpau la.. habis ikan lari.

 
Reel dipasang secepat yang mungkin sebab dah tak sabar nak merasa tarikan sang pelian, Si Serigala Borneo yang nak ditakan beratus-ratus ekor tu macam tipu pulak.. tapi sebenarnya bukan lagi beratus-ratus… beribu. 





 
"pellet flies" yang digunakan. Untuk beginner macam kami yang baru nak mencari lesen pelian.

Setelah penat melayang pada pagi tu, kami berhenti seketika untuk berehat dan menyambung semula sehingga ke sebelah petang.  







 

Setelah dapat info awal berkaitan kekuatan ikan dan keadaan dasar sungai yang tidak mempunya reba yang kompleks, kami membuat keputusan untuk menggunakan set layang yang lebih kecil. Aku memilih wt3 manakala Hassan memilih wt1 untuk diperjudikan. Set up bagi tali dan leader masih yang sama seperti tadi. Memang gigil melayan pecutan pelian ni dengan wt yang kecil sampai tidak sedar masa berjalan. Tup tup dah nak gelap.  Rehatla sekejap sambil-sambil berborak dengan guide kami Mr Paulus.  Tiba-tiba hassan bersuara.. “Mr paulus, saya mau mancing malam boleh tak?” Paulus menjawab “boleh rasanya.. nanti saya tanyakan sama Pengerusi Tagal”. Malam itu kami didatangi Paulus dan dia beritahu yang kami dibenarkan memancing pada waktu malam untuk 2 jam. 
Sebelah malam setelah semuanya siap, Jay  dan Paulus mula melabuhkan pancingnya berumpankan sawit yang telah direndam sebelum Hassan muncul dengan set casting.  Aku hanya menjadi pemerhati sahaja malam tu sambil berbual-bual. Badan letih naik Belon belum habis sebenarnya.  Hassan memilih untuk casting jauh sedikit dari kami.  Tak sampai 5 minit kami dengar bunyi sambaran yang cukup kuat di tengah air. Rupanya hassan sudah strike.  Tak disangka pelian yang makan pellet ni ganas jugak rupanya.  Gewang jenis pensel menjadi pada malam tu.  Saiz pelian hampir 2kg berjaya didaratkan pada malam tu setelah mata kangkang dan patah. Senyum sampai ke telinga la hassan sampai dia cakap tak nak fly dah esok.
 
Jay, antara sahabat baru kami pada masa itu yang banyak membantu kami di sana.. thanks bro..

 
Ni khairul.. member kenal dalam facebook. Antara sahabat yang banyak meluangkan masa dengan kami di sana. Kalau beliau tak ada.. susah jugak kami nak sampai ke sana.. terima kasih banyak-banyak sahabat.


 
Lampam Babagon 
 
Ikan yang tidak culas walaupun orang ramai mandi-manda


 
HARI KEDUA

Hari kedua kami dibawa ke lubuk pelian yg lebih liar. Set up wt3 dan wt1 digunakan pada hari ni. Kami ditemani Jay, Khairul dan Steven di awal pagi. Kata Jay sini Peliannya lebih Wild dan kuat. Memang benar mungkin sebab berkongsi lubuk dengan ikan-ikan lain seperli kap dan lampam menjadikan ia lebih kuat kerana perlu bersaing untuk hidup di satu kawasan.  lelayang yang digunakan adalah pellet dan nymphs. Menggunakan nymphs lebih mencabar kerana kami perlu tunggu dan menggayakan seperti serangga yang sedang hanyut dan sambaran pelian pada nymphs memang boleh diberi skor A. memang terbaik saiz dan tenaga pecutan. Tempat ni double strike boleh dikatakan perkara biasa disebabkan banyaknya ikan yang mendiami lubuk ini.  Sampai ada di antara kami yang lepak jer.. ada jugak yang mandi sungai sebab dah puas sangat rasanya kot.

Macam biasa bila tengahari, perut berkeroncong, kami balik ke bilik yang disediakan di sini, bakar Pelian yang diberi oleh Pengerusi tagal. 2 ekor bersaiz 1.2-1.5 kg yang dipancing semalam, makan bertiga sampai terasa macam gigit getah.. PUAS MAKAN!! Beruntung kami dapat rasa Pelian Borneo yang mana sebenarnya di sini pancingan adalah berkonsep Catch & Release.  Ikan yang hendak dibawa balik harus dibayar dengan kirangan per kilogram (RM70-80 / Kg).  Kelengkapan kemudahan dapur yang disediakan pula cukup sempurna dengan peralatan-peralatan asas.  Pendek kata nak duduk sebulan pun masih selesa. Tapi awas, sini banyak anjing.. kenala faham budaya orang sini.. aku hilang sebelah kasut.. huhu.. hari kedua casting tanpa kasut. Moral off the story kalau datang sini kasut bawak masuk bilik yer.

Di Kampung Babagon ni sebenarnya kawasan tumpuan orang ramai.  Ramai yang datang ke sini untuk merehatkan diri sambil mandi manda.  Yang peliknya pelian-pelian di sini sikit pun tidak terjejas.  Masih mahu menyambut setiap lelayang yang digunakan.  Melayang di kawasan orang ramai sedang mandi pun ada sambutan. Beruntung semua yang duduk sekitar kawasan ni.. Rasa macam tak mau balik semenanjung je time tu.  Time ni sempat terfikir, kan bagus kalau Sistem Tagal seperti ni ada di semenanjung.  Boleh mancing sampai muntah.
Akhir kata dari saya, TIPU kalau datang ke sini tak mendapat strike.





TFO BVK WT3 + Floating Line


TFO BVK WT1 + FLOATING LINE




Cerita lanjut ada dalam Majalah Umpan keluaran Jan-Feb 2013

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC®