Adsense

Memaparkan catatan dengan label Neolissochilus hendersoni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Neolissochilus hendersoni. Papar semua catatan

Selasa, 20 Ogos 2013

Tengas Penang - Neolissochilus Hendersoni.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera

Neolissochilus hendersoni adalah salah satu spesis ikan tengas yang hampir sama dan seakan-akan spesis kelah yang mendiami sungai-sungai di Sabah.  Sekali pandang memang kita akan rasanya spesis ini adalah kelah. Apa yang saya dapat katakan spesis tengas ini mempunya perbezaan yang ketara pada mulutnya berbanding dengan kelah.  Spesis ini setakat ini mudah dijumpai di sungai-sungai pergunungan di Negeri Pulau Pinang dan ada juga dikatakan di beberapa negeri lain melalui beberapa sumber penulisan. Untuk info lanjut berkaitan habitat dan cara mengenali spesis N Hendersoni ini boleh dilihat pada penulisan di SINI. Berikut antara link yang boleh dirujuk berkaitan spesis tengas: INFO 1, INFO 2, INFO 3, INFO 4,

Satu trip separuh hari telah dilakukan bersama Muhamad Razlan untuk mencari spesis ini di Pulau Pinang telah dibuat pada 17 Ogos 2013.  Beberapa spesis tengas dari spesis N. Hendersoni telah berjaya dipancing dari 2 Taman Rekreasi di sana. 


Antara beberapa ekor tengas yang dipercayai dari spesis Neolissochilus Hendersoni yang berjaya dipancing dengan menggunakan teknik pancingan layang








Sekali imbas, Tengas Penang ini seakan-akan spesis Tor yang banyak di Sebelah Sabah dan Sarawak


Sedikit gambar Neolissochilus Hendersoni dari dalam air yang sempat dirakam










Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©