Adsense

Selasa, 30 Disember 2014

Bangau Team De' Royal Belum 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera

Pada 6 hingga 7 Disember 2014, satu trip casting Bangau team @ Team bangau telah diadakan dan trip diberi nama Bangau Team De' Royal Belum 2014. "Bukan Ikan Agenda Misi, Ukhwah dan Persahabatan Agenda Kami". Antara-antara ahli-ahli Bangau Team yang terlibat adalah seperti berikut:

Bangau A (Bot 1)
  • Faizal
  • Pachai
  • Yeop (tak hadir)
  • Tekong (Pejo)
Bangau B (Bot 2)
  • Asrin
  • Wanx
  • Zainal
  • Tekong (Abg Nain)
Bangau C (Bot 3)
  • Abe Yik 
  • Hj. Sam
  • Irfan
  • Tekong (Kerol)

Kami semua bergerak dari Lokasi masing-masing jam 11.30 pagi 5hb Disember 2014. 3 kenderaan, 3 lokasi, dan masa yang berlainan. Group aku yang terdiri dari Asrin dan Zainal bergerak dari Shah Alam dan berhenti di Hentian Rawang bagi menunggu Faizal yang datang dari Port Dickson.  Bersama-sama dengan beliau adalah Pachai.  Perjalan mengambil masa sekitar 5 jam lebih untuk sampai ke Pekan Gerik. Mana tidaknya, kejap-kejap berhenti.... kejap kejap berhenti... sakit perut la... nak hisap rokok la... nak makan buah la... nak tengok Sungai Perak la... macam-macam lagi la... haha...  




Sampai di Gerik, kami singgah di sebuah kedai mamak... apa nama kedai dah tak ingat... yang aku ingat sebelah Stesen Bas Gerik. 

Zainal tak habis-habis bertanya ikan Belum makan apa... lure apa mencakup.. "rilek la bro.. ikan dalam air.. lalu lure depan mulut mesti dia ngap punya" kata En. Asrin... Aku pun mencelah.. " Jenal... aku pernah kumpau kat Belum... jangan main-main... tak caya tanya En. Pachai"... Pachai diam membisu sambil mengWhatapps Isteri beliau.



Sampai ke hari ini, aku belum dapat info berkaitan gambar ini.  Mungkin Pachai dan Faizal tengah kutuk aku ni... kalau tak kutuk aku... mesti kutuk Zainal... tak pun kutuk Asrin.. haha

TIBA DI HOTEL

Sambil-sambil makan roti canai, Pachai dan Faizal mengGoogle mana-mana hotel yang masih kosong untuk kami berehat malam ni. Banyak hotel-hotel sudah ditempah dan kami bernasib baik kerana masih ada satu bilik dengan dua katil King masih ada (nama hotel tak ingat... sori... nanti kalau dah ingat aku update semula ok)

Beginilah hotel kami bermalam. Cukup selesa, dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Harga cuma RM100 sehari.


Layan HBO dulu sebelum sesi membuat perambut dan menukar split ring


Zainal tekun menukar hook dan split ring.


Demonstrasi En. Asrin membuat FG knot dengan menggunakan Assist Knot.  Memang awesome tool ni. Aku pun teracun untuk membelinya nanti.  Mudah dan diyakini kukuh dan diyakini 100% tidak akan terlucut.

Ketika kami sedang bersiap-siap untuk aktiviti memancing esok, kami dikecutkan dengan berita kehilangan lure box En Faizal.  Didalam box itu mengandungi sebuah LPBC HLC dan gewang-gewang yang akan digunakan esok. Sama ada tersalah letak atau angkara master key penyamun.  Anggaran kerugian sekitar RM6000 ke RM7000.  Suasana ketika itu sedikit "jem" dan aku sebagai organiser pening memikirkan macamna hal macamni boleh terjadi. Trip menjadi sedikit hambar berikutan hal ini sehinggalah tuan punya diri En. Faizal boleh tersenyum semula dan mula bergurau-gurau.  "dah takde rezeki aku lagi" kata En. Faizal. "ni semua salah pachai" kata En. Faizal sambil tersengih-sengih tanda bergurau.  "hah ni semua Tuan Organiser yang klepet" sambil pachai memuncungkan mulut ke arah aku. Dalam hati aku terdetik "siut ja Pachai ni"... hehehe

Sungai Papan, Royal Belum Rainforest, Gerik, Perak



Kemudahan chalet yang baharu.  Dilengkapi dengan kemudahan seperti katil dan juga tilam.  Cukup selesa dan selamat.  Boleh menampung sehingga 12 orang dalam satu-satu masa. 


Ini bukan gambar bilik air hotel yer.  Ini adalah kemudahan bilik air yang terdapat dalam chalet (gambar di atas) yang terdapat di Sungai Papan ini.  Macam hotel kan? 


Wakaf tempat bersantai-santai dan membuat aktiviti riadah.  Sesuai dijadikan tempat makan beramai-ramai.  Dahulunya di sini hanya terdapat wakaf seperti ini sahaja dan juga beberapa bilik air.  Kini, Sungai Papan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.



Tapak khemah juga turut disediakan. Lebih selamat bagi yang ingin menikmati suasana berkhemah di dalam hutan.


Kemudahan tempat memasak. Dilengkapi dengan paip dan sinki.  Sungguh memudahkan kerja dan amat-amat membantu.


Jambatan gantung dibina bagi menghubungi wakaf yang diseberang.  Jarak antara 200 ke 300 meter dari tapak ini terdapat lagi binaan kemudahan seperti yang ditunjukkan di atas, Baguskan? Tidak rugi untuk kita bermalam di sini memandangkan ini antara chalet paling dekat dengan Jeti Awam Tasik Banding.  Anggaran masa yang diperlukan adalah antara 45 minit ke satu jam untuk sampai ke sini.  Banyak lagi kemudahan yang terdapat di sini antaranya adalah seperti kemudahan generator, tandas awam, tapak BBQ, dan Jeti. Kunjungan kami pada kali ini tidak sempat merakamkan gambar-gambar kemudahan lain di sini.  


Jeti yang terdapat di Sungai Papan ini

Sumber Gambar Foto: Abg Nain


Rabu, 13 Ogos 2014

Hampala Hari Minggu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera

Somewhere @ Pahang

Komplot ni kira-kira 4 bulan yang lepas.  1st time sampai sini, aku tengok air warna teh ais, dalam kepala memikir ada peluang ke nak "strike".  Ini kira kali pertama mencuba casting sebarau di air yang berwarna "teh ais".

Strike pertama

Atan dan badong pertama beliau.
1.7 Kg
Lure : Megabass Sliding

Lepas jer badong ni naik, semua tak berhenti casting dengan harapan ada la lagi badong yang sudi.


Strike ke 2

Sebarau jer
400 gram kot
lure: MJ Pop

Seterusnya

Aku la pulak
Ikan pinjam.. :-)



Lure dan hook jahat

Ofmer MJ Pop


REPEAT MINGGU SETERUSNYA

Tragedi... sampai kat lokasi top guide jahanam.  Dengan berbekalkan "Apa Yang ada" maka lahirlah:
MATAGI TOP GUIDE 2013
VERSION : Matagi Emergency Guide
Material: Masking Tape, Floro Leader 30lb + Braided Line 10lb



Strike pertama & terakhir



Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©