Adsense

Khamis, 1 Januari 2015

Bangau Team De' Royal Belum 2014 (2/3)

6 Disember 2014
Jam 6.00 a.m

Sesudah siap semuanya, aku turun mencari kedai mamak berdekatan mencari bekalan makanan untuk sarapan dan juga tengahari. Ketika ini juga aku menghubungi ahli-ahli bot Bangau C.  Abe Yik, Hj Sam, dan Irfan dapat dihubungi dan difahamkan sedang berada di Masjid Gerik.  Group ke 3 ini bertolak tengah malam (awal pagi) pada hari ini dan mereka akan terus ke Jeti.  Perjalanan dari Pekan Gerik ke Jeti Awam, Tasik Banding mengambil masa antara 30 ke 40 minit bergantung kepada cara pemanduan.


6 Disember 2014
Jam 7.40 a.m
Kami sampai je Jeti Awam sekitar jam 7.40 am.  Sedikit lambat dari kebiasaannya. Sebelum ini, kami selalunya bertolak tengah malam dan akan terus ke Jeti dan biasanya sebelum Subuh kami dah terpacak di sini dan kali ini kali pertama kami bermalam dahulu di Pekan Gerik dan bertolak ke Jeti sesudah Subuh.


Keadaan di tapak pakir kereta Jeti Awam, Tasik Banding.  Hanya kereta aku sempat masuk pakir dan kereta Faizal terpaksa diletakkan disebelah atas berikutan di bahagian bawah sudah penuh dan atas beberapa sebab lain seperti kereta lain yang pakir seperti pakir itu dia yang punya juga salah satu sebab kereta Faizal terpaksa dialihkan ke sebelah atas iaitu disebelah tebing jalan menuruni Jeti.  Nasihat saya kepada pengunjung yang datang ke sini. Letakkan lah kenderaan anda dengan menggunakan otak dan bukan menggunakan kepala lutut. Fikirkan keadaan pengunjung lain yang terpaksa mengangkat dan memunggah barang dalam jarak yang jauh hanya disebabkan oleh tuan-tuan yang datang untuk minum-minum dan kemudian balik pada hari yang sama dan hal ini memberi kesan kepada pengunjung yang datang dari jauh dan datangnya bukan untuk minum-minum dan kemudiannya balik selepas 2 ke 3 jam!!!!


En. Pachai dan En. Zainal yang baru turun dari sebelah atas setelah meletakkan kenderaan di bahu jalan.  Bersama-sama mereka Admin Caster Zone, En. Faizal Nizam yang juga antara pengunjung yang terpaksa parking jauh.

6 Disember 2014
Jam 8.20 a.m
Setelah semua barang selesai dipunggah masuk ke dalam bot, kami terus bergerak masuk ke Royal Belum.





Bangau C, Abe Yik (berbaju putin, depan tekong).  Beliaulah antara individu yang mula-mula-mula membawa kami boating di sini sekitar tahun 2010 kalau tak silap.  Sebelum ini aku hanya aktif dengan aktiviti jungle tracking di sekitar Royal Belum dan Temenggur (2006-2009) dan acara memancing hanya sampingan sebagai punca makanan sahaja.


6 Disember 2014
Jam 8.35 a.m
Check point pertama, Post Renjer Hutan


6 Disember 2014
Jam 8.45 a.m

Check point kedua, Post Pejabat Taman Negeri

Setelah selesai kedua-dua check point, masing bergerak ke lokasi memancing.  Kami hanya berjumpa ketika makan tengahari dan juga sebelah malamnya sahaja.  Setiap tekong ada lubuk mereka tersendiri. 



Dalam perjalanan ke lokasi, aku mempersiapkan set pancing yang akan digunakan.
Set pertama (sebelah atas)
Reel : Aldebaran (Pinjam)
Line : 14lb
Leader : 30lb
Rod : X-Camo 6-10

Set kedua (sebelah bawah)
Reel : Abu Garcia Revo Salty Stage
Line : 15b
Leader : 30lb
Rod : Lemax IT Sport 8-16


Antara sebahagian kecil lure yang digunakan dari kiri jig (tak ingat brand, sesudu mepps, altima 7 gram, altima 7 gram lagi, Rapala Flat Rap 8cm (OPSD), Rapala Flat Rap 10cm (OPSD),  Zerek Giant Ruby (peacock), Zerek Giant Ruby (PRT) Duel Crank, dan Ristro Rap 8cm (PRT)

BACK                                                    NEXT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan