Adsense

Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2016

Melaka Slow Jigging - Umbai 2016

Trip 17 Mac 2016
Lokasi : Sekitar 11 buah pulau di Laut Melaka (Umbai)
Tekong : Ustaz Nizam
Organiser : En. Badek (Cikgu Badek)

Gambarajah disebelah adalah pandangan dari atas laut melaka (Umbai) yang menjadi lokasi pancingan kami semua kali ini. Tekong membawa kami menduga kawasan karang sekitar 11 buah pulau yang ada di kawasan ini. Selain aktiviti pancingan secara "jigging", kaedah lain seperti "casting" dan "bottom" juga boleh dipraktikkan di sini. Dinasihatkan sekiranya hanya mahu menumpukan sepenuhnya kepada kaedah jigging, jangan sesekali membawa set pancing casting kerana anda akan dijamu dengan aktiviti ikan rising di sekitar pulau. Halwa mata dari penghuni pesisir pulau seperti spesis Baby GT, dan Talang sangat "menyakitkan" mata. Pendek kata, In syaa Allah sekiranya turun casting ke sini akan membuahkan hasil. Akan kami aturkan trip casting sepenuhnya selepas ini. In syaa Allah. Gambar panorama di atas merupakan tempat pakir bot di Jeti Umbai. Bot-bot yang membawa penumpang ke Pulau Besar dan Nelayan juga di pakir di jeti yang sama.

Kami turun pagi itu agak lewat iaitu sekitar jam 9 pagi. Kami dimaklumkan oleh tekong dari awal lagi jadi tak ada rasa apa-apa lah. Semua berjalan lancar. Setelah semua barang siap dipunggah masuk, kami terus bergerak ke tengah laut.
Ok bermulalah cerita perjalanan aktiviti jigging kami pada hari tersebut. Ok yang memakai topi evergreen tu orang kuat tekong PD, En. Nedd namanya. Kami menyahut cabaran dari En. Faizal untuk membawa beliau keluar dari Laut PD. So dah berjayalah kami bawak keluar beliau. hehe.... "Nedd.. hang tau dak kenapa kami ajak hang turun sini? kata aku kepada Nedd. "Ntah... hehe.. Jawab Nedd. Aku membalas jawapannya "Faizal mintak kami bawak hang keluaq dari Laut PD..." disambut gelak daripada Cikgu Badek "hahahahahhaha!!!!". Untuk makluman, ini trip 1st time aku tak makan ubat mabuk. Bukan tak mahu makan... tapi terlupa. Risau pun ada memandangkan awal-awal pagi angin dah bertiup kuat menandakan ombak akan tinggi walaupun arus ketika ini tidak kuat. Tawakal jelah labu...

ANTARA SETUP PANCING YANG KAMI GUNAKAN PADA HARI KEJADIAN. DARI KIRI: 
  • Ocean Luna PE3 + Avet
  • Spartans Monster Hunter PE2 + Daiwa Catalina
  • Yamaga Blank + Accurate
  • Expert Graphite + OJ Tahyul
  • Posseidon + OJ 2nd Model
Hasil pertama kami pada hari tersebut. Aku memperoleh seekor talang yang bersaiz biasa-biasa sahaja. Jig yang digunakan seberat 140 gram. Tersangkut di tengah belakang ikan. Salah skill ikan ni.. haha. Ikan ni dinaikkan di spot pertama. Menurut tekong, ini adalah spot exercise. Spot exercise ini adalah dihadapan Pulau Besar iaitu di sekitar pulau-pulau kecil berhampiran Pulau Besar. Memang banyak kelibat ikan-ikan talang dan baby GT di sekitar spot ini. Mudah dilihat aktiviti rising di sekitar kawasan ini. Masa ni kalau ada set casting memang best lah... confirm banyak spesis talang dan baby GT boleh dijinakkan. Disebabkan trip ini memang dah dikhaskan untuk mencari jenahak, maka terpaksalah bersabar dengan jamuan halwa mata dari aktiviti rising menganjing dari sang baby GT dan Baby Talang. Jauh disatu lubuk hati... "hang jaga.... hang jaga... next trip casting!!!!".



Seterusnya, ikan jenahak pertama kami bagi trip ini. Aku berjaya menjinakkan seekor jenahak setelah 3 kali rabut oleh Cikgu Badek dan Tekong. 1st strike dari Cikgu Badek digagalkan dan selang 1 ke 2 saat, tekong disebelah mendapat sambaran dan digagalkan juga dan disambar kembali setelah jig dilepaskan kembali dan tetap digagalkan. selang beberapa saat jig aku pula disambarnya. Alhamdulillah... rezeki.. berjaya dinaikkan dan walaupun skala saiz hidangan, spesis ini memang cukup kuat. Puas!


Jig yang aku gunakan adalah seberat 170 gram. Mata kail yang digunakan adalah dari jenis Daiichi (Peket Warna Emas). Hook yang murah dan cukup tajam. Boleh pakai berulang kali dengan syarat mesti basuh dengan baik sebelum disimpan kerana hook jenis ini diperbuat dari bahan yang tidak anti karat.

Bergambar lagi memandangkan ini ikan jenahak pertama.. huhu.. Dibelakang itulah wajah En Tekong. Ustaz Nizam namanya. Cukup mesra dan mudah berurusan dengan beliau.

Kerapu double strike. Aku dan Ralf. Spot Strike sebelah sebelah. Saiz makan sorang.. jadila nak!!!!.. Saiz jig yang digunakan 160 dan 180 gram.

Lagi kerapu saiz makan sorang yang membaham jig bersaiz 200 gram di spot yang sama.

Akhirnya, penantian dan ketekunan En. Nedd mengetuk dasar dibalas dengan henjutan si Jenahak. Saiz idaman semua. Tidak sia-sia keluar dari Laut PD. Jig yang digunakan adalah seberat 200 gram telah berjaya membelah arus dan memperdaya "si bantal emas" ini. "Tahniah bro!. Nanti kita repeat yer... takpun nanti dari PD kita henjut mai ke Melaka. 500hp sat ja sampai" Kata aku ke beliau.
Macam biasa la kan. Kalau dah memang mencari jenahak.. memang ramai peminatnya. Dikesempatan ni aku pun nak gak bergambar.. nak pinjam ikan malu... huhu.. kekekekekke.. "nedd... tumpang-tumpang... bukan senang nak bawak hang keluaq dari Laut PD.." sambil menghulurkan android kepada Ralf untuk merakam gambar ini. Kalau dah namanya rezeki.. ketuk la dasar tu rajin-rajin. Nedd memang rajin bagi trip ini. Tidak berhenti-henti menghenjut "besi-besi" yang dibawa. Dari pagi sampaila ke petang. Akhirnya... jenahak saiz idaman pertama bagi trip ini dan Nedd sendiri.

Ralf juga tidak melepaskan peluang bergambar. Berlatar belakang laut lepas dan dihiasi dengan rod yang siap dipasang Reel Tahyul.

Jenahak terakhir kami bagi trip kali ini. Milik En. Nedd lagi. Saiz lebih besar dari saiz sebelumnya yang terpedaya dengan lenggokkan jig 200 gram. Skema warna jig ini adalah kesukaan nedd ni kalau nak tahu. Time ni memang semua berbulu je tengok. Pada awalnya tiada sambaran. Tapi sekali DIA nak bagi... tengok.. terbaik beb.. percayalah kepadaNya. Sekiranya sudah tertulis.. In Syaa Allah. 

Bergambar kenangan di Jeti Umbai dengan hasil keseluruhan tangkapan. Dari kiri Ralf, Cikgu Badek, Aku, dan Nedd.


Salah seekor Jenahak yang dijadikan santapan kami sebelum balik ke rumah masing-masing. Memang Superb! Asam pedas yang kedai ni masak. Kedai paling hujung di Jeti Umbai. Harga pun Cun.

Antara hasil tangkapan kami semua bagi trip kali ini. In Syaa Allah sekiranya diizinkanNya, sampai lagi kami ke sini.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©