Adsense

Memaparkan catatan dengan label Channa Micropeltes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Channa Micropeltes. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2016

Tasik Temenggor 2015 - Heron's De' Banding

Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di Utara Negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1974. Air dari Empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk Negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

Jarak dari Ipoh ke Tasik Temenggor ialah 200 km ke arah Gerik menuju ke Jeli, Kelantan. Laluan tersebut ialah Lebuh Raya Timur Barat. Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak penuh di Gerik terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran Lebuh Raya Timur Barat sehingga ke Jeli. Dibahagian tengah tasik terdapat sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding dan disebabkan pulau inilah nama tasik lebih dikenali sebagai Tasik Banding.

Trip ini pada 29 Disember 2015 yang lalu yang mana dikenali sebagai "Heron's de' Banding". Perancangan awal dibuat oleh sahabat kami En. Pachai pada bulan Ogos 2015 lagi. Perancangan awal dibuat agar perancangan rapi dapat dibuat oleh semua peserta disamping mengharapkan penyertaan yang ramai dari sahabat-sahabat "Team Bangau"

Macam kebiasaan apabila merancang trip, group Whatapps di buat bagi memudahkan perjalanan trip dari awal sehingga tamat trip. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Aseng, pemilik Fisher Tackles, Shah Alam kerana menjadi sebahagian dari penaja bagi menaja sebahagian besar bagi kos cetakan baju trip kali ini.

Trip kali ini melibatkan 5 buah bot yang mana 4 buah bot sepenuhnya diuruskan oleh Pachai dan bot yang kami gunakan diuruskan sendiri oleh saya yang mana saya selesa berurusan dengan Abg Nain sekiranya ingin ke Royal Belum.... cuma kali ini sedikit berbeza kerana kami tidak masuk ke Taman Negeri Royal Belum.


Suasana pada hari kejadian. Kami (1 bot) naik di Jeti Awam Tasik Banding manakala 4 bot lagi naik di Jeti Ahmad Shah. Jeti Awam Tasik Banding pada pagi itu cukup sesak dengan pengunjung kerana pada masa yang sama ada event lain berlangsung di sini. Kami dipahamkan ada acara menangkap ikan trapia di buat di sini pada sebelah paginya. Memang bersesak juga kami pada pagi itu.


Seperti kebiasaan sebelum bergerak masuk menuju ke spot pertama... pose dengan tekong dulu.. hehe.. Inilah Tekong Power Royal Belum.. En Pejo.. Abg Nain tak dapat nak bawa kami sebab nama last minit naik sebagai Urusetia Event Trapia.





Pemandangan semasa dalam perjalanan ke spot pertama. Hijau air sehijau hutannya. Sampai bila hutan ni akan hijau? Terlalu abstrak untuk menjawabnya.



Tangkapan pertama di spot pertama oleh Abg Long Kuetiaw Kerang Seksyen 13, Shah Alam. Menyirap darah.. Ni la Sipo saya... En. Chidan Rosli. Beliau tokei kedai Chidan Kueytiaw Kerang, Seksyen 13, Shah Alam. Nak rasa kuetiaw power... datangla kedai beliau. Dijamin puas hati.. ayat power sikit silap-silap dapat makan free..

Nota Kaki: Jangan mai Sabtu atau ahad... kedai tutup.. tokei pi mengai...

Mainline: 8lb 
Leader: 12lb
Reel: Spinning saiz 1000
Spesis: Sebarau Buta.. haha
Berat Ikan: 2.7 Kg.

Sebarau kat spot pertama yang tidak jauh dari jeti awam ni tak rising sangat macam kebiasaan. Yang rising semua jauh-jauh. Yang ni naik buih sahaja. 2 3 biji buih timbul. 1 cast terus strike.  (time strike ni semua duk doa bagi putuih... kikikiki)

Inilah antara fenomena sebarau buih yang saya kira mudah untuk cari di kawasan tasik pada awal pagi sebelum kawasan mula berangin. Selalunya buih ni akan naik di spot-spot berhampiran dengan tunggul-tunggul kayu atau reba-reba tinggalan pokok tumbang. Nak cuba cari sebarau buih ni.. boleh cuba dengan menanti dengan penuh sabar. Jangan cempera (kalut) atas bot. kena duduk diam-diam. Kena tahan daulat rising sebby-sebby. Baru boleh dapat tune mengesan buih sebarau. Buih sebarau ni kalau kawan-kawan yang tak pernah jumpa lagi.. dia sama ja dengan buih lampam. 2 3 buih akan timbul. Saya pun yang bagitau tekong.. kalau tak... tak tahu pun..


Seterusnya giliran saya la pulak.. ikan sama dengan yang Chidan dapat... bezanya cuma sebarau chidan dapat tu besaq tapi buta. sebarau saya dapat kecik tapi tak buta..celik elok!..haha..


Mainline: 20lb 
Leader: 30lb
Reel: Spinning saiz 2500
Spesis: Sebarau ada mata..haha
Berat Ikan: Tak sampai sekilo.


Sebarau seterusnya di suatu lorong masuk ke lubuk... kira macam anak sungai la.. sedang bot bergerak masuk chidan menjerit.. " berenti!!! berenti!!!.. ada badong rilek punya berenang bawah bot...". Tak pakai polarized.. tapi mata kalah polorized... power... 

Tekong pun berhentilah... kami pun castinglah... cast cast punya cast sambil kena layoq dengan sebby-sebby yang boilling menganjing tapi tak mau ambik gewang. Tup tup... strike... kawanan sebarau mengendam mengambil spoon yang dihulurkan. Sebarau ni diberi nama sebarau "lit-lit".. panas gila time ni.

Seterusnya misi memanjangkan tangan diteruskan di suak-suak yang dihuni sang toman bujang, mak toman, bapak toman, dan juga duda-duda dan janda-janda toman.

Rising dari toman-toman memang banyak kami jumpa. Tidak ada seekor pun mengambil gewang dihulurkan. Dari gewang cap ayam sampaila ke gewang-gewang bangsawan... dari sekecil-kecil gewang sampai sebesar-besar gewang tak disentuh si toman. Pendek kata dah naik meluat la..


Akhir sekali Chidan sekali lagi bersuara... " wei wanx.. hang pakai skimmer ni.. dah banyak dah toman tumpas ni... rekod memba aku bujang 10 kelo bak hang... kalau dia tak mau ambik jugak kita ajak tekong balik teruih" Kata beliau sambil buat memek muka. Aku pun ambil la... bertahun-tahun casting tak pernah beli pun ima skimmer ni.. duk dengar juga kisah-kisah khurafat pasal gewang ni.. tapi tak pernah beli pun... setelah selesai menukar gewang yang digunakan, aku standby menanti rising si toman bujang di suatu suak itu. "ha tudia toman dah naik.... cast wanx!!!!!" menjerit si Chidan dengan loghat kedah utara pekat melekat beliau. 1 cast.... keboooom!!!!.. memang khurafat + tahyul gewang ni.. seharian duk pujuk dengan bermacam-macam gewang.. last-last Ima Skimmer (US Colour) yang dimahunya. Lepas dari strike pertama ini. Semua strike toman adalah dengan gewang khurafat ini. Sebab apa skimmer ni killer? mungkin sebab action yang tak konsisten berenang menunjukkan  gewang ini benar-benar seperti seluang yang bermain di permukaan air.


Rod : 10-20
Mainline : 30 LB
Leader : 40 LB
Reel : Abu Revo Black 9
Lure : Ima Skimmer
Spesis : Toman Bujang





Penantian mama..... akhirnya berjaya juga mendapatkannya. Tompokan anak di dipermukaan tidak dilepaskan. Kalau japanese pro angler yang datang ke Malaysia, tompokan anak tidak pernah diusik. Hanya Malaysia Angler je yang usik.. hihi.. Kalau dah nama mama toman.. kalau timing memang dia nak makan, tak perlu buang masa lama, 2 ke 3 kali balingan tepat akan membuahkan hasil. 


Rod : 12-25
Mainline : 30 LB
Leader : 40 LB
Reel : Abu Revo Beast
Lure : Rapala Glass Fat Rap (7cm)
Spesis : Mama Toman

Akhirnya, penantian sahabat kami, Awie dengan mama toman kedua bagi trip kami. macam biasa sebelum strike.. Chidan akan menjadi pengulas terbaik. Babak 1: "laju lagi awie!!!.. laju lagi... tu diaa.. mama polo.. mama polo.. laju lagi awie... laju lagi!!!!.." jerit chidan sambil gelak jahat... haha.




Macam biasa... gewang khurafat juga yang menjadi taruhan. "puas!!!!" jerit awie ketika hari kejadian... 

Rod : 8-20
Mainline : 30LB
Leader : 40 LB
Reel : Abu Black Max
Lure : Ima Skimmer
Spesis : Mama Toman


Video aksi awie menjinakkan mama toman yang berjaya dirakam. Hantaran pertama hanya disambut dengan cucuk angin manja dari mama... hantaran kedua disambut kemas oleh mama. layanan dari si mama diselangi dengan ucapan khas buat En Jalax dari En Chidan. hehe
Seterusnya giliran En Chidan melayan mama. Pada awalnya tak nak toman katanya.. tak tahan daulat.. banyak sangat toman menganjing.. "lepas ampa.. ampa... lepas ampa.. ampa lagi.. mana bleh tahan.. anak-anak lepas ni bagi aku pulak no... jangan makan sorang!!!!".. kata beliau sebelum kejadian...

Inilah mama yang berjaya dijinakkan oleh beliau. Permukaan atas air yang tenang jangan disangka tiada reba di bawah!

Rod : 8-14
Mainline : 20LB
Leader : 30 LB
Reel : Shimano Conquest 2014
Lure : Ima Skimmer
Spesis : Mama Toman
Video mama yang berjaya dipujuk oleh Chidan yang berjaya dirakam. Hantaran pertama di sepaknya mama.. marah benar mama ketiga ni.. Hantaran kedua gewang khurafat milik beliau berjaya memperdaya mama untuk membuat satu letupan padu. Mama berjaya membelit reba tetapi dengan pengalaman yang ada, chidan berjaya membawa mama ke permukaan air dan seterusnya dibantu oleh Masta Awie untuk didaratkan ke atas bot sebelum sessi Fotografi.

Antara hasil-hasil yang berjaya kami perolehi sepanjang sehari trip rempit kali ini. Ada masa kita pergi lagi. Ikan nombor 2, yang penting, persahabatan dan silaturrahim sesama kita dikekalkan sehingga bila-bila... In Syaa Allah....

Dapatkan Majalah Umpan Volume 40 April 2016 bagi laporan penuh keseluruhan yang mana masih terdapat 4 bot sahabat-sahabat lain yang menyertai trip kali ini..


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Selasa, 15 Disember 2015

Tasik Bukit Merah - Giant Snakehead On Spinnerbait


Tasik Bukit Merah atau lebih dikenali dengan nama Kolam Bukit Merah oleh penduduk tempatan terkenal dengan spesis kepala ular sejak dari dahulu lagi. Spesis ini semakin hari semakin terancam populasinya berikutan aktiviti pukat dan rawai oleh penduduk tempatan yang mencari rezeki dengan menjadi nelayan di tasik ini. Menjadi nelayan dengan mencari rezeki yang halal hasil dari aktiviti mencari sumber akuatik untuk dijual tidak salah tetapi saya melihat terdapat segelintir penduduk tempatan yang kurang disiplin dalam menjalankan aktiviti ini. Terdapat pukat-pukat rosak yang ditinggalkan begitu sahaja dan ini mengundang risiko kepada sebahagian spesis marin di kawasan ini.  Selain dari sikap sambil lewa seperti ini, aktiviti mengeluarkan pokok bakung juga dilihat boleh menyumbang kepada gangguan pembiakan spesis marin disekitar tasik ini. Pokok Bakung dikeluarkan dengan alasan mengganggu kawasan tadahan air di tasik ini.

Saya macam biasa, sekiranya ada kelapangan masa, tasik ini akan dikunjungi bagi aktiviti mengilat ikan toman. Daya juang toman di sini cukup kuat berikutan habitatnya yang mempunyai samai, pokok-pokok mati, dan lapisan lumut yang tebal memang cukup mencabar keupayaan kaki-kaki pancing.


14 Disember 2015, cuti yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor berikutan kejayaan Pasukan Bola Sepak Selangor digunakan sepenuhnya untuk aktiviti memancing. Sepatutnya saya telah bergerak balik ke Shah Alam pada hari tersebut. Memandangkan cuti diumumkan dan keputusan untuk turun semula ke Tasik Bukit Merah dibuat memandangkan pada 12 Disember 2015 lepas, teruk dibuli oleh mama toman di tasik ini. Mama toman berjaya meloloskan diri walaupun kelengkapan yang digunakan pada waktu itu sudah dikira cukup kasar. Pada kali ini, saya turun seawal jam 7 pagi.

Sememangnya pada kali ini turun ke tasik untuk mencuba "spinner bait" bagi spesis toman disini. Lebih kepada hendak belajar menggunakan "spinner bait" ke atas ikan toman di sini. 2 hari sebelum gagal mendaratkan berikutan "spinner bait" yang digunakan dibawa lari si kepala ular. Leader terpotong solid!. Bagi trip kali ini, 2 ekor mama toman berjaya dijinakkan dengan menggunakan "spinner bait" dan tiada toman bujang yang berjaya dipujuk dengan "spinner bait"

Sebelum ke lokasi yang menjadi target pada trip kali ini, saya bergerak menuju ke spot sebarau pada awal pagi. Sebarau dicari tetapi si bujang toman juvenil yang menyambar. Kami berada disini sekitar satu jam sahaja dan terus bergerak ke spot yang lebih "heavy" bagi menguji "spinner bait" hasil tangan Din Labatta.

Di spot ini, kelibat toman bersaiz 1 ke 2 kilo sememangnya banyak dan gemar mengambir gewang selaman sekitar 1 ke 2 kaki. Kadang-kadang sudi menyambar gewang permukaan. Ketika musim kemarau spot ini sangat frenzy dengan toman yang pelbagai saiz tetapi nak masuk ke spot ini sangat sukar berikutan kawasan ini akan menjadi sangat cetek dan bot tidak boleh masuk dengan bantuan enjin dan hanya boleh masuk dengan menggunakan galah sebagai enjin berkuasa kudrat.
Setelah selesai di spot sebarau tadi, kami terus bergerak ke salah satu "heavy cover sport" yang terdapat disini. Spot seperti gambar disebelah ini tidak terlalu "heavy", masih terdapat spot yang lebih "heavy" disini. Rod berkekuatan 12-25 saya gunakan dan ada kalanya sehingga PE5 digunakan bergantung kepada spot yang dipilih. 



Gambar di atas adalah "Spinner Bait" yang dihasilkan oleh Din Labatta. Anggaran berat umpan tiruan ini antara 20-22 gram dan amat mudah dilontar dan balingan jarak jauh yang tepat mampu dibuat berikutan sifatnya yang "potong angin" dan mempunya berat ideal untuk lontaran jauh. 

"Spinner bait" ini juga cukup seimbang ketika tenggelam yang mana bahagian blade sebelah atas akan sentiasa berada diatas ketika tenggelam dan kilauan yang terhasil mempengaruhi ikan untuk memeriksa dan mengambil ketika ia tenggelam. Berat sinker yang sempurna juga mempengaruhi proses ia tenggelam dan juga turut membantu blade memusing dengan sempurna tanpa gangguan. Ketika karauan juga kedua-dua blade memusing dengan tanpa gangguan.

Spinner Bait ini boleh dikira antara spinner bait terbaik dengan harga mampu milik disamping dawai yang digunakan adalah dawai yang baik (tidak terjejas walaupun dibaham mama toman di kawasan yang dipenuhi dengan samai dan kayu). Skirt yang digunakan juga lebih lembut dari kebiasaan yang saya gunakan.

HASIL PERTAMA
Hasil pertama saya, mama toman yang terpedaya dengan spinner bait. Untuk mama ini, tidak banyak masa yang diperlukan. Hanya satu lontaran sahaja telah berjaya memujuk mama toman ini mengambil spinner yang dihantar tepat ke arah kumpulan anak-anaknya. Secara teknikalnya, spinner ini diambil selepas satu henjutan kecil dibuat ketika spinner ini sedang tenggelam. Saiz mama ini tidak besar mana tetapi daya juang dicelahan rumput tebal memang cukup inzal. Bacaan timbangan hanya 8.5 lb + - sahaja.

HASIL KEDUA
Mama toman kedua berjaya dinaikkan. Lokasi berhampiran dengan mama toman yang pertama didaratkan  iaitu sekitar radius 200 meter dari lokasi pertama.  Mama toman pertama ini sedikit sukar berikutan kumpulan anak-anak berada dalam kawasan yang lumut sangat tebal dan rapat-rapat. Saya terpaksa menunggu lebih lama sehingga kumpulan anak-anak toman ini timbul di kawasan yang sedikit kosong bagi memberi ruang spinner bait yang digunakan dapat jatuh ke dasar tanpa sangkut dan mungkin memberi kejutan kepada si mama. Bagi mama kedua ini, spinner bait yang digunakan diambil ketika balingan tepat ke kawanan anak-anak dan karauan secara perlahan dibuat. Ketika karauan secara perlahan itulah mama toman ini mengambil spinner bait dan mata kail bersaiz 5/0 tertusuk rapat dari bawah mulut ikan (dari luar). Mungkin spinner bait digigit pada bahagian blade dan sentapan yang dibuat menyebabkan matakail tertusuk dari bawah mulut toman ini. Memujuk mama toman dengan menggunakan spinner bait sememangnya cukup seronok berikutan cara mama toman mengambil spinner tersebut sedikit berlainan dengan menggunakan hard lure. Seterusnya nanti akan dicuba pula memikat toman bujang menggunakan spinner bait... In syaa Allah...

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Isnin, 2 November 2015

Air Ganda - Tasik Kenering 2015 - Siri XPDC Explorasi Tasik Kenering Part II

TASIK KENERING, PERAK

Tasik Kenering, Perak terletak bersebelahan dengan Air Ganda di Hilir Perak. Tasik Kenering merupakan salah satu dari empat empat empangan yang terdapat di Daerah Grik. Empangan yang Berada paling atas (hulu) adalah Empangan Temenggur diikuti dengan Empangan Bersia, dan Air Ganda dan seterusnya Tasik Kenering.  Tasik Kenering suatu ketika dahulu boleh diakses dari Kampung Kuala Kenering. Kini, para pemancing yang berkeinginan memancing di tasik ini perlu bergerak dari Jeti Air Ganda yang memakan masa antara 40 ke 45 minit dengan menggunakan bot berkuasa kuda 15.  Jarak ke Tasik Kenering tidak jauh sebenarnya. Perjalana memakan masa yang lama berikutan struktur pokok-pokok mati didasar sungai dan tasik di Air Ganda yang hampir dengan permukaan air menyebabkan perjalanan menjadi perlahan.  Para tekong perlu lebih berhati-hati agar tiada kemalangan berlaku sepanjang perjalanan ke sana.

Selain menggunakan Jeti Air Ganda, pemancing masih boleh mengakses tasik ini melalui "lorong tikus" di Kenering.  Penduduk kampung boleh mengakses ke tasik ini menerusi pintu hadapan empangan.  Borang perlu diisi terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk untuk membuat aktiviti nelayan seperti menangkap ikan, memungut hasil getah, hasil hutan, dan lain-lain aktiviti ekonomi penduduk kampung. Walaubagaimanapun, pemancing dari luar tidak dibenarkan masuk untuk melakukan aktiviti memancing walaupun dengan menggunakan khidmat tekong-tekong bot dari Kampung Kenering.  Disini saya lihat sedikit sebanyak telah menutup periuk nasi penduduk tempatan.  Wahai pihak berkaitan, bukalah mata, sediakan SOP untuk aktiviti memancing agar tiada pencerobohan berlaku secara berterusan.  



31 Oktober 201531 Oktober 2015, tarikh yang penuh dengan dugaan. Tarikh ini dipilih sebulan awal bagi trip ini. Banyak sangat dugaan dari permulaan atur trip sehinggalah pada hari kejadian.  Dari masalah cuti kawan-kawan sehinggalah kepada masalah tempahan bot. Berkat dari kesabaran akhirnya trip yang asalnya ke Air Ganda berubah ke Kenering dan Air Ganda

Pada awalnya, kami merancang untuk memancing sekitar Air Ganda sahaja iaitu 4 bot yang melibatkan 8 orang iaitu Aku (wanx), Jalax, Nedd, Ujang, Yeop, Cepp, Husbro, dan Jepp. Disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, lokasi memancing diubah kepada 2 lokasi iaitu 2 bot ke Air Ganda dan 2 bot lagi di Tasik Kenering.

Yeop, Cepp, Husbro, dan Jepp antara yang sampai awal, Aku, Nedd, Jalax, dan Ujang terpaksa singgah di Rancangan Merah Kenering untuk menemui Tekong Kenering (Mat Noor) untuk membuat tempahan bot berikutan satu dari 4 bot yang ditempah tidak dapat disediakan. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan 2 bot di Kenering dan membatalkan 1 bot di Air Ganda.  Setelah berjaya berjumpa dengan tekong dan Mat Noor menyatakan kesanggupan untuk membawa kami membuatkan kami sedikit lega dan niat untuk berpatah balik dibatalkan.


2 Bilik telah ditempah awal sebulan,tetapi rupanya tidak dapat menampung kami berlapan. 1 bilik tambahan diambil,nasib kami baik masih terdapat 1 bilik kosong. Bilik terakhir pada hari itu. Harga bilik di Gerik Hotel boleh dikatakan masih ekonomi. Harga bilik antara RM50 hingga RM70 semalaman dan keadaan bilik disini cukup selasa untuk berehat.

Setelah selesai membuat persiapan kelengkapan esok, kami semua keluar berjimba dulu sambil makan-makan,ngumpat-ngumpat, dan lain-lain aktiviti berkaitan. Aku maki hang, hang maki aku, pastu gelak ramai-ramai sampai letih sebelum kembali ke hotel untuk berehat. Time ni sebenarnya sebahagian dari kami kenal antara satu sama lain. Sebelum ni hanya kenal dalam alam maya facebook dan whatapps sahaja. Macam aku.. aku hanya kenal nedd, dan jalax sahaja dan yang lain-lain tak pernah lagi bersua muka. Nasib baik tak kena tumbuk sebab sebelum ni main cakap lepas je dalam alam maya.. hehe.. Korang semua memang terbaik...
Hadiah Untuk Pemenang Trip

Trip kali ini mempunya sedikit kelainan. Setiap ahli trip dikehendaki menyumbangkan hadiah berupa gewang untuk dijadikan hadiah kepada pemenang. Peserta yang mendapat tangkapan terpanjang akan dinobatkan sebagai pemenang. Antara gewang yang disumbangkan sebagai hadiah adalah Rapala Ristro Rap 8cm, Rapala Fat Rap Deep Runner (7cm), Rapala Flat Rap (10cm) Rapala Fat Rap Deep Runner (5cm), Predatek Boomerang, & Rapala Cranking' Rap.

Report Bot Air Ganda
Sesudah Subuh, kami bergerak dalam 2 kumpulan. Kumpulan ke Air Ganda iaitu Yeop, Jepp, Cepp, dan Husbro bertolak dahulu ke Jeti Air Ganda. Gambar disebelah sebahagian dari senjata perang mereka. Mereka menjadi team yang awal keluar meninggalkan hotel. Bot 1 diketuai oleh Encik Yeop dan ditemani oleh Encik Husbro manakala Bot 2 diketuai oleh Encik Cepp dan ditemani oleh Encik Jepp. Katanya Yeop, semua tak lena tidur sebab masing-masing nak menang hadiah bagi trip ini. Samala dengan bot yang akan ke Kenering. Masing-masing mengharapkan kemenanangan dan membolot semua gewang-gewang itu... haha..
Bergambar sebelum turun ke tasik. Husbro, Cepp, Jepp, dan Ujang. Bergambar dengan penuh harapan kata yeop.

Hasil bot 1 yang berjaya dirakam. "biar Gopro berbicara" kata Yeop. Sedang tunggu hasil dari rakaman Gopro...

Gambar di sekitar Air Ganda. Paras air yang telah surut jelas menunjukkan struktur-struktur dasar yang kejam. Kekejaman struktur dasar yang banyak merugikan gewang-gewang. Semangat "kamikaze" yang tinggi amat-amat diperlukan ketika ini. Sayang gewang kalu bye-bye la..
Hasil bot kedua dari Cepp dan Jepp. Antara yang berjaya dinaikkan selepas beberapa kali dibuli. 

Report Bot Tasik Kenering
Ahli trip ke Tasik Kenering bertolak lewat sedikit dari ahli Air Ganda. Kami bergerak terus ke Tasik Kenering setelah bersarapan dan membeli makanan tengahari dan jajan-jajan untuk bekalan. Kereta dipandu oleh pemandu cemerlang dari Port Dickson iaitu Encik Syafik (Nedd).
Berselfie dihadapan rumah tekong. Ujang, Nedd, Wanx, dan Jalax. Sedang bersiap-siap untuk masuk ke tasik dan menunggu tekong bot kedua menapau nasi.

Kami terpaksa menaiki bukit bersebelahan empangan untuk turun ke kawasan pakir bot berikutan orang luar tidak dibenarkan melalui pintu utama untuk masuk ke pengkalan.  Aku dan jalax mengambil peluang untuk mengambil gambar pemandangan dari atas empangan ini sebelum turun ke Jeti Tasik Kenering.

Gambar yang menunjukkan jalan hutan yang terpaksa kami tempuh untuk turun ke kawasan Jeti Tasik Kenering yang berada dalam kawasan Empangan Hidro Kenering. Jalan yang cukup mencabar ketahan mental dan fizikal kami semua. Segala peralatan memancing dibawa oleh Tekong dengan menggunakan kereta beliau. Seperti yang dimaklumkan pada awal artikel ini, hanya penduduk kawasan ini sahaja yang boleh memasuki kawasan empangan. Kami bernasib baik kerana tidak perlu membawa peralatan menuruni "lorong tikus" ini. Jalax masih mampu memberi isyarat "good" yang dizahirkan dari ibu jarinya menandakan telah bersedia sepenuhnya untuk trip kali ini. kipidap bro!!!
Kawasan pakir bot di Tasik Kenering bersebelahan dengan pintu pam Empangan Kenering. Di sini, majoriti bot adalah bot nelayan kawasan kampung ini dan juga bot yang membawa pemancing disamping bot-bot yang membawa hasil kebun getah dan hutan.
Hasil Bot 1 Tasik Kenering
Nedd & Ujang berpesta toman dan sebarau. 
Masing-masing menikmati nikmat dibuli penghuni dasar.

Nedd dan hasil bottom suka-suka ketika berhenti rehat disebelah tengahari

Hasil Bot 2 Tasik Kenering
Wanx & Jalax hanya berjaya menaikkan 3 ekor toman setelah masing-masing merasa nikmat lost control. Aku dibuli 2 kali dan putus mainline satu kali. Jalax 3 kali dibuli yang mana masing-masing menggunakan rod berkekuatan 12-25lb. Memang Steroid toman-toman disini.

Ribuan Terima kasih kepada semua ahli trip kerana telah menjayakan trip ini setelah mengharungi berbagai-bagai dugaan daripada awal perancangan sehinggalah pada hari kejadian. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada penyumbang-penyumbang gambar bagi penulisan artikel ini.  Ada rezeki kita berjumpa lagi.  Terima kasih juga buata Ibu kepada Ujang kerana bertungkus-lumus menyediakan makan malam selepas kami semua memancing. Ikan goreng, tengas masak lemak, ayam masak pedas, pucuk paku masak lemak, dan tengas masak lemak Makcik memang awesome... Thank u makcik.. we love u..

KEPUTUSAN PEMENANG TRIP INI: Jalax dengan tangkapan Toman sepanjang 60cm. Tahniah bro!!!! Kipidap... dongibab


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Ahad, 20 September 2015

Air Ganda 2015 - Siri XPDC Explorasi Tasik Kenering

TASIK KENERING, PERAK

Tasik Kenering, Perak terletak bersebelahan dengan Air Ganda di Hilir Perak. Tasik Kenering merupakan salah satu dari empat empat empangan yang terdapat di Daerah Grik. Empangan yang Berada paling atas (hulu) adalah Empangan Temenggur diikuti dengan Empangan Bersia, dan Air Ganda dan seterusnya Tasik Kenering.  Tasik Kenering suatu ketika dahulu boleh diakses dari Kampung Kuala Kenering. Kini, para pemancing yang berkeinginan memancing di tasik ini perlu bergerak dari Jeti Air Ganda yang memakan masa antara 40 ke 45 minit dengan menggunakan bot berkuasa kuda 15.  Jarak ke Tasik Kenering tidak jauh sebenarnya. Perjalana memakan masa yang lama berikutan struktur pokok-pokok mati didasar sungai dan tasik di Air Ganda yang hampir dengan permukaan air menyebabkan perjalanan menjadi perlahan.  Para tekong perlu lebih berhati-hati agar tiada kemalangan berlaku sepanjang perjalanan ke sana.

20 September 2015
Satu trip "repeat"  diatur kembali setelah trip lepas (30 Ogos 2015) menemui jalan buntu. Pada awalnya trip diatur hanya melibatkan 2 orang sahaja iaitu aku (wanx) dan Hadie (Tok Adie). Seminggu menjelang trip, aku dimaklumkan oleh tok hadie yang mana 2 orang lagi sahabat kami ingin bersama bagi trip kali ini iaitu Syafiq (Nedd) dan Faizal (Jawe). 

2 hari sebelum kami berangkat ke sini, Tok Adie memaklumkan bahawa beliau tidak dapat bersama-sama berikutan kekangan kerja yang memerlukan komitmen beliau pada ketika itu. Berbekalkan 1 hari 1/2 hari masa yang ada, aku dan tok adie mencari pengganti bagi tempatnya dan akhirnya Azhar (Az) menyatakan kesanggupan untuk menggantikan tempat Tok Adie. 


Sebahagian daripada gewang-gewang yang aku pertaruhkan bagi trip kali ini. Gambar 2 jam sebelum Nedd dan Jawe sampai ke rumah aku.

Kami bertolak pada jam 4.30 petang sehari sebelum trip ini.  Sepatutnya kami bergerak seawal jam 3 petang tetapi disebabkan oleh hal yang tidak dapat dielakkan, kami bergerak lewat sedikit dari jadual asal.


Kami sampai di bandar gerik pada jam 9.20 malam dan setelah membuat tempahan bilik hotel, kami berehat sebentar dihadapan hotel sementara menunggu bilik disiapkan.  Masing-masing sibuk "melapor diri". Yang dah kawin lapor pada isteri, yang bujang lapor pada bakal isteri.. hehe. Dari kiri, Az, Nedd, dan Jawe (bertopi hijau)


Harga bilik yang boleh dikira berpatutan.  RM60 semalaman.  
Satu katil queen, satu katil single + Wifi

Setelah selesai membuat persiapan untuk hari esok seperti menyiapkan perambut dan lain-lain keperluan, kami keluar untuk membeli sedikit bekalan makanan dan minuman untuk aktiviti esok.  Siap dapat kertas "tikam" ni. Kurang 2 pelekat jer untuk dapat "buntat" kata Jawe. Haha...


Kami bersiap awal pagi itu.  Sesudah subuh semua sudah siap.  Bergambar kenangan di hotel sementara menunggu jawa 'make up" dan "make over"


Sebahagian dari Senjata Perang kami bagi trip kali ini

Hasil pertama dinaikkan oleh Jawe. Kami bertolak masuk ke tasik agak lewat. Jam 8.15 baru kami bergerak masuk.  Ini bukan spot kami sebenarnya.  Disebabkan "rise" toman sentiasa ada disepanjang perjalanan ke Kenering menyebabkan kami sering berhenti menghulurkan gewang pengorek dasar dan hasilnya Jawe menjadi orang pertama menaikkan ikan bagi trip kali ini.  Setelah itu, bot kami beredar mengikut haluan masing-masing.


Antara hasil-hasil yang dinaikkan oleh Bot 1 (Tekong Abg Harun)

Hasil pertama aku setelah bot kedua beredar dari spot sebentar tadi.  Anggaran sekitar 3 kilo + -.  Cukup kuat daya juang toman ini.  Tiada masalah bagi rod berkekuatan 12-25 dan gegaran runtun toman ini cukup terasa berikutan lifting power rod kasar lebih tinggi.

Seterusnya, kekecewaan melanda, Ristro Rap PRT saiz 8 dibuli toman bujang.  Lure dihantar tepat ke "rise" toman.  Selepas 2 karauan Gewang disambut dan rabut ketika menarik si toman dari reba-reba kayu dan hasilnya hanya bibir gewang sahaja yang dikembalikan.

Badan gewang yang "dikembalikan" selepas "dipinjam 5 minit" oleh si toman.  Timbul selepas 5 minit.  Akan dibaiki untuk trip akan datang.  Struktur badan gewang yang tidak pecah memberi makna yang gewang ini masih boleh digunakan.


Hasil kedua setelah rabut.  Hasilnya toman berskala anggaran 4 kilo + -.  setelah dibuli oleh Mama toman pada sebelum itu.  Memang kena sentap terus sekiranya rasa gewang diketuk baru mudah "hooked up".  Toman tidak selalu terus mengambil gewang dan melarikannya. Ada ketika toman mengambil gewang dan bergerak ke hadapan menyebabkan kira menyangka seperti hanya digigit dan dilepaskan tetapi sebenarnya gewang sudah kemas dimulut ikan.

Hasil seterusnya.

Seterusnya, Az berjaya mendaratkan Mama Toman dengan sekali "cast" sahaja.  hantaran Tepat Ristro Rap PRT saiz 5 disambut kemas Mama Toman.  Kata Az.. toman kat sini main jahat.  Untuk pertama kali datang, bertuah Az dapat saiz idaman.  Tanhiah der...

 "Selamat berjaya di dasar sana.. ada rezeki kita jumpa lagi sayang..." Kata Az

Setelah puas memanjangkan tangan mengilat sepanjang pagi, menjelang tengahari kami berehat di sebuat rumah rakit milik pembalak Kenering.  Punya banyak ikan lampam di sini. Saiz sedap digoreng. Dan macam santuari lampam.


Antara hasil-hasil yang dinaikkan oleh Bot 2

Jawe dan toman negro.  Toman bawa anak yang berjaya dinaikkan dan diselamatkan dari celahan ranting-ranting dan kayu.  Gewang yang digunakan adalah Ann Lure JF.  Toman Negro sudah terkenal dengan Adrenalin dan kedegilan yang luar biasa dan menjadi kegilaan kaki-kaki pancing toman.

 Dilepaskan semula demi kelangsungan spesis dan kelestarian alam

 Jawe dan sebarau yang menyambut gewang selaman dalam beliau.

Antara toman bujang yang dinaikan oleh Jawe dan Nedd.  Banyak sambaran dari toman bujang oleh 2 orang mereka.. untungla...

 Nedd dan sebarau. Nedd memang rajin memujuk sebarau 
sampai toman "rise" tidak dihiraukannya

Lagi sebarau oleh Nedd.  Kali ni dengan Rapala FLR (OPSD) saiz 8 cm.  
Menjadi juga warna ini di Kenering.

 Lagi sebarau gigit OPSD di spot yang sama.

 Toman pun gigit Rapala FLR (OPSD) saiz 8cm

Seterusnya anak toman bersaiz lengan lelaki handsome 
mengambil gewang permukaan milik Jawe.

Pada sebelah petang, bot 1 tidak berjaya mendaratkan ikan.  Hanya dikejutkan dengan sambaran bertubi-tubi dan lucut dipertengahan jalan.  Berbeza dengan bot kedua, mereka berjaya menaikkan beberapa ekor toman dan juga sebarau bagi trip pada kali ini.  
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©