TASIK KENERING, PERAK
Tasik Kenering, Perak terletak bersebelahan dengan Air Ganda di Hilir Perak. Tasik Kenering merupakan salah satu dari empat empat empangan yang terdapat di Daerah Grik. Empangan yang Berada paling atas (hulu) adalah Empangan Temenggur diikuti dengan Empangan Bersia, dan Air Ganda dan seterusnya Tasik Kenering. Tasik Kenering suatu ketika dahulu boleh diakses dari Kampung Kuala Kenering. Kini, para pemancing yang berkeinginan memancing di tasik ini perlu bergerak dari Jeti Air Ganda yang memakan masa antara 40 ke 45 minit dengan menggunakan bot berkuasa kuda 15. Jarak ke Tasik Kenering tidak jauh sebenarnya. Perjalana memakan masa yang lama berikutan struktur pokok-pokok mati didasar sungai dan tasik di Air Ganda yang hampir dengan permukaan air menyebabkan perjalanan menjadi perlahan. Para tekong perlu lebih berhati-hati agar tiada kemalangan berlaku sepanjang perjalanan ke sana.
20 September 2015
Satu trip "repeat" diatur kembali setelah trip lepas (30 Ogos 2015) menemui jalan buntu. Pada awalnya trip diatur hanya melibatkan 2 orang sahaja iaitu aku (wanx) dan Hadie (Tok Adie). Seminggu menjelang trip, aku dimaklumkan oleh tok hadie yang mana 2 orang lagi sahabat kami ingin bersama bagi trip kali ini iaitu Syafiq (Nedd) dan Faizal (Jawe).
2 hari sebelum kami berangkat ke sini, Tok Adie memaklumkan bahawa beliau tidak dapat bersama-sama berikutan kekangan kerja yang memerlukan komitmen beliau pada ketika itu. Berbekalkan 1 hari 1/2 hari masa yang ada, aku dan tok adie mencari pengganti bagi tempatnya dan akhirnya Azhar (Az) menyatakan kesanggupan untuk menggantikan tempat Tok Adie.
Kami bertolak pada jam 4.30 petang sehari sebelum trip ini. Sepatutnya kami bergerak seawal jam 3 petang tetapi disebabkan oleh hal yang tidak dapat dielakkan, kami bergerak lewat sedikit dari jadual asal.
Kami sampai di bandar gerik pada jam 9.20 malam dan setelah membuat tempahan bilik hotel, kami berehat sebentar dihadapan hotel sementara menunggu bilik disiapkan. Masing-masing sibuk "melapor diri". Yang dah kawin lapor pada isteri, yang bujang lapor pada bakal isteri.. hehe. Dari kiri, Az, Nedd, dan Jawe (bertopi hijau)
Setelah selesai membuat persiapan untuk hari esok seperti menyiapkan perambut dan lain-lain keperluan, kami keluar untuk membeli sedikit bekalan makanan dan minuman untuk aktiviti esok. Siap dapat kertas "tikam" ni. Kurang 2 pelekat jer untuk dapat "buntat" kata Jawe. Haha...
Kami bersiap awal pagi itu. Sesudah subuh semua sudah siap. Bergambar kenangan di hotel sementara menunggu jawa 'make up" dan "make over"
Jawe dan toman negro. Toman bawa anak yang berjaya dinaikkan dan diselamatkan dari celahan ranting-ranting dan kayu. Gewang yang digunakan adalah Ann Lure JF. Toman Negro sudah terkenal dengan Adrenalin dan kedegilan yang luar biasa dan menjadi kegilaan kaki-kaki pancing toman.
Antara toman bujang yang dinaikan oleh Jawe dan Nedd. Banyak sambaran dari toman bujang oleh 2 orang mereka.. untungla...
2 hari sebelum kami berangkat ke sini, Tok Adie memaklumkan bahawa beliau tidak dapat bersama-sama berikutan kekangan kerja yang memerlukan komitmen beliau pada ketika itu. Berbekalkan 1 hari 1/2 hari masa yang ada, aku dan tok adie mencari pengganti bagi tempatnya dan akhirnya Azhar (Az) menyatakan kesanggupan untuk menggantikan tempat Tok Adie.
Sebahagian daripada gewang-gewang yang aku pertaruhkan bagi trip kali ini. Gambar 2 jam sebelum Nedd dan Jawe sampai ke rumah aku.
Kami bertolak pada jam 4.30 petang sehari sebelum trip ini. Sepatutnya kami bergerak seawal jam 3 petang tetapi disebabkan oleh hal yang tidak dapat dielakkan, kami bergerak lewat sedikit dari jadual asal.
Kami sampai di bandar gerik pada jam 9.20 malam dan setelah membuat tempahan bilik hotel, kami berehat sebentar dihadapan hotel sementara menunggu bilik disiapkan. Masing-masing sibuk "melapor diri". Yang dah kawin lapor pada isteri, yang bujang lapor pada bakal isteri.. hehe. Dari kiri, Az, Nedd, dan Jawe (bertopi hijau)
Harga bilik yang boleh dikira berpatutan. RM60 semalaman.
Satu katil queen, satu katil single + Wifi
Kami bersiap awal pagi itu. Sesudah subuh semua sudah siap. Bergambar kenangan di hotel sementara menunggu jawa 'make up" dan "make over"
Sebahagian dari Senjata Perang kami bagi trip kali ini
Hasil pertama dinaikkan oleh Jawe. Kami bertolak masuk ke tasik agak lewat. Jam 8.15 baru kami bergerak masuk. Ini bukan spot kami sebenarnya. Disebabkan "rise" toman sentiasa ada disepanjang perjalanan ke Kenering menyebabkan kami sering berhenti menghulurkan gewang pengorek dasar dan hasilnya Jawe menjadi orang pertama menaikkan ikan bagi trip kali ini. Setelah itu, bot kami beredar mengikut haluan masing-masing.
Antara hasil-hasil yang dinaikkan oleh Bot 1 (Tekong Abg Harun)
Hasil pertama aku setelah bot kedua beredar dari spot sebentar tadi. Anggaran sekitar 3 kilo + -. Cukup kuat daya juang toman ini. Tiada masalah bagi rod berkekuatan 12-25 dan gegaran runtun toman ini cukup terasa berikutan lifting power rod kasar lebih tinggi.
Seterusnya, kekecewaan melanda, Ristro Rap PRT saiz 8 dibuli toman bujang. Lure dihantar tepat ke "rise" toman. Selepas 2 karauan Gewang disambut dan rabut ketika menarik si toman dari reba-reba kayu dan hasilnya hanya bibir gewang sahaja yang dikembalikan.
Badan gewang yang "dikembalikan" selepas "dipinjam 5 minit" oleh si toman. Timbul selepas 5 minit. Akan dibaiki untuk trip akan datang. Struktur badan gewang yang tidak pecah memberi makna yang gewang ini masih boleh digunakan.
Hasil kedua setelah rabut. Hasilnya toman berskala anggaran 4 kilo + -. setelah dibuli oleh Mama toman pada sebelum itu. Memang kena sentap terus sekiranya rasa gewang diketuk baru mudah "hooked up". Toman tidak selalu terus mengambil gewang dan melarikannya. Ada ketika toman mengambil gewang dan bergerak ke hadapan menyebabkan kira menyangka seperti hanya digigit dan dilepaskan tetapi sebenarnya gewang sudah kemas dimulut ikan.
Hasil seterusnya.
Seterusnya, Az berjaya mendaratkan Mama Toman dengan sekali "cast" sahaja. hantaran Tepat Ristro Rap PRT saiz 5 disambut kemas Mama Toman. Kata Az.. toman kat sini main jahat. Untuk pertama kali datang, bertuah Az dapat saiz idaman. Tanhiah der...
"Selamat berjaya di dasar sana.. ada rezeki kita jumpa lagi sayang..." Kata Az
Setelah puas memanjangkan tangan mengilat sepanjang pagi, menjelang tengahari kami berehat di sebuat rumah rakit milik pembalak Kenering. Punya banyak ikan lampam di sini. Saiz sedap digoreng. Dan macam santuari lampam.
Antara hasil-hasil yang dinaikkan oleh Bot 2
Dilepaskan semula demi kelangsungan spesis dan kelestarian alam
Jawe dan sebarau yang menyambut gewang selaman dalam beliau.
Nedd dan sebarau. Nedd memang rajin memujuk sebarau
sampai toman "rise" tidak dihiraukannya
Lagi sebarau oleh Nedd. Kali ni dengan Rapala FLR (OPSD) saiz 8 cm.
Menjadi juga warna ini di Kenering.
Lagi sebarau gigit OPSD di spot yang sama.
Toman pun gigit Rapala FLR (OPSD) saiz 8cm
Seterusnya anak toman bersaiz lengan lelaki handsome
mengambil gewang permukaan milik Jawe.
Pada sebelah petang, bot 1 tidak berjaya mendaratkan ikan. Hanya dikejutkan dengan sambaran bertubi-tubi dan lucut dipertengahan jalan. Berbeza dengan bot kedua, mereka berjaya menaikkan beberapa ekor toman dan juga sebarau bagi trip pada kali ini.
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan