Adsense

Jumaat, 4 September 2015

Air Ganda 2015 - Revisited

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera

Satu trip episod "repeat"  diatur pada 30 Ogos 2015 setelah episod dibuli pada trip 2 minggu sebelum ini.  Kali ini aku dan Asrin bertandang semula ke Air Ganda lebih awal.

Kami bertolak seawal jam 3 petang (29 Ogos 2015) dan tiba di Pekan Gerik pada jam 8.00 malam.  Kami menginap di salah sebuah hotel baget (Avana Hotel).


Perjalanan kami pada jam 3 petang bermula dengan baik sehinggalah masuk  area Slim River, kenderaan mula bergerak perlahan dan semakin perlahan apabila masuk area Tapah.  Jalan sesak disebabkan cuti Hari Merdeka dan sikap "Prihatin" rakyat Malaysia yang suka "membantu" melihat kemalangan kecil yang berlaku. haisssss....


Kemuncak kesesakan apabila kami hampir tiba di area Ipoh ditambah pula dengan cuaca hujan menyebabkan perjalanan kami sering tersangkut.


Mengimbau kenangan... dahulu masa kecil.. lalu sahaja terowong menora ni.. mesti aku akan dikejutkan oleh Mak aku.. tak pun arwah Ayah ku.


Laluan keluar dari PLUS ke Kuala Kangsar sekarang sudah lain. Bukan lagi seperti dulu. Masa mula-mula laluan ni siap, aku pernah terlajak simpang. 


Hujan masih mencurah-curah di ketika kami sampai di sini.  Perjalanan diteruskan ke Gerik.  Asrin masih setia memandu pada ketika ini.


Tepat jam 8 malam, kami sampai di Avana Hotel.

 Ini la rupa bilik kami di hotel ni.  Okla untuk 2 orang dengan harga RM60

Selepas selesai memunggah barang ke bilik hotel, kami keluar makan di kedai mamak berhampiran.  Gambar di atas dirakam ketika sedang makan. Memang Indah ciptaan Tuhan.  Jadi tak indah sebab kamera henpon tak berapa nak canggih.


Sebelum tidur, aktiviti memasang perambut dan sesi merakam gambar reel, rod, dan lure. Gambar diatas antara "set up" aku yang paling kasar. Rod berkekuatan 12-25 beserta tali utama 30LB, dan perambut 40LB.  Lure "Keli ada kaki" juga antara yg mahu dicuba bagi trip kali ini.  Rod yang kami gunakan bagi trip kali ini dari 8-17 sehingga 12-25.  Tali utama pula dari 20-30LB manakala perambut pula antara 30-60LB


Salah satu suak berhampiran dengan Kenering.

 Cukup tenang dan mendamaikan

Banyak "rising" di sini tetapi tiada satu pun yang disahut penghuni dasar.


Setelah separuh hari pencarian, hanya ini sahaja hasil kali ini.  Setelah beberapa kali rabut dan lucut di pertengahan jalan.  Keadaan angin yang kuat menyukarkan kami mengesan kehadiran si toman dipermukaan.  Hasilnya hanya seekor sahaja yang bersaiz 1kg ++ berjaya didaratkan.


 Hujan turun lebat-selebatnya selepas kami berhenti rehat di sebelah tengahari.  


Asrin berlatar belakang hujan yang lebat posing terakhir beliau bagi trip kali ini

Trip pada kali ini sememangnya kurang menyengat dan kami akan kembali.. In Syaa Allah.....

XPDC REPEAT 20 SEPTEMBER 2015

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Tiada ulasan:

Catat Ulasan