Raya puasa kedua tahun 2015, komplot last minit dibuat dengan Zul Ezani. Sebenarnya komplot ini tak dirancang pun. Set Pancing Payang tak bawa balik pun kali ini. Saudara Zul meminjamkan set beliau kepada aku untuk komplot kali ni.
Antara bahan yang digunakan untuk membuat lelayang bagi komplot ini. Komplot ini dibuat di SMK Sains Machang, Kelantan. Untuk makluman, di sekolah ini terdapat kolam pancing berbayar yang diusahakan oleh pengurusan sekolah ini.
Bahan yang digunakan adalah Barred Rabbit Zonkers berwarna jingga dan putih
Zul ezani membuat lelayang di tepi kolam
Langkah pertama. Zonkers berwarna putih dililit pada matakail seperti gambar di atas dan dimatikan.. lilit 1/3 dari batang mata kail sudah memadai.
Seterusnya zonkers bewarna jingga kekuningan dililit selepas lilitan berwarna putih lebih kurang 1/3 dari baki batang mata kail. Bahagian hadapan dibiarkan memandangkan di kolam ini juga terdapa ikan pacu yang mana ikan ini berpotensi mengambil umpan (telan) sekiranya seluruh mata kail dibalut dengan zonkers ini. Setelah siap lilitan zonkers berwarna jingga kekuningan ini makan siapla lelayang bagi penghuni kolam di sini. Senangkan?
Strike pertama dari Zul Ezani
Antara aksi yang sempat dirakamkan.
Antara aksi yang sempat dirakamkan.
Antara aksi yang sempat dirakamkan.
Antara aksi yang sempat dirakamkan. Pengawal keselamatan sekolah membantu menaikkan ikan sementara pengawal yang kedua setia menanti dipondok pengawal. Pengawal ini beredar setelah menolong kami mendaratkan ikan ini.
Patin seberat 12.6 Kg dinaikkan dengan set up WT 5 dengan reel berkuatan clicker sahaja. Memang inzal habis.
Rakaman pertarungan Zul Ezani dan Patin di kolam ini. Selamat Menonton.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat pelawat yang sudi mengunjungi blog ini. Blog Fishing X.P.D.C merupakan penulisan berupa perkongsian pengalaman dalam dunia pancingan. Pengalaman memancing dikongsi bersama dari segi teknik dan lapangan memancing berdasarkan pengalaman yang diperolehi. Semoga perkongsiaan ilmu yang tidak seberapa ini dapat meningkatkan lagi kemahiran kita di lapangan memancing. Yang pastinya perkongsiaan ini terdapat kekurangannya. Lain Padang Lain Belalangnya. Begitu jugalah dengan pengalaman kita. Lain orang lain cara dan pandangannya. Wallahullam.
Berikut antara catatan yang terdapat di dalam Blog Fishing XPDC. Beberapa tajuk masih dalam proses selenggara berikutan terdapat kesilapan teknikal pada pautan yang menghubungkan gambar dan catatan dalam Blog Fishing XPDC. Sebilangan besar dari catatan telah berjaya diselenggara.
Babagon tidak asing lagi bagi
sebilangan besar kaki pancing seluruh negara.Cerita berkaitan sistem tagal di sini mula diceritakan secara komersil
beberapa tahun yang lalu lagi.Disebabkan cerita-cerita inilah yang membuat kami terpanggil untuk
mencuba spesis Kelah @ Pelian yang mendiami sungai di Kampung Babagon.
Racun terakhir yang menyebabkan
kami mahu ke sini adalah dari Nick Oii.Gambar-gambar dari album yang ditunjukkan menguatkan lagi keinginan kami
untuk datang mencuba nasib disamping kawan-kawan di sabah yang sentiasa menabur
“racun” di alam maya (Facebook) sehingga trip ini di awalkan setahun.Segala info awal berkaitan banyak kami
dapatkan dari Nick Oii, Riki Raman, Jay Lubasi, dan Khairul. Terima kasih
semua.
Bercakap tentang persediaan awal,
kami sendiri sebenarnya tidak merancang untuk datang pada tahun ini. Semuanya
bermula secara bersahaja antara aku dengan member seangkatan, Hassan.Ayat yang aku masih ingat “San, jom p Babagon
nak?”.Selamba Hassan menjawab… “aku ok
ja… Janji Sabtu dan Ahad, Isnin aku dah kerja”. Mula dari tu lah kami terus
booking tiket tanpa fikir panjang padahal masa tu kami tak ada kenalan rapat
kat sana.. di mana babagon pun kami tak tahu sebenarnya, sehinggalah kami kenal
seorang demi seorang bermula dengan Jay Lubasi di Tacklebox yang banyak
membantu kami berurusan dengan pihak Kampung Babagon.Seterusnya Khairul dan Figo yang bersedia
membantu membawa kami dari KK ke Babagon. Terima kasih banyak-banyak geng!!
Tanpa kawan-kawan semua ni mungkin kami belum sampai ke sini.
HARI PERTAMA
Pagi hari pertama macam biasa
bangun jam 6.30 pagi.Ingatkan masih
gelap rupanya dah cerah. Lupa yang sini bukan semenanjung. 6.30 kat sini bagi
aku dah cukup lewat, dah cerah benderang. Kami pun menyiapkan semua peralatan
sementara guide kami Mr Paulus memanggil ikan dengan cara yang cukup
tradisional.Seketul batu sebesar
genggaman tangan diambil dan diketuk dengan batu yang lebih besar di dalam
air.Tak semena-mena segerombolan pelian
datang dari segenap penjuru.Teruja
betul kami dengan cara yang ditunjukkan.Kalau kat semenanjung buat macam ni pakai kumpau la.. habis ikan lari.
Reel dipasang secepat yang mungkin sebab dah
tak sabar nak merasa tarikan sang pelian, Si Serigala Borneo yang nak ditakan
beratus-ratus ekor tu macam tipu pulak.. tapi sebenarnya bukan lagi
beratus-ratus… beribu.
"pellet flies" yang digunakan. Untuk beginner macam kami yang baru nak mencari lesen pelian.
Setelah penat
melayang pada pagi tu, kami berhenti seketika untuk berehat dan menyambung
semula sehingga ke sebelah petang.
Setelah dapat info awal berkaitan kekuatan ikan dan keadaan dasar sungai
yang tidak mempunya reba yang kompleks, kami membuat keputusan untuk
menggunakan set layang yang lebih kecil. Aku memilih wt3 manakala Hassan
memilih wt1 untuk diperjudikan. Set up bagi tali dan leader masih yang sama
seperti tadi. Memang gigil melayan pecutan pelian ni dengan wt yang kecil
sampai tidak sedar masa berjalan. Tup tup dah nak gelap.Rehatla sekejap sambil-sambil berborak dengan
guide kami Mr Paulus.Tiba-tiba hassan
bersuara.. “Mr paulus, saya mau mancing malam boleh tak?” Paulus menjawab
“boleh rasanya.. nanti saya tanyakan sama Pengerusi Tagal”. Malam itu kami
didatangi Paulus dan dia beritahu yang kami dibenarkan memancing pada waktu
malam untuk 2 jam.
Sebelah malam
setelah semuanya siap, Jaydan Paulus
mula melabuhkan pancingnya berumpankan sawit yang telah direndam sebelum Hassan
muncul dengan set casting.Aku hanya
menjadi pemerhati sahaja malam tu sambil berbual-bual. Badan letih naik Belon
belum habis sebenarnya.Hassan memilih
untuk casting jauh sedikit dari kami.Tak sampai 5 minit kami dengar bunyi sambaran yang cukup kuat di tengah
air. Rupanya hassan sudah strike.Tak
disangka pelian yang makan pellet ni ganas jugak rupanya.Gewang jenis pensel menjadi pada malam
tu.Saiz pelian hampir 2kg berjaya
didaratkan pada malam tu setelah mata kangkang dan patah. Senyum sampai ke
telinga la hassan sampai dia cakap tak nak fly dah esok.
Jay, antara sahabat baru kami pada masa itu yang banyak membantu kami di sana.. thanks bro..
Ni khairul.. member kenal dalam facebook. Antara sahabat yang banyak meluangkan masa dengan kami di sana. Kalau beliau tak ada.. susah jugak kami nak sampai ke sana.. terima kasih banyak-banyak sahabat.
Lampam Babagon
Ikan yang tidak culas walaupun orang ramai mandi-manda
HARI KEDUA
Hari kedua kami
dibawa ke lubuk pelian yg lebih liar. Set up wt3 dan wt1 digunakan pada hari ni.
Kami ditemani Jay, Khairul dan Steven di awal pagi. Kata Jay sini Peliannya
lebih Wild dan kuat. Memang benar mungkin sebab berkongsi lubuk dengan
ikan-ikan lain seperli kap dan lampam menjadikan ia lebih kuat kerana perlu
bersaing untuk hidup di satu kawasan.lelayang yang digunakan adalah pellet dan nymphs. Menggunakan nymphs
lebih mencabar kerana kami perlu tunggu dan menggayakan seperti serangga yang
sedang hanyut dan sambaran pelian pada nymphs memang boleh diberi skor A.
memang terbaik saiz dan tenaga pecutan. Tempat ni double strike boleh dikatakan
perkara biasa disebabkan banyaknya ikan yang mendiami lubuk ini.Sampai ada di antara kami yang lepak jer..
ada jugak yang mandi sungai sebab dah puas sangat rasanya kot.
Macam biasa bila
tengahari, perut berkeroncong, kami balik ke bilik yang disediakan di sini,
bakar Pelian yang diberi oleh Pengerusi tagal. 2 ekor bersaiz 1.2-1.5 kg yang
dipancing semalam, makan bertiga sampai terasa macam gigit getah.. PUAS MAKAN!!
Beruntung kami dapat rasa Pelian Borneo yang mana sebenarnya di sini pancingan
adalah berkonsep Catch & Release.Ikan yang hendak dibawa balik harus dibayar dengan kirangan per kilogram
(RM70-80 / Kg).Kelengkapan kemudahan
dapur yang disediakan pula cukup sempurna dengan peralatan-peralatan asas.Pendek kata nak duduk sebulan pun masih
selesa. Tapi awas, sini banyak anjing.. kenala faham budaya orang sini.. aku
hilang sebelah kasut.. huhu.. hari kedua casting tanpa kasut. Moral off the
story kalau datang sini kasut bawak masuk bilik yer.
Di Kampung
Babagon ni sebenarnya kawasan tumpuan orang ramai.Ramai yang datang ke sini untuk merehatkan
diri sambil mandi manda.Yang peliknya
pelian-pelian di sini sikit pun tidak terjejas.Masih mahu menyambut setiap lelayang yang digunakan.Melayang di kawasan orang ramai sedang mandi
pun ada sambutan. Beruntung semua yang duduk sekitar kawasan ni.. Rasa macam
tak mau balik semenanjung je time tu.Time ni sempat terfikir, kan bagus kalau Sistem Tagal seperti ni ada di
semenanjung.Boleh mancing sampai
muntah.
Akhir kata dari
saya, TIPU kalau datang ke sini tak mendapat strike.
TFO BVK WT3 + Floating Line
TFO BVK WT1 + FLOATING LINE
Cerita lanjut ada dalam Majalah Umpan keluaran Jan-Feb 2013
Terima kasih atas sokongan anda: Wanx Ismail@ Fishing XPDC®