Adsense

Memaparkan catatan dengan label Abu Island. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abu Island. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Jun 2013

Hampala Pahang

20 Jun 2011

Komplot Mengilat Sebarau.

Lokasi : Salah satu dari yang dinyatakan pada "signboard" :-)

Yeop Paku dan Yeop Gigi



 Jalan masuk yg mengambil masa antara 15-20 minit.

 Rezeki ahli baru.

 Tok Batin Hadi memang hanyir.


 Aku dapat seekor je masa ni

 Akibat tersangkut lure di ranting belakang


Tok Batin lagi. Kali ni juga dengan Spoon GT Bio (10 gram)


 Terjumpa peninggalan si lahanat pengebom ikan ketika dalam 
perjalanan naik ke pot-pot lain disebelah atas.





 Lubuk yang berpotensi

 Menyiang ikan untuk santapan tengahari kami semua

 Nasib baik la Tok Batin ni rajin..

 :-p

 Hasil pachai ketika kami semua tengah sibuk menyiang ikan. Kelah ke Kejor? 
Aku tak berapa pasti.

 GT Bio 10 gram lagi (Crome Plated)






Ikan Fresh... memang menjilat jari :-)

Sekian, terima kasih

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Ahad, 2 Jun 2013

Royal Belum 2010 - Trip Sulung

Royal Belum 2010

Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke sini bagi tujuan memancing.  Semua bermula ketika aktif berforum dan satu trip telah dirancang ke sini bersama-sama dengan rakan-rakan alam maya.  
PERJALANAN KE ROYAL BELUM

Perjalanan dari Shah Alam tiada banyak halangan.  Fizikal dan mental mula teruji apabila kami keluar dari Tol Plaza Kuala Kangsar yang mana kereta Pachai mengalami masalah.  Belting kipas telah putus dan menyebabkan perjalanan terpaksa dihentikan sekejap.



Mencari apa-apa yang boleh digunakan untuk menunda. Dalam kepala Pachai time ni nak kerat "seat belt" tapi tak jadi setelah mendapat tali towing.

Kami bernasib baik kerana salah sebuah dari kereta yang kami gunakan untuk trip ini adalah pacuan 4 roda.  Pajero inilah yang menunda kereta Pachai sehingga ke Gerik (2 jam lebih) dan disimpan di rumah salah seorang kawan (Hang Nawa) dan beliau menguruskan penghantaran ke bengkel pada sebelah siangnya.


Di Pekan Gerik



Semua makan setelah berpenat lelah selesai masalah kereta rosak sebelum berangkat ke Jeti Awam Royal Belum. Pachai masih mampu tersenyum beb... walaupun kereta baru rosak. Memang profesional angler :-)

Di Jeti Awam Tasik Banding





Bertolak masuk ke Royal Belum







Aktiviti memancing


Cikgu Anamis (Mohd Misbah) antara yang banyak memberi tunjuk ajar di sana. Masa ni aku tak reti casting lagi. Ayat yang aku masih ingat "kena laju lagi.. laju lagi".. "Sebarau kalau dia follow je tak mau sambar sebab gewang tu xcukup laju"


Sebarau pertama hasil casting. Gewang tu pun gewang pertama dalam hidup yang aku beli ikut dalam majalah. Bawa pun satu ni jela gewang dan beberapa ketul spoon bakau.

  Sebarau ke dua aku di lokasi yang sama. Aku dapat 2 ekor. Cikgu Anamis dapat 6 ke 7 ekor.. tak ingat dah. Jadila untuk pertama kali casting.

Gambar ni bila aku tengok balik memang tergelak sorang-sorang. Gewang hampir sama panjang dengan swiwel (time ni aku panggil pin) Inilah gewang pertama dalam hidup aku selepas popper besar yang aku pernah guna untuk casting toman. X-Rap Hot Steel, sampai sekarang gewang ni masih aku simpan dan wajib ada dalam box setiap kali aku pergi casting.

Bruce dan hasil tangkapan menggunakan Abu Island Spoon

Papa Rock dan Toman

Pak Tam dan Sebarau

Antara hasil aku dan Cikgu Anamis yang hendak di goreng untuk makan malam

Malam Malam

Bergambar kenangan bersama-sama kawan-kawan dari Forum Jelajah Pancing (sudah tiada lagi sekarang)

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©