Adsense

Memaparkan catatan dengan label Sage. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sage. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2013

Kolam Pancing Seksyen 24 Shah Alam


KOLAM PANCING SEKSYEN 24 SHAH ALAM

October 2012  
Komplot memancing di Kolam Pancing Seksyen 24 Shah Alam dibuat setelah kami dibenarkan menggunakan teknik pancingan layang di sini untuk satu tempoh masa yang telah dibenarkan. Kredit buat Encik Ariff Bin Johari (Pengusaha Kolam Pancing Seksyen 24) yang memberi kebenaran untuk kami mencuba nasib di sini.  Pendek kata memang mudah lelayang kami disambar ikan di sini.

Berikut antara hasil yang berjaya kami daratkan dalam tempoh masa kurang dari 2 jam







Aku hanya sempat rasa pecutan tongsan. Lucut di tepi


Hasan menahan asakan Pacu Sport Rim Kolam Seksyen 24
Lelayang yang digunakan : Bread Fly .


 Spesis: Tongsan
Lelayang : Bread Fly

Syurun the legend



Aku hanya dapat merasa larian "berat" tongsan. Sampai tepi lucut...

Untuk tempoh kurang dari 2 jam. 3 ekor pacu berskala 6 kilogram ke atas dan 4 ekor tongsan berjaya dinaikkan.  Bagi kami ini sudah lebih dari cukup dan menghiburkan.  Jutaan kredit buat Encik Ariff kerana membenarkan kami untuk mencuba teknik pancingan layang di sini. 

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Sabtu, 1 Jun 2013

Peacock Bass Air Kuning, Perak

Air Kuning yang terletak di Perak sudah tidak asing lagi dengan kaki pancing di Malaysia.  Ramai kaki pancing sanggup datang dari jauh untuk merasa tarikan spesis predator pendatang yang mudah diperolehi di sini.  Kebanyakan ikan peacock bass di Air Kuning ini berskala besar dan mudah diperolehi kerana populasinya di sini terlalu tinggi dipercayai sumber makanan yang banyak telah membuatkan spesis ini membiak dengan cepat.

Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk mencuba sentapan spesis ini di AK.  Memang tidtak dinafikan spesis peacock bass di Air Kuning jauh lebih kuat melawan berbanding di tempat lain yang pernah saya kunjungi. 

26 November 2012 
Satu trip bersama Razlan dibuat dan hasil peacock bass antara 32-45cm banyak ditewaskan.
TEKNIK: Fly Fishing
Flies : Clouser & Split Tail

30 April 2013
Trip bersama Syurun, hasan, & Syawal.  4 ekor Peacock Bass berskala 50-54 cm berjaya ditewaskan






Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©