Bulan Ku Terbang @ Kuala Trong
INFO KUALA TRONG
Kuala Trong terletak di Perak Utara yang mana ia mengambil masa sekitar 20-30 minit dari susur keluar lebuhraya utara selatan (exit changkat jering). Kuala Trong sememangnya telah dikenali di seluruh Malaysia sebagai satu lapangan memancing terutamanya bagi kaki casting yang meminati tarikan atau asakan Siakap Merah atau lebih dikenali sebagai MJ. Selain dari MJ, siakap putih juga mendiami kawasan ini dan tidak kurang juga dengan spesis alu-alu dan dan beberapa lagi spesis ikan yang lain termasuklah buaya air masin.
Ikan bulan atau lebih dikenali sebagai tarpon juga mudah dijumpai di sekitar sungai ini dan banyak mendominasi di beberapa batang pecahan sungai di kuala trong. Sekiranya kena dengan masa, tak memang tangan melayan aksi akrobatiknya. Berikut antara foto-foto yang berjaya dirakam sepanjang trip menjejak tarpon di sini.
Keluar seawal jam 7 pagi untuk mengejar masa
"frenzy" tarpon pada awal pagi
Ketika ini, bot terpaksa memasuki alur-alur kecil dengan
berhati-hati kerana alur ini terlalu rendah pada waktu ini
Inilah tekong saya, boden namanya
Lokasi pertama
Lokasi ke 2
Mendidih air!!!
Patern fly yang digunakan
Clouser Putih (buck tail)
dan
"Shrimph Flies"
ANTARA AKSI BERTARUNG
Aksi rod layang wt3.
Kredit untuk boden untuk gambar foto ini
ANTARA AKSI AKROBATIK TARPON MALAYSIA
ANTARA HASIL-HASIL YANG BERJAYA DIDARATKAN
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©