TASIK KENERING, PERAK
Tasik Kenering, Perak terletak bersebelahan dengan Air Ganda di Hilir Perak. Tasik Kenering merupakan salah satu dari empat empat empangan yang terdapat di Daerah Grik. Empangan yang Berada paling atas (hulu) adalah Empangan Temenggur diikuti dengan Empangan Bersia, dan Air Ganda dan seterusnya Tasik Kenering. Tasik Kenering suatu ketika dahulu boleh diakses dari Kampung Kuala Kenering. Kini, para pemancing yang berkeinginan memancing di tasik ini perlu bergerak dari Jeti Air Ganda yang memakan masa antara 40 ke 45 minit dengan menggunakan bot berkuasa kuda 15. Jarak ke Tasik Kenering tidak jauh sebenarnya. Perjalana memakan masa yang lama berikutan struktur pokok-pokok mati didasar sungai dan tasik di Air Ganda yang hampir dengan permukaan air menyebabkan perjalanan menjadi perlahan. Para tekong perlu lebih berhati-hati agar tiada kemalangan berlaku sepanjang perjalanan ke sana.
Selain menggunakan Jeti Air Ganda, pemancing masih boleh mengakses tasik ini melalui "lorong tikus" di Kenering. Penduduk kampung boleh mengakses ke tasik ini menerusi pintu hadapan empangan. Borang perlu diisi terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk untuk membuat aktiviti nelayan seperti menangkap ikan, memungut hasil getah, hasil hutan, dan lain-lain aktiviti ekonomi penduduk kampung. Walaubagaimanapun, pemancing dari luar tidak dibenarkan masuk untuk melakukan aktiviti memancing walaupun dengan menggunakan khidmat tekong-tekong bot dari Kampung Kenering. Disini saya lihat sedikit sebanyak telah menutup periuk nasi penduduk tempatan. Wahai pihak berkaitan, bukalah mata, sediakan SOP untuk aktiviti memancing agar tiada pencerobohan berlaku secara berterusan.
Selain menggunakan Jeti Air Ganda, pemancing masih boleh mengakses tasik ini melalui "lorong tikus" di Kenering. Penduduk kampung boleh mengakses ke tasik ini menerusi pintu hadapan empangan. Borang perlu diisi terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk untuk membuat aktiviti nelayan seperti menangkap ikan, memungut hasil getah, hasil hutan, dan lain-lain aktiviti ekonomi penduduk kampung. Walaubagaimanapun, pemancing dari luar tidak dibenarkan masuk untuk melakukan aktiviti memancing walaupun dengan menggunakan khidmat tekong-tekong bot dari Kampung Kenering. Disini saya lihat sedikit sebanyak telah menutup periuk nasi penduduk tempatan. Wahai pihak berkaitan, bukalah mata, sediakan SOP untuk aktiviti memancing agar tiada pencerobohan berlaku secara berterusan.
31 Oktober 201531 Oktober 2015, tarikh yang penuh dengan dugaan. Tarikh ini dipilih sebulan awal bagi trip ini. Banyak sangat dugaan dari permulaan atur trip sehinggalah pada hari kejadian. Dari masalah cuti kawan-kawan sehinggalah kepada masalah tempahan bot. Berkat dari kesabaran akhirnya trip yang asalnya ke Air Ganda berubah ke Kenering dan Air Ganda
Pada awalnya, kami merancang untuk memancing sekitar Air Ganda sahaja iaitu 4 bot yang melibatkan 8 orang iaitu Aku (wanx), Jalax, Nedd, Ujang, Yeop, Cepp, Husbro, dan Jepp. Disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, lokasi memancing diubah kepada 2 lokasi iaitu 2 bot ke Air Ganda dan 2 bot lagi di Tasik Kenering.
Yeop, Cepp, Husbro, dan Jepp antara yang sampai awal, Aku, Nedd, Jalax, dan Ujang terpaksa singgah di Rancangan Merah Kenering untuk menemui Tekong Kenering (Mat Noor) untuk membuat tempahan bot berikutan satu dari 4 bot yang ditempah tidak dapat disediakan. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan 2 bot di Kenering dan membatalkan 1 bot di Air Ganda. Setelah berjaya berjumpa dengan tekong dan Mat Noor menyatakan kesanggupan untuk membawa kami membuatkan kami sedikit lega dan niat untuk berpatah balik dibatalkan.
2 Bilik telah ditempah awal sebulan,tetapi rupanya tidak dapat menampung kami berlapan. 1 bilik tambahan diambil,nasib kami baik masih terdapat 1 bilik kosong. Bilik terakhir pada hari itu. Harga bilik di Gerik Hotel boleh dikatakan masih ekonomi. Harga bilik antara RM50 hingga RM70 semalaman dan keadaan bilik disini cukup selasa untuk berehat.
Setelah selesai membuat persiapan kelengkapan esok, kami semua keluar berjimba dulu sambil makan-makan,ngumpat-ngumpat, dan lain-lain aktiviti berkaitan. Aku maki hang, hang maki aku, pastu gelak ramai-ramai sampai letih sebelum kembali ke hotel untuk berehat. Time ni sebenarnya sebahagian dari kami kenal antara satu sama lain. Sebelum ni hanya kenal dalam alam maya facebook dan whatapps sahaja. Macam aku.. aku hanya kenal nedd, dan jalax sahaja dan yang lain-lain tak pernah lagi bersua muka. Nasib baik tak kena tumbuk sebab sebelum ni main cakap lepas je dalam alam maya.. hehe.. Korang semua memang terbaik...
Hadiah Untuk Pemenang Trip
Trip kali ini mempunya sedikit kelainan. Setiap ahli trip dikehendaki menyumbangkan hadiah berupa gewang untuk dijadikan hadiah kepada pemenang. Peserta yang mendapat tangkapan terpanjang akan dinobatkan sebagai pemenang. Antara gewang yang disumbangkan sebagai hadiah adalah Rapala Ristro Rap 8cm, Rapala Fat Rap Deep Runner (7cm), Rapala Flat Rap (10cm) Rapala Fat Rap Deep Runner (5cm), Predatek Boomerang, & Rapala Cranking' Rap.
Report Bot Air Ganda
Sesudah Subuh, kami bergerak dalam 2 kumpulan. Kumpulan ke Air Ganda iaitu Yeop, Jepp, Cepp, dan Husbro bertolak dahulu ke Jeti Air Ganda. Gambar disebelah sebahagian dari senjata perang mereka. Mereka menjadi team yang awal keluar meninggalkan hotel. Bot 1 diketuai oleh Encik Yeop dan ditemani oleh Encik Husbro manakala Bot 2 diketuai oleh Encik Cepp dan ditemani oleh Encik Jepp. Katanya Yeop, semua tak lena tidur sebab masing-masing nak menang hadiah bagi trip ini. Samala dengan bot yang akan ke Kenering. Masing-masing mengharapkan kemenanangan dan membolot semua gewang-gewang itu... haha..
Bergambar sebelum turun ke tasik. Husbro, Cepp, Jepp, dan Ujang. Bergambar dengan penuh harapan kata yeop.
Hasil bot 1 yang berjaya dirakam. "biar Gopro berbicara" kata Yeop. Sedang tunggu hasil dari rakaman Gopro...
Gambar di sekitar Air Ganda. Paras air yang telah surut jelas menunjukkan struktur-struktur dasar yang kejam. Kekejaman struktur dasar yang banyak merugikan gewang-gewang. Semangat "kamikaze" yang tinggi amat-amat diperlukan ketika ini. Sayang gewang kalu bye-bye la..
Hasil bot kedua dari Cepp dan Jepp. Antara yang berjaya dinaikkan selepas beberapa kali dibuli.
Report Bot Tasik Kenering
Ahli trip ke Tasik Kenering bertolak lewat sedikit dari ahli Air Ganda. Kami bergerak terus ke Tasik Kenering setelah bersarapan dan membeli makanan tengahari dan jajan-jajan untuk bekalan. Kereta dipandu oleh pemandu cemerlang dari Port Dickson iaitu Encik Syafik (Nedd).
Berselfie dihadapan rumah tekong. Ujang, Nedd, Wanx, dan Jalax. Sedang bersiap-siap untuk masuk ke tasik dan menunggu tekong bot kedua menapau nasi.
Kami terpaksa menaiki bukit bersebelahan empangan untuk turun ke kawasan pakir bot berikutan orang luar tidak dibenarkan melalui pintu utama untuk masuk ke pengkalan. Aku dan jalax mengambil peluang untuk mengambil gambar pemandangan dari atas empangan ini sebelum turun ke Jeti Tasik Kenering.
Gambar yang menunjukkan jalan hutan yang terpaksa kami tempuh untuk turun ke kawasan Jeti Tasik Kenering yang berada dalam kawasan Empangan Hidro Kenering. Jalan yang cukup mencabar ketahan mental dan fizikal kami semua. Segala peralatan memancing dibawa oleh Tekong dengan menggunakan kereta beliau. Seperti yang dimaklumkan pada awal artikel ini, hanya penduduk kawasan ini sahaja yang boleh memasuki kawasan empangan. Kami bernasib baik kerana tidak perlu membawa peralatan menuruni "lorong tikus" ini. Jalax masih mampu memberi isyarat "good" yang dizahirkan dari ibu jarinya menandakan telah bersedia sepenuhnya untuk trip kali ini. kipidap bro!!!
Kawasan pakir bot di Tasik Kenering bersebelahan dengan pintu pam Empangan Kenering. Di sini, majoriti bot adalah bot nelayan kawasan kampung ini dan juga bot yang membawa pemancing disamping bot-bot yang membawa hasil kebun getah dan hutan.
Hasil Bot 1 Tasik Kenering
Nedd & Ujang berpesta toman dan sebarau.
Masing-masing menikmati nikmat dibuli penghuni dasar.
Nedd dan hasil bottom suka-suka ketika berhenti rehat disebelah tengahari
Hasil Bot 2 Tasik Kenering
Wanx & Jalax hanya berjaya menaikkan 3 ekor toman setelah masing-masing merasa nikmat lost control. Aku dibuli 2 kali dan putus mainline satu kali. Jalax 3 kali dibuli yang mana masing-masing menggunakan rod berkekuatan 12-25lb. Memang Steroid toman-toman disini.
Ribuan Terima kasih kepada semua ahli trip kerana telah menjayakan trip ini setelah mengharungi berbagai-bagai dugaan daripada awal perancangan sehinggalah pada hari kejadian. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada penyumbang-penyumbang gambar bagi penulisan artikel ini. Ada rezeki kita berjumpa lagi. Terima kasih juga buata Ibu kepada Ujang kerana bertungkus-lumus menyediakan makan malam selepas kami semua memancing. Ikan goreng, tengas masak lemak, ayam masak pedas, pucuk paku masak lemak, dan tengas masak lemak Makcik memang awesome... Thank u makcik.. we love u..
KEPUTUSAN PEMENANG TRIP INI: Jalax dengan tangkapan Toman sepanjang 60cm. Tahniah bro!!!! Kipidap... dongibab
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©