Adsense

Khamis, 20 Jun 2013

Rompin Sailfish - Ikan Layaran Rompin

ROMPIN SAILFISH

Rompin sudah tidak asing lagi dengan kaki pancing seluruh Malaysia.  Ikan Layaran yang banyak mendominasi pengairan laut Rompin pada bulan-bulan tertentu telah menggamit kami untuk datang mencuba nasib. 

Tahun 2011 kami sudah mula mencuba untuk memikat Si Pelesit Laut ini tetapi gagal. Tiada seekor pun layaran berjaya dikail dan 2012 alhamdulillah. Kami berjaya menaikkan beberapa ekor layaran dari puluhan strike.  Insyaallah next trip banyak layaran mungkin dapat dinaikkan.

Dari pemerhatian kami, ikan ini mudah mengambil umpan dan tidak mudah untuk "hook up" berikutan mulutnya yang keras. Kami berpendapatan sekiranya 5 ke 10 minit pertama kita berjaya mengawal pecutannya, insyaallah peratusan ikan ini berjaya didaratkan sangat tinggi.

Sumber gambar foto: members.virtualtourist.com
Tapi sebelum kita melihat gambar-gambar dari hasil trip ini, cuba kita berfikir sejenak  kenapa tugu di atas wujud di Rompin. Bukan nak cari salah sesiapa tetapi kami sendiri pelik kenapa tugu yang mencerminkan identiti Rompin adalah arca Marlin dan bukan Layaran. Mungkin yang terlibat ada alasan tersendiri. Adakah dahulu laut Rompin penuh dengan Marlin? Harap ada yang bertindak kerana ini Rompin bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi dimata dunia. Mungkin pemancing dari luar Malaysia dah perasan akan arca ini.

Gambar foto yang sempat kami rakamkan

Bangcik prepare pe yang patut sebelum bot jalan. 
Katanya satgi bot dah jalan kalu mabuk.


Tak perlu reel yang mahal-mahal untuk menduga larian si layaran

Tekong : Abg Mat Kama


Syurun melayan larian 110km/s





Hasan bangun tidur saja terus strike berkali-kali. 
Ada pakai tangkal ni :-)


 "Syurun tolong pegang aku wei.. nak jatuh ni... tolong.. tolong..." 
kata bangcik kepada syurun

ha... baru ok...

Larian awal ikan layaran memang menakjubkan.  
Boleh tengok jer spool memusing.


Drag mesti kunci sesedap rasa. 
Silap kunci boleh terbang masuk laut.

Ha... dekat dah.. dekat dah...


Akhirnya... naik juga.. walaupun berdarah.. 
ikan ni berjaya di CPR sebelum dilepaskan.

Gambar sabotaj kata hasan sebab tak nampak penuh.

Bangcik.. puas katanya.


 Bergambar kenangan setelah puas menarik "balak hanyut"

Dari kiri : Bangcik, Wanx, dan Tekong.

SELAMAT TINGGAL ROMPIN
ADA REZEKI JUMPA LAGI
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih... 

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©