Adsense

Sabtu, 1 Jun 2013

Peacock Bass Tasik Puchong Prima (Landbase vs Boating)

Assalamualaikum ...

Salam Sejahtera 
semua ...


Mungkin semua dah tengok kot dalam FB gambaq2 ni...1st time fly kat sini masa mula2 belajaq fly.. buleh la sekoq PB saiz 2 jari.. hehe... lepas pada tu dekat 6 - 7 bulan tinggal fly sebab xde geng... mula dapat geng bila active dalam FB group.. sampai la jmpak MFR n seterusnya jd RROC ni... kat dalam ni lah "curi2" sikit ilmu terbang terbang ni...

SEDIKIT INFO BERKAITAN PB UNTUK DIKONGSI BERSAMA.

HABITAT ASAL
Amerika Selatan, Guana, Venezuela, Peru, Brazil, Colombia dan sekitarnya.

PENGENALAN
Ikan ini terkenal dengan sifatnya yang sangat agresif dan mempunyai daya lawan yang tinggi.
Ia tersenarai sebagai salah satu spesis 'gamefish' yang menjadi buruan para pemancing.
Di malaysia, ia boleh ditemui di tasik, lombong tinggal, kolam tadahan banjir dan kawasan berair bersih lain. Ia mula ditemui di sekitar perak, lembah kelang dan kini telah merebak ke tempat2 lain sekitar semenanjung. Ianya dibawa masuk ke negara kita oleh segelintir pemancing dengan tujuan untuk merancakkan lagi arena sukan pancing di Malaysia yg secara tak langsung sebenarnya merugikan negara dari segi kerugian akibat kemusnahan spesis hidupan akuatik tempatan.

SIFAT
Bersifat pemangsa dan 'teritory' terutamanya dengan spesisnya sendiri. Ketika kecil, ia sangat sensitif dengan kualiti air dan pemakanan. Apabila telah mencapai panjang lebih 10 inci, ia mula menjadi ikan yang sangat agresif. Kitaran hidupnya adalah sekitar 10 hingga 15 tahun dan boleh mencapai panjang hingga 50 inci dan ke atas.
Ia menjadi lebih agresif apabila waktu mencari makan dan ketika mengawal anak.

PEMAKANAN
Diet utamanya adalah anak ikan, anak udang, cacing tanah dan lain-lain benda hidup.

CIRI-CIRI
Mempunyai bentuk badan yang unik yang mana ia mempunya bentuk kepala yang berbonjol (Jantan) dan warna badan yang berwarna warni. Dibahagian badan, ia berwarna kuning kehijauan dan mempunyai tompokan hitam di bahagian badan dan ekor. Berwarna kemerahan pada bahagian sirip bawah badan dan kehitaman pada bahagian ekor dan sirip bahagian atas badan.
Disamping itu, ia juga mudah dikenali kerana mempunyai mulut yang besar menghadap ke permukaan air serta sisik dibahagian badan yang halus.
Bagi ikan jantan dewasa, ia akan mula ditumbuhi boggol di bahagian atas kepala apabila matang manakala bagi betina pula tidak.

PEMBIAKAN
Dalam keadaan liar, ia boleh bertelur sebanyak 10,000 biji telur dalang sarangnya yang berbentuk seperti kawah bulat yang digali dalam kawasan tebing tasik yang berlumpur ketika musim hujan. Setelah menetas, anak ikan ini akan dijaga oleh induk sehinggalah ia berusia 4 minggu.

Sumber:padanghuma.blogspot

Nota: Ikan ini membiak dengan cepat dan secara tak langsung merosakkan dan mengganggu ekosistem hidupan akuatik asal negara kita. kini, hampir kesemua tasik dan lombong tinggal kini didominasi oleh spesis ini.

Jangan tangkap dan lepas, tapi tangkap dan makan... tepuk dada tanya selera.. macam aku kalau kat lombong yang xde jalan keluar yang berpotensi ke parit or sungai besar aku mungkin masih CNR.. kalau yg dalam tali air belum penah di CnR... walaupun spesis ni spesis predator tapi dalam masa yg sama dia ni jugaklah penghindar kumpau.. serba salah jugak jadinya kan... Tepuk dada tanya selera... Wallahullam..

OK... SEKARANG KITA CERITA PULA KOMPLOT LANDBASE HARI TU....

AHLI KOMPLOT:
AKU
FISHER FANGO
SAWAK
JAY

 Fisher Fango punya PB

Sawak Punya PB.. dia sorang je dapat 2 ekor.
Aku punya PB.

Flies yang digunakan
CLOUSER (Material : Craftfur Putih)

Fly Line
Sinking (WF)

Rod
Wt 5


SETERUSNYA CERITA KOMPLOT BOATING....

AHLI KOMPLOT:


AKU
SAWAK
ADIK SAWAK

NI PUN SEMUA CERITA BULAN LEPAS... SAJA RASA NAK TRY...  DAN HASILNYA SEMUA PB WALAUPUN TARGET NAK MENCARI PASAL DENGAN TOMAN TAPI TOMAN TAK SUDI.


SEBELUM MASUK TASIK... 
 AKU BERGAMBO BERSAMA ADIK SAWAK YANG BAKAL DIRACUN PEMIKIRAN
UNTUK BERKECIMPUNG DALAM DUNIA TERBANG2 SEPERTI ABGNYA SAWAK.. HEHE
SEMENTARA TUNGGU BOTMAN SET UP BOT... SAWAK BERASAP DULU...
MEROKOK BAHAYAKAN KESIHATAN... JANGAN TIRU AKSI INI.. HEHE
 KASIH ABG KEPADA ADIKNYA... NGAM BETUI 2 BERADIK NI... ':D' 

LELAYANG YANG DIGUNAKAN
 MATERIAL
White Hackel
Silly leg
dumbell
Flash 
 
HASIL ATAS BOT 
















Seterusnya XPDC Solo 





 SEDIKIT VIDEO UNTUK TATAPAN SEMUA
WT 5
Sinking Line

WT 5
Sinking Line
 
Untuk Tempahan Bot.. hubungi 0133556621 (Jeep) WhatsApp,BBM 2816688F

Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @
Fishing XPDC©