Adsense

Memaparkan catatan dengan label Rapala Glass Ghost. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rapala Glass Ghost. Papar semua catatan

Isnin, 22 Januari 2018

Giant Trevally Fishing 2017 - GT Popping Expedition - Revisited

Giant Trevally Fishing 2017 - GT Popping Expedition (Revisited)
- 27 & 28 May 2017
Video Penuh Trip (41:46 m)

Assalamualaikum, salam sejahtera semua.


Rentetan trip terdahulu maka terjadilah trip lawatan semula ini. Seperti kebiasaan, trip ulangan akan dibuat apabila timbul rasa tidak puas hati dari trip sebelumnya. Untuk trip kali ini, 2 bulan yang jarak masa yang ada telah digunakan sebaiknya dari segi mencari pengetahuan tambahan berkaitan cara permainan ikan GT. Seperti biasa, pakar rujuk kami otai-otai popping tempatan menjadi rujukan selain dari Encik Google. Untuk trip ni, Abg Edi Angler Garage antara orang yang sering menjadi tempat rujukan selain dari Abg Bomba I Love You aka Mohd Shaiful antara dalang utama peracun ke "Lembah Hitam" ini.

Trip kali ini dibarisi oleh rakan-rakan lama dan juga rakan baharu. Antaranya Kem, Alan Sheridan, Cikgu Ashraf dan saya sendiri. Trip ni banyak dugaan pada awalnya, dari flight delay berjam-jam, tukar flight, dan delay lagi. Masa ni semua sumpah seranah tak mau naik MAS lagi semua keluar. Nasib nasi lemak kat atas flight sedap dan temperature marah tadi beransur-ansur hilang dan dilupakan macam tu je. 

Semua kelengkapan memancing 2 kali turun naik kargo menjadi kerisauan sebenarnya berikutan kadar risiko rosak menjadi lebih tinggi. Nasib, semua peralatan dan keperluan kami selamat tiba ke Bumi Sarawak tanpa sebarang kerosakan atau kehilangan.

Video Penuh Trip: https://youtu.be/obQ_0FzB35w
Sampai sahaja di Airport Miri, kami dijemput oleh Pakcik Ramlee, kami sampai 5 Jam lewat dari masa asal dan ini menjadikan malam kami pada hari tu menjadi sangat singkat dan keberangkalian untuk mabuk (bagi saya la) lebih tinggi berikutan tidak mendapat tidur yang cukup. 
Video Penuh Trip: https://youtu.be/obQ_0FzB35w
Setelah semua barang dipunggah masuk ke homestay, kami terus membuat persiapan dari segi perambut dan lain-lain yang berkaitan, berbeza dengan trip sebelum ini, masa banyak berikutan sampai awal. Persedian untuk memancing inilah part paling malas dan lagi satu part nak basuh semua peralatan apabila balik nanti. haha..

Video Penuh Trip: https://youtu.be/obQ_0FzB35w
Setelah selesai bersarapan, semua peralatan diangkut ke jeti.

Video Penuh Trip: https://youtu.be/obQ_0FzB35w
Jarak antara jeti dan homestay tak terlalu jauh, hanya sekitar 200 meter sahaja. Tiada masalah untuk kami membawa semua peralatan dengan mudah.

Video Penuh Trip: https://youtu.be/obQ_0FzB35w
Aktiviti memunggah peralatan mancing oleh 3 sahabat. Aku tolong ambik video je.. haha.. Suasana aman disekitar jeti, nelayan awal-awal lagi telah turun kelaut. 

Sport pertama kami semua pada pagi itu tidak jauh sekitar 25 minit sahaja dari Jeti. Trip ini pada mulanya rasa sedikit risau dengan keadaan air tak berapa berarus, tiada tanda-tanda Ikan GT aktif di dasar berikutan tiada langsung rising seperti trip pertama tempoh hari. Risau takut kumpau.. haha.. bukan apa sebelum trip racun yang aku tabur kira tahap Hiperbola dah.. kaw-kaw punya racun.. aku racun ketiga-tiga sahabat ni sebelum aku sampai ke rumah lagi masa trip pertama dulu. Orang pertama yang tahu aku ke sini 1st trip hari tu Kem. Sebelum sampai rumah lagi, 1 group whatapps trip repeat dah dibuat oleh Si Kem ni. Tengah tunggu Grab Car nak balik Shah Alam tup-tup di add masuk. Apa lagi... racun ditabur terus.. on the way balik sambil sembang-sembang dengan driver Grab tu terus lock tarik dan esoknya terus booking tarikh trip ni. Gila punya kerja jugak sebenarnya ni.. hahaha.

Ok balik kepada cerita trip ni. Trip kali ni berbeza, dulu 1st spot, 2 kali cast dah strike.. siap double strike lagi. Berbeza trip kali ni, strike pertama menjelang tengahari sekitar jam 1 lebih dan berturut-turut sehingga ke petang. Stress jugaklah nak menunggu 1st strike tu sebenarnya dan Akhirnya Alhamdulillah... ada hasil, ada rekod baharu, dan paling penting semua merasa lesen popping bagi trip ini. Lesen paling penting kalau tak sampai reput kena bahan nanti. haha.

Video Penuh Trip: https://youtu.be/obQ_0FzB35w
Trip kami sepanjang 2 hari ni antara trip popping yang paling seronok dan berbaloi kami kira. 10 ekor GT berjaya dinaikkan sepanjang 2 hari ini tidak termasuk yang lucut dan dibuli teruk. GT ini adalah satu-satunya GT hari kedua yang berjaya didaratkan dan menjadi rekod  baharu peribadi (26.4kg)

GT pertama pada hari Pertama

GT pembuka semangat Trip

 Alan Sheridan dan GT pertama beliau, sambaran pukul curi dr GT hampir dengan boat.

 Puas!!!!

Kem, penunggu setia Dek belakang, berjaya memujuk GT 
dengan Rapala Khurafat (X Rap 14)

 Kem, adik kepada Alan Sheridan, jangan tanya kenapa tak sama.

Akhirnya, cikgu kita, Cikgu Ashraf, 
salah seorang pendidik berkaliber di Ibu Kota.

 Antara angler paling rajin, macam makan steroid dia punya penangan. Orang lain dah berhenti 2 kali, cikgu masih menghayun PE8 nya.

Halco yang tak terkira di sepak GT akhirnya sangkut juga

Cikgu Mu Idola ku, Cikgu Ashraf

Puas!!!!

GT paling samseng untuk trip ni. Tak padan kecik, lari macam setan tak mau berhenti. 
Dah letih last sekali kejar dengan bot.. haha


GT Terakhir untuk hari pertama



GT pertama dan terakhir untuk hari kedua, Rekod terbesar trip kali ini. Paling puas dari mula strike sehingga didaratkan berjaya dirakam lensa GoPro milik Alan Sheridan. Thank u Alan!

Hari terakhir kami sebelum bergerak balik. Muka-muka keletihan dan kesan terbakar kulit. Makan laksa sarawak dulu. Tak ada tempat boleh lawan kesedapan dan keenakkannya. Dengan hasil laut yang fresh. Kami dijamu makan sampai tak larat nak makan. Berat anda pasti akan bertambah jika bertandang kesini.. Confirm. 

Dari kiri, Aku (Wanx Ismail),Idolaku Cikgu Asyraf, Kem, Wanz Mazlan, dan Alan Sheridan

Bergambar kenangan di Airport Miri sebelum meninggalkan bumi sarawak. Seperti biasa, masa ni aku dan Cikgu Ashraf dah dapat tarikh repeat pada bulan September 2017. Artikel penuh Trip Terakhir (September 2017) akan menyusul dalam masa terdekat.

Kredit buat:
Pakcik Ramlee
Wanz Mazlan
Safri Marat
Shahdan Kefli

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©







Rabu, 3 Januari 2018

Giant Trevally Fishing 2017 - GT Popping Expedition

Giant Trevally Fishing 2017 - GT Popping Expedition (1st Trip)
- 11 & 12 Mac 2017
Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Tahun 2017 merupakan tahun paling sibuk dan tidak berkesempatan membuat "update" berkaitan trip-trip mancing sepanjang tahun 2017. 11 bulan tanpa mengarang sebarang artikel trip memancing. Ok kita mula dengan Trip Sulung 2017, trip popping di Miri Sarawak pada March 2017. Trip pertama bagi kami semua bagi teknik popping. Berbekalkan ilmu-ilmu dari otai-otai popping seperti Edi Angler Garage  dan beberapa lagi nama Besar seperti Abg Wan Izhan (Untuk trip ni, Abg Bomba (Shaiful) banyak rujuk otai-otai Angler garage)  dan artikel-artikel serta video-video trip legend-legend  seluruh dunia

Trip kami berjalan lancar dan semua dipermudahkan. Tiada apa-apa masalah timbul dalam perjalanan ke sana. Semua selamat mendarat di Bumi Sarawak beserta peralatan tanpa sebarang masalah. Trip ini melibat saya (Wanx), Sawak (Sani), dan Abang Bomba (Shaiful) yang merupakan perosak utama kami.. haha.. tanpa beliau tak berani lagi kami untuk mulakan teknik popping. Beliaulah segala-galanya punca masalah.. haha... tidak dilupa juga buat sahabat kami yang menunggu di sarawak, Safri Marat. Dari bintulu datang ke Miri untuk mancing bersama. Tanpa beliau, tak sampai kami ke sini. Jutaan kredit buat Safri. 

Kami bergerak ke Kuala Sibuti menaiki 4x4 yang dipandu Pakcik Ramlee iaitu Ayahanda kepada En Mazlan. Gambar disebelah antara pemandangan kami yang paling ngeri.. Signboard BUAYA.. haha.. Bawah tu ada sungai memang air dia stim gila. Mesti banyak siakap. Kalau berani boleh cuba casting..




Sampai sahaja ke sana, benda pertama kami buat adalah makan.. haha.. bab makan memang mewah kat sini.. kira macam tak sempat nak lapar dah makan. Layanan keluarga Pakcik Ramlee memang A ++. Untuk trip kali ini, musim udang dan kami mewah betul makan menu-menu berasaskan udang. Tak boleh lupa jemput-jemput udang kalau orang utara panggil "cucoq". Tak tahu nak bagi nama jemput-jemput udang ke udang jemput-jemput. Udang lagi banyak dari tepung. Kat semenanjung memang tak dapatlah. Udang fresh, tahap sedap dia jangan cakaplah.. memang terbaik.

Close up udang.. memang sedaplah.. cucur udang + udang fresh tangkap sendiri.


HARI PERTAMA
1st day, hari yang dinanti, dalam 4 orang ni hanya Safri sahaja mempunyai pengalaman popping di sini, yang lain semua "zero", bak kata orang kita nubis kubis lah.. haha. Sarapan pagi kami pada hari itu punyala banyak sampai tak tahu nak makan apa. hehe... kat sini siap request menu lagi. 1st time makan Umai. Memang sedap gila.. Maaf, gambar umai dah tak dapat dikesan. 
Setelah selesai sarapan pagi, semua bergegas membawa peralatan ke Jeti. Sebenarnya kami sedikit lambat, jam 6 sana dah cerah. Sebab tak biasa dengan keadaan sana, semua dikira lewat bangun lah bagi hari pertama ni. Kami semua buat macam biasa je.. month-month orang kata, yang penting semua berjalan lancar dan tiada peralatan dan makanan yang tertinggal.


Berbaju melayu warna merah tu lah Pakcik Ramlee, beliau seorang yang peramah dan antara pengusaha bot dan usahawan yang berjaya lah kat sini. Ok dah, cerita pasal mancing pula.

Cerita bermula

Hasil pertama yang berjaya didaratkan oleh Abg Bomba (Mohd Shaiful). Berbekalkan rod PE 3-6. Seekor GT berjaya dijinakkan oleh beliau. Susah nak percaya, 2 kali cast sahaja di spot pertama membuahkan hasil yang boleh dikira SUPERB la bagi kami yang kali pertama mencuba teknik Popping ini. Macam biasa la yang tak dapat ni.. bernanah telinga. Haha

Giant Trevally (23 Kg)

Di spot yang sama, selepas 20 minit, aku berjaya menaikkan seekor GT yang tak berapa nak besar tapi boleh tahan asakannya. Ini dikira lesen pertama dengan teknik popping. Tak padan dengan saiz, jahat macam setan lariannya, 1 kali pusing bot.  Tidak sama jika GT yang dinaikkan dengan teknik jigging sebelum-sebelum ini. larian padunya tak seperti larian hasil popping yang lebih lama. Mungkin faktor kedalaman juga agaknya. Bila dah 2 orang dapat, yang tak dapat, macam biasalah.. kena bahan. Kami dah biasa macam ni.. jadi tak de apa-apa masalah. Hang kata kat aku... aku kata kat hang.. tapi bukan semua boleh macamni.. kena tengok juga orangnya kan. Silap-silap boleh putus kawan ooo

Samurai Popper, popper yang banyak kami gunakan bagi trip kali ini. Dibeli dari Indonesia. Buatan beliau sangat kemas dan aksi popper juga baik. Tidak melampau sekiranya saya kata hasil buatan popper ini setaraf popper-popper "bangsawan" yang berada dipasaran dari segi kemasannya.

Sekiranya berminat dengan popper ini, bolehla menghubungi sahabat kami di seberang. Boleh hubungi beliau di FB dan Instagram Muhbib Latifi. 

Akhirnya, Sawak (Sani) berjaya juga mendaratkan seekor GT. Setelah berhempas pulas hampir 30 minit, berjaya juga didaratkan. Berbekalkan rod viper venom (saja cari pasal), GT akhirnya didaratkan juga lesen di Miri. Walau bagaimanapun, masih kena bahan sebab tak dapat lesen popping.. haha. Tapi dia ok je.. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Cukup bertenaga larian GT bawah dari 10 kg. GT yang dinaikkan beliau ini sekitar 8 kg. Untuk trip kali ini, hanya 3 ekor GT berjaya didaratkan. Pada hari kedua, tiada seekor pun berjaya didaratkan tetapi sambaran GT dipermukaan memang sangat banyak. Sampai naik stress sebab ikan tak mahu ambil popper. Walau apa pun spot ini adalah antara spot terbaik di Malaysia. Semoga sentiasa terpelihara dari ancaman.
                                                                       VIDEO TRIP



1st GT

2nd GT

3rd GT

Dari kiri, Abang Bomba (Shaiful), Aku, Mazlan, dan Sawak (Sani)

Bergambar kenangan di Airport Miri sebelum meninggalkan bumi sarawak. Yang pasti masa ni kami dah booked tarikh 2nd trip pada Bulan May 2017... hehe.. Artikel penuh Trip kedua dan Ketiga akan menyusul.

Giant Trevally Fishing 2017 - GT Popping Expedition (Revisited)
- 27 & 28 May 2017

Kredit buat:
Pakcik Ramlee
Wanz Mazlan
Safri Marat
Shahdan Kefli


Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©