Adsense

Memaparkan catatan dengan label Natural Exotic Fish Fishing Pond. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Natural Exotic Fish Fishing Pond. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Oktober 2016

Natural Exotic Fish Fishing Pond - Casting vs Bottom

Komplot 15 Oktober 2016
Lokasi : Natural Exotic Fish Fishing Pond, Rawang, Selangor
Ahli Komplot : Bangcik


Gambar di sebelah, ucapan selamat datang dari penghuni dasar yang berkampung di belakang restoran terapung yang terdapat di sini. Natural Exotic Fish Fishing Pond ini dibuka sekitar tahun 2011 kalau tak silap. last datang ke sini masa mula-mula kolam ini dibuka. Masa tu ikan belum sekolah, baling je makan.. baling je makan... sekarang ikan dah graduate, kena kerja keras sikit.

Lokasi kolam ini terletak di Rawang, Selangor, Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa lebih lurang 40 minit dengan kelajuan biasa. dari exit Rawang sekitar 5 minit sahaja dengan menghala ke sebelah kiri. Susur masuk ke kolam ini terletak disebelah kanan yang mana ada signboard besar yang menunjukkan lokasi kolam. Bayaran masuk RM100 bagi 4 jam dan ada pakej lebih dari 4 jam dan juga pakej jackpot. Untuk kali ini, saya bersama sahabat lama, bangcik. Kali terakhir memancing bersama beliau pada tahun 2010 ke 2011 di Rompin. Masa tu duk gila ke sailfish. Lepas dari tu dah tak memancing sekali lagi sehinggalah pada 15 Oktober 2016 ni. Lama tu beb.. dah macam komplot jejak kasih dah ni.. haha...

Strike pertama aku bagi komplot ini, casting mendahului litar, seekor Amazon Catfish / Redtail Catfish (Pirarara - Phractocephalus Hemioliopterus sudi menjamah Din Labatta Spinnerbait pada kayuhan awal. Berat tidak diambil, jangkaan belasan kilo je kot ni.


Gewang Din Labatta Spinnerbait digunakan bagi spesis ini. Dihantar dengan Rod Major Craft Bone PE2-4 berleaderkan Yamatoyo 40 lb dan 35 lb tali utama dari jenama Stren dan disokong dengan kekuatan drag Abu Revo Beast dan keputusannya, 2 minit 30 saat, ikan berjaya didaratkan. Hanya perlu 1 minit 40 saat untuk membawanya ke tepi.
Sedikit video aksi menaikkan Pirara di atas.

Seterusnya, ikan yang paling mudah dijerat disini. Spesis catfish juga. Ikan ni daya juang dia tak berapa nak inzal, tapi ok lah.. layan juga. Casting masih mendahului carta. Bangcik belum mendapat tune bootom lagi waktu ni.

Kata owner kolam, ni spesis dari keluarga baung. spesis dari thailand ini sangat agressif mengambil spinnerbait. Nak jerat spesis ini mudah sahaja tetapi kena main tipu sikit. Cangkukkan sedikit perut ayam pada spinnerbait, lepas tu karau perlahan-lahan. Dah masuk ke kolam, bayar mahal-mahal sekali sekala melacurkan sikit casting tu pe salahnya kan... huhu... untuk bagi bau jer dan resulnya tidak mengecewakan. Spesis ni paling rakus dan lebih laju dari spesis yang kedua tadi.

Inilah sabahat saya, bangcik atau nama sebenar beliau Khairil Khair telah berjaya mendapat tune bottom di sini. Bila dah dapat tune, memang teknik bottom akan memperoleh trofi.

Pembantu dikolam, anda kalau datang ke sini tidak perlu risau, datang sorang pun boleh, ada pekerja kolam yang akan membantu menangguk ikan, membuka mata kail, dan menjadi jurufoto anda.


Bila dah dapat tune, lepas dia... dia.. lepas tu dia lagi..


Trofi bangcik pada hari ini, seekor Pirarara dalam anggaran berat 30kg ++ berjaya didaratkan dengan Rod berkekuatan PE3. Cukup menyiksakan sehinggalah land ikan ni. Formula teknik bottom di sini, senang dan simple, kalau nak terus strike besar dalam percentage yang tinggi pakai la umpan anak ikan dan penghuni dasar lambat sikit menggigit, tapi kalau dah menggigit, saiz in syaa Allah besar. Untuk mendapat kadar strike yang tinggi, pakai la perut ayam (ada dijual di sini). Ikan yang dinaikkan ini menggunakan umpan perut ayam dengan teknik bottom. Ikan di sini kalau nak bottom, pastikan longgarkan drag atau buka bell arm reel, ikan di sini akan melepaskan umpan dari mulut apabila terasa ada beban pada awal gigitan. Bagi tali dalam kiraan 5 ke 6 saat (agak-agak umpan dah masuk dalam) baru sentap. In syaa Allah, mesti bold.
Tumpang tuah, pinjam ikan orang.. haha

Bukan senang member nak dapat, pinjam bergambar, tak salah janji ikan orang lain dapat cakap orang lain dapat, jangan cakap kita yang dapat. Tak ada orang akan kecam pun kalau beritahu cerita sebenar dari orang tahu kita menipu. Opps.. teremosi pulak.. maaf na..

Seterusnya, bottom jugaklah dengan set casting.. mana boleh tahan, lepas dia dia.. lepas dia.. dia lagi..

"Senyum pun letih ooo" kata bangcik.

Antara saiz-saiz tofi pada hari kejadian.

Ikan ni angkat sendiri, sebab pembantu dikolam bz hari tu. Ramai sangat yang duk strike tak berhenti-berhenti.

10 minit sebelum tamat masa, ada lagi yang sudi.

Kompilasi video casting pada hari kejadian


Kompilasi video Bootom pada hari kejadian

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©