Adsense

Selasa, 17 September 2013

Anak Sikang Sekangkang Kera

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera
KELANTAN, Machang.
Pot Sekangkang Kera, ni la nama yang aku bagi selain nama "Pot Budak Mandi".  Lokasi untuk memancing sikang yang patut datang awal pagi sekiranya hari cuti sekolah.  Kalau lambat budak-budak kampung mandi kat sini.  Waktu paling afdhal untuk mancing di sini adalah hari sekolah.  Selamat.. tak kan ada gangguan.
Aku jumpa pot ni masa turun casting sebarau & berjumpa seorang caster di kelantan.  Caster kedua selepas Zul Ezani.  Cikgu Shamsul Izham (Cikgu Jeep).  Beliau la yang tunjuk tempat ni al maklumlah bumi Kelantan masih 'muda' bagi aku.  Perkataan mudah faham aku belum pandai jalan area sana.




Sikang pertama yang didaratkan di sini oleh Cikgu Shamsul.  Sikang hentam RA Pop.  Mula dari hari tu aku baru tau tempat ni ada spesis ni.  Mula dari hari tu, aku mula turun ke sini setiap kali balik Kelantan.  


Kali pertama turun ke sini dengan harapan untuk cuba melayang spesis malayan trout di sini.  Air masa sangat cantik dan jernih tapi malangnya aku kumpau.  Belum tahu teknik yang sebenarnya.  Hanya dapat satu sambaran kasar dan si sikang sempat menunjukkan diri di udara dengan saiz yang boleh dibanggkan tetapi apakan daya.  Gurgler bersaiz 6 tidak berjaya menembuskan mulut sikang yang sememangnya luas.  Pening fikir kenapa mulut ikan yang besar susah untuk "hooked up".


Lawatan Semula Di Hari Raya





Keadaan air kali ini sedikit keruh dari kali pertama aku datang ke sini.  Kali ini aku datang semula ke sini bersama Cikgu Shamsul dan sekali lagi tewas.  Gugler aku tewas ditangan spoon altima 5 gram Cikgu Shamsul.

 Sikang yang tertewas dengan lenggokkan sesudu Altima 5 gram


Aku hanya berjaya menawan sebarau cilik sahaja

"Shrimph Flies" dan Sebarau Cilik

Ini sahaja hasil untuk kali ini.

Seterusnya lawatan semula dibuat lagi.  Kali ini aku turun dengan berbekalkan sedikit ilmu baru yang diperolehi dari seorang sahabat merangkap Tok Guru la senang cakap.  Razlan, member Fly aku.  Kali ni lelayang yang digunakan adalah dari jenis "dry" iaitu "caddis".  Memang tidak menghampakan kerana banyak sambaran yang diperolehi yang terdiri daripada sikang-sikang 'under age".  Bukan saiz jadi ukuran, yang penting hati puas.


Ni saja yang sempat dibawa balik.  Biasala balik naik bas, bawa cukup-cukup nak pakai je.


Antara hasil yang didaratkan





Semua saiz baru menetas telur


Dan yang paling terbaru lawatan semula ke pot ni pada Cuti Hari Malaysia.  Balik jumpa anak diselitkan dengan lawatan semula ke Pot Budak Mandi ni dan hasilnya tetap sama sikang kecil saiz "geli-geli" sahaja berjaya didaratkan.

Sikang pertama hasil dari lelayang "caddis"

Sikang ke dua juga menggunakan lelayang "caddis"



Seterusnya sikang yang sedikit kasar dari kebiasaannya berjaya didaratkan.  Terpedaya dengan "udang terapung".  atau nama yang aku bagi bagi lelayang ini "Tango Shrimph Flies"

Juga hooked up dengan "udang terapung"
 Close Up "Udang Terapung"

Seterusnya lelayang jenis "streamer" digunakan.  

Lagi "streamer" memberi jasa. Sikang terakhir yang didaratkan untuk lawatan semula kali ke empat.  Lawatan akan datang pasti akan ada.  Tunggu....

Bukan saiz yang menjadi ukuran,
Kepuasan melayang/memancing menjadi taruhan

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©

Jumaat, 6 September 2013

Anak Peacock & Red Monk Tasik Prima

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Blog Fishing XPDC.  Lagi cerita berkaitan spesis ikan yang mendominasi Tasik Prima, Puchong.  Ini antara koleksi gambar lama ketika saya mula-mula mengenali lokasi mengilat ini.  
Dulu, Tasik Prima mudah diakses dari mana-mana jer.. Tapi sekarang banyak spot-spot tertentu sudah tidak boleh diakses sesuka hati berikutan banyak tempat telah menjadi 'private property' dan tidak mustahil satu hari nanti Tasik Prima akan menjadi seperti Tasik Mines yang mana ikan cuma boleh ditengok  jer.. dah tak boleh memancing.
Berikut antara hasil-hasil yang sempat didaratkan dengan teknik 'casting' di beberapa spot yang sudah tidak boleh diakses lagi sekarang.  Kalau masih nak ke sini perlu menggunakan bot dan tidak lagi boleh memancing dari atas darat. Masa ini kami baru berjinak-jinak dengan peacock base dan juga Red Monk @ Red Devil (yang masih juvana).
13 November 2011

Lokasi: Tasik Prima (Belakang Banglo)

 Anak PB pelahap. PB Tasik Prima pertama aku


Syurun dan anak PB hentam apollo


 Fadhli & PB pertama Tasik Prima beliau


PB makan Clouser yang dilacurkan


Fadhli & Red Monk Prima pertama beliau



 
Red Monk baham Halco Sorcerer 4 cm


19 November 2011

 Seterusnya hari casting dan lintah. Nasib sedar awal.


Roslan


Fadhli


Aku


Aku

Roslan lagi


Red Monk kokak X-Rap 4cm


Lagi Red Monk kokak X-Rap 4cm


 Red Monk ni memang banyak masa ni. Tak terlayan.


 Tak padan dengan kecil.  Naluri predator yang tinggi


Peacock baham top water (ofmer Catwalk)


Popper pun di baham


20 November 2011 

Boden dan Peacock Tasik Prima pertama beliau


Awal pagi masa ni top water paling menjadi.
Peacock paling kasar yang didaratkan masa tu.


21 November 2011
Cikgu Anamis


X-rap 4cm ni memang hanyir.



Peacock X-rap 4cm yang terakhir.

Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©