Trip 28 Ogos 2016
Lokasi : Kemaman, Terengganu
Tekong : Tekong Samat & Tekong Jan
Organiser : En. Hajie Amin Murata
Tekong Jan, akhirnya setelah beberapa kali lokoh... naik juga keparu bara... kami yang lain terus jadi membara.. membara sebab dapat kerapu sahaja.. haha.. tak pe.. next month repeat!!!
Selain hanyir Kerapu Bara, Kerapu takde Bara pun beliau hanyir.. "Rezeki Allah itu luas" kata Hajie Amin Murata
Lokasi : Kemaman, Terengganu
Tekong : Tekong Samat & Tekong Jan
Organiser : En. Hajie Amin Murata
Boat : CKJ
Gambarajah di sebelah adalah pandangan dari atas Jeti CKJ dan sebahagian kecil perairan laut Pantai Timur yang menjadi lokasi pancingan kami semua kali ini. Trip ini lebih kepada trip "salam perkenalan" yang mana ini 1 st time bagi aku dan beberapa rakan lain datang ke laut seblah Pantai Timur ini. Sebelum ini aktiviti jigging banyak tertumpu di perairan Selat Melaka sahaja bertemankan jig-jig "tongkol bata" manakala kali ini bertemankan jig-jig comel.
Tepat jam 7.00 pagi, kami mula meninggalkan homestay dan bergerak ke Jeti CKJ. Sebelum itu seperti biasa, makan dulu. Kami singgah di salah satu gerai yang terdapat berdekatan dengan jeti. Jarak jeti dengan homestay kami hanya sekitar 10 minit sahaja. Setelah selesai sarapan dan membungkus bekalan, kami terus bergerak ke Jeti.
Trip kali ini melibatkan beberapa rakan-rakan "Group Pokok". Aku, Apek, Hajie Amin Murata, Adinda kepada Hajie Amin Murata, Ayon, dan Daus.
Tepat Jam 07.45 am waktu Mark Zuckerberg, kami mula keluar dari sungai (muara) menuju ke muka laut kemaman.
Hajie Amin Murata, organiser trip kami yang mula-mula sekali memperoleh lesen kerapu dengan menggunakan jig seberat 60 gram. Hasil didaratkan selepas Ayoi (adinda beliau) terlepas ebek pada spot pertama. Macam biasa la kalau ebek, seekor terlepas, habis semua melarikan diri.
Tangkapan kedua, aku hanya berjaya menipu kerapu cinonet sahaja. "Small Fish With Big Ambition" Strike with 140 gram jig.
Inilah adik kesayangan Hajie Amin Murata, Ayoi diberi nama. Ikan ketiga bagi trip ini. Nak kata kerapu bara tak macam kerapu bara.. macam kerapu pisang.. ntahla.. yang pasti memang spesis kerapu. Lepas naik ikan ni.. berkokok betul beliau.. mentang-mentangla abang kesayangan organiser.. haha..
Seterusnya, Tekong Samat mengungguli carta, 1st Kerapu Bara bagi trip ni. Lepas naik je ikan ni.. semua automatik jadi rajin.. semua bersungguh-sungguh menghulur dan menghenjut besi-besi kurafat masing. Sambil henjut besi sambil bertanya... "bang, jig kaler apa pakai?" soalan biasa dikalangan jigger... hehe... Tekong jawab... "Sini kaler Gold hok dio maroh boh......". Habis semua orang tukar jig ke warna golg.. pening ikan kat dasar tetiba je banyak "anak ikan" warna emas... kekekekeke..
Akhirnya... giliran sahabat kami Encik Apek (Bukan nama sebenar) merampas tahta carta tangkapan. Keparu bara seberat hampir 3 kilo rasanya. 1st time tengok cara strike makhluk Allah ni.. Laju, dan cukup jahat. Tengok orang lain naikkan dah rasa macam lebih jahat dari jenahak.. lari merata dan menjunam ke bawah.
Sedikit video pendek yang sempat dirakam untuk dijadikan santapan mata.
Bara seterusnya.... Apek lagi... memang hanyir apek kali ni. Rezeki tidak putus asa. Kalau dah dikatakan rezeki. Lepas dia.. dia. Lepas dia... dia. Berkat kesabaran bertandang ke kemamang untuk kali ke 3. Syabas brader.. nanti kami pi lain hang kena ikut yer bro. Nak tumpang hanyir dan buntat.. haha
Tak ingat kerapu yang ke berapa. Kerapu saiz-saiz macamni banyak di sini. Kalau bukan kerapu mesti ikan tambak. Tapi Kerapu jenis ini yang paling banyak didaratkan.
Rare!!! Kerapu bara makan apollo. Janji Lesen!
Selain hanyir Kerapu Bara, Kerapu takde Bara pun beliau hanyir.. "Rezeki Allah itu luas" kata Hajie Amin Murata
Ikan Tambak, 1 lagi spesis yang berjaya aku daratkan. Spesis ni pun boleh tahan permainannya.. boleh tahan kuat. Kalau besar 2 ke 3 kilo rasanya mencabar jugak ni.
Ayon dan kerisinya. Janji makan jig. Nanti kita repeat lain!
Majoriti warna yang menjadi kegilaan ikan pada hari itu. Gold.
Double strike pada trip kali ini perkara biasa. Air berarus dan tidak berangin memudahkan kami untuk meneruskan aktiviti memancing tanpa bimbang MABUK SW!
"Janji makan jig!!!" kata Daus.
Strike bergaya dari Tekong Samat. 1 jig 2 ikan. Fuhhh... punya la banyak kerapu kat bawah tu.. Berbulu jer mata kami.. tapi beliau memang rajin.. berkali2 lucut dan masih mengetuk dasar lautan dengan tabah dan sabar. Terbaik tekong ni.
Lagi sekali... apek juga hanyir.
Akhirnya, pulang juga kami ke Jeti CKJ. Sampai awal kami berikutan strike terakhir di unjam tidak dapat berbuat apa-apa. Angin kencang dah mula bertiup. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke jeti. Jam 6 kami dah sampai ke Jeti. Sementara menunggu dijemput rakan, macam biasa.. bergambar kenangan dahulu. Terima kasih kepada Tekong Samat dan Tekong Jan kerana berusaha sehabis-habisnya untuk kami. Lepas satu spot ke satu spot yang lain. Terima kasih. Hujung September ni kami sampai lagi.. In Syaa Allah.
Sebelum pulang ke Shah Alam, Klang, dan Subang Jaya. Kerapu Bara Masak Stim dulu. Memang sedap. Isi lembut.. patutla mahal ikan ni. Secara teknikal, untuk memikat spesis ni belum dapat diceritakan secara detail. Nak kata leader besar ikan tak makan pun tak juga.. leader 40lb pun selamber je dia bedal. Bak kata Tekong Jan "Ikan tak skoloh boh....". Dari apa yang dapat dari sahabat-sahabat yang strike kerapu bara kali ni, rata-rata kerapu bara mengambil jig ketika gulungan kedua dan ketiga. Tiada sambaran pada karauan pertama. Wallahualam.....
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©