AIR GANDA, PERAK
Air Ganda, Perak terletak di Hilir Perak. Air Ganda merupakan salah satu dari empat empangan yang terdapat di Daerah Grik. Empangan yang berada paling atas (hulu) adalah Empangan Temenggor diikuti dengan Empangan Bersia, dan seterusnya Air Ganda dan Kenering. Air Ganda kurang dikenali berikutan kurang mendapat pendedahan dari Media Massa. Kedudukan Air Ganda sekitar 5 ke 6 kilometer sebelum Bandar Gerik. Jarak dari Jalan Besar ke Jeti Air Ganda sekitar lebih kurang 15 kilometer sahaja.
15 Ogos 2015
Satu trip telah diatur oleh Tok Adie pada 15 Ogos 2015 telah menyaksikan satu episod buli oleh penghuni dasar Air Ganda. Air Ganda sangat terkenal dengan Toman "Steroid". Antara sebab kenapa toman di sini mempunyai daya juang yang tinggi adalah pemancing terpaksa membuat henjutan terus apabila si toman mengambil gewang atau umpan yang dihulurkan berikutan struktur dasar yang dipenuhi dengan tunggul-tunggul pokok selain dari faktor ikan toman itu sendiri yang sememangnya diakui kuat daya juangnya.
Kami bertolak pada jam 9 malam (14 Ogos 2015) dan tiba di Pekan Gerik pada jam 2.00 pagi. Kami menginap di salah sebuah hotel baget (tak ingat nama). Bangun sebelum subuh dan terus menuju ke Stesen Petronas Gerik untuk membeli bekalan air dan roti.
Shawal menjadi Menteri Kewangan lagi bekalan nasi tengahari
Aku dan Nedd membahagikan bekalan kepada 2 bahagian (Bot 1 & Bot 2)
BOT 1
Tekong: Abg Usop
BOT 2
Nedd (Bukan nama sebenar)
Tekong: Abg Harun
Terapi minda kami sebelum naik bot
Tok Adie
Shawal
Nedd
Kami bertolak masuk ke kawasan tasik lewat
sedikit berikutan hujan pada awal pagi
Shawal berpesta toman di awal pagi
Tidak kurang juga dengan Tok Adie
Tok Adie Juara sebelah pagi. Dia saja yang strike
Tok Adie lagi
Aku dan Toman "rise" tepi bot
Selepas belasan kali rabut. Akhirnya berjaya
juga naikkan toman bersaiz 5lb.
Bot aku hanya berjaya naikkan toman pada waktu tengahari.
BERHENTI BEREHAT DI RUMAH BOT
Pada jam 1.00 tengahari, kami berhenti berehat di tengah-tengah tasik yang mana sudah terdapat satu rumah bot milik seorang pemancing berbangsa Cina (owner tidak diketahui). Menurut tekong, rumah rakit ini diberi kebenaran untuk pemancing tumpang berehat.
Disekitar rumah bot ini terdapat beberapa "rise" dari penghuni dasar. Sebab tak boleh tahan tengok "rise" yang seakan-akan "menganjing" membuat aku mencuba nasib. setelah belasan kali menghantar gewang dasar akhirnya disambut oleh bujang sekilo lebih.
Aku dan sebarau hendap
Tangkapan yang tidak disangka sebenarnya.
Lure pengorek dasar dihantar ke arah "rise" toman tetapi disambut oleh sebarau ini.
Hantaran tepat ke arah "rise" oleh Nedd tetapi rabut di pertengahan jalan
Toman lewat petang aku.
Toman berskala 1 kilo ini berkekuatan luar biasa. larian padu menjunam ke dasar membuatkan aku masih teringat sampai ke hari ini. Cukup bertenaga kerana rod berkekuatan 10-17 lb hampir-hampir ditewaskan.
FLR OPSD 10cm juga berbisa di Air Ganda.
Toman terakhir trip kami bagi kali ini
Pemandangan ketika perjalanan pulang ke Jeti
Kami pasti kembali walaupun tiada toman berskala membanggakan pada trip kali ini tetapi trip ini tetap meriah dengan sambutan dari penghuni dasarnya.
Sekian dahulu untuk kali ini...
Terima kasih...
Terima kasih...
Terima kasih atas sokongan anda:
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©
Wanx Ismail @ Fishing XPDC©